Isnin, 2 April 2007

Jadikan Link Affiliate Lebih Menarik

Salam pertemuan,

Ok, post kali ini sedikit teknikal untuk anda yang memang mencari duit di internet dengan menjadi affiliate kepada sesuatu produk. Anda pasti tahu tentang link affiliate anda yang panjang itu, contohnya:

http://www.supermarket.com/?ref=labuci

Bagaimana kalau saya katakan ianya boleh ditukar kepada sesuatu yang lebih menarik, dan yang paling penting, bila prospek melihat link ini, mereka berasakan seperti masih dalam website anda. Senang cerita, diorang ingat produk tu produk anda sendiri, melihat kepada link tersebut, contohnya begini:

http://www.websiteanda.com/labuci atau http://www.websiteanda.com/labuci.htm

Saya nak tunjukkan yang pertama dulu, bagaimana nak jadikan link affiliate anda menjadi seperti ini, http://www.websiteanda.com/labuci

  • Dalam root public_html website anda, create satu directory yang dinamakan labuci.

  • Dalam directory labuci tersebut, createkan satu fail dengan notepad/wordpad dan namakan ia index.php

  • Dalam fail index.php tadi, masukkan kod berikut :


<? php header("location: http://www.supermarket.com/?ref=labuci"); ?>

  • *rapatkan ? dan php.

  • Savekan semuanya.

  • Ulang langkah di atas untuk link-link yang lain


Untuk yang kedua, bagaimana nak jadikan link affiliate anda http://www.websiteanda.com/labuci.htm

  • Dalam root public_html anda createkan satu fail dengan notepad/wordpad dan namakan ia labuci.htm

  • Masukkan kod berikut:


<meta http-equiv="Refresh" content="0; URL=http://www.supermarket.com/?ref=labuci">

  • Savekan.

  • Ulang langkah-langkah di atas untuk link-link yang lain.


Ok, sekian sahaja untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Oh, ya! Kalo anda mahukan yang lebih advanced, anda boleh cuba yang ini.

Klik Di Sini

Sehingga bertemu lagi,

~leLabu~

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...