Salam pertemuan,
Hari ini cuti umum sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke 13, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Saya menonton istiadat pertabalan ini di tv pagi tadi.
Cuma saya ingin mewar-warkan perkara ini. Kesalahan dalam menyebut gelaran Yang Dipertuan Agong. Semua pengacara di RTM1 dan juga TV3 tadi menyebut gelaran dengan tidak betul. Mari saya betulkan...(hehe, macam terer lak.. :razz: )
Inilah pentingnya tahu sedikit tulisan jawi dan sedikit bahasa Arab.
Perkataan yang selalu silap disebut adalah "Al-Wathiqu". Rasanya semua menyebut "al-wa-ti-qu". Ramai yang menyebut "thi" sebagai "ti". Sebenarnya huruf "th" itu menggantikan huruf tsa, huruf keempat dalam tulisan jawi. Saya tidak tahu kenapa huruf "th" digunakan, kerana biasanya "ts" digunakan. Ejaan Al-Wathiqu dalam jawi adalah alif-lam-wau-alif-tsa-qaf. Jadi sebutan itu sepatutnya "al-waa-tsi-qu" (di mana "tsi" bunyinya huruf tsa, dan qu itu dibunyikan huruf qaf..)
Saya tidak pandai sangat bahasa Arab, maka saya tak pasti apakah maksud kedua-dua wathiqu dan watiqu itu, jika kedua-duanya bermaksud yang baik-baik, itu tidak mengapalah. Tapi kalo watiqu itu maksudnya tidak baik, maka kita mendoakan yang tidak baik pada Yang Dipertuan Agong kita.
Saya harap, ada yang membetulkan sebutan ini, kerana asal perkataan itu adalah dari bahasa Arab, kemudiannya ditulis jawi, kemudiannya ditulis rumi. Tapi bila ditulis rumi, lain pulak bunyinya...
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~
p/s: Yang tahu bahasa arab tu, apa maksud al-watsiqu dan al-watiqu?
UPDATE
hehe..rupa-rupanya anak buah aku jugak ada masalah nama. Bapaknya bagi nama Athirah (atirah), padahal sebenarnya sebutan dalam bahasa arab atsirah (asirah). Inilah padah terlalu bergantung kepada tulisan rumi. Dan padahnya bila penyalin ke tulisan rumi tersebut menyalin huruf tsa jadi "th".
Kepada sesiapa juga, yang nama anda atau anak anda ada huruf "th", ketahuilah, dalam bahasa arab bunyinya "tsa" bukannya "ti". Sebaik-baiknya, sebut ikut bunyi asal bahasa arab!
owh ye?
BalasPadamhe he...tak tengok pun majlis tu.. sibuk menda lain...
:)
adesh... ini macam kena rujuk kamus daaa... bahasa arab nih sensitif sikit kalu baca dengan bahasa melayu... kalu nak tahu, dapatkan cara belajar bahasa arab... situ ada maknanya... kena belajar bahasa arab laaa...
BalasPadambelajarbahasaarab dot com kan ada...
cuba hang baca perkataan arab dengan bahasa baku? kalu dengar dek orang arab nanti apa macam?
sungguh peka. he he he.
BalasPadamaku kerja ngan swasta, mana ada cuti. Anyway thnks for pointing that out. Aku pun tak tahu sebenarnya.
BalasPadamAgong tak murka ke ?
Last month saw him near my housing area, dia dah nak balik. Dia selalu berkuda di sini rupanya.
ramai yg tak tahu nak sebut, kalo sekali imbas saya pun akan sebut salah... nasib baik terperasan tulisan jawinya dalam ikrar pelantikan tu..(gambar ikrar tu disiarkan oleh utusan malaysia sebelum pertabalan)..
BalasPadam