Rabu, 13 April 2011

Kakak Nyanyi Kekenyangan

Semalam gua bawak anak bini keluar makan.

Dalam perjalanan balik Kakak menyanyi. Lagu yang semua orang tahu kalau dah kenyang. Jalan-jalan Cari Makan.



Tapi lirik tu gua rasa macam janggal sikit sebab Kakak sebut lain.

.

.

.

.

Dengan penuh konfiden Kakak nyanyi, "Goyang, goyang, cari makan!"

Cilakak! Ini gua tak tahu kena pengaruh kartun Sin Chan atau pengaruh VCD dangdut.

 

Selasa, 12 April 2011

Cewah! Dari Belakang Nampak Semacam!

Hah, cuba lu teka gambar ni dari scene mana?

Pipiyapong

Salah, salah! Mau kena pelangkung dengan kulit durian lu ni!

Ini bukan gambar Arja Lee ..dalam botol. Walaupun lebih kurang dari belakang...

.

.

.

.

.

.

Ini adalah kulit belakang blook Cewah. Yang baru sampai pagi tadi.

Cewah Pipiyapong

Gua geram apsal tak abis-abis lagi gua baca buku Tun M.

Hari ni gua tukar baca buku ni pulak. Dalam 30 minit abis.

Puas hati! Buat kali pertama gua khatamkan buku dalam masa 30 minit sambil tersengeh-sengeh sorang-sorang dalam bilik.

Isnin, 28 Mac 2011

Sotong

Sekarang di Pantai Timur musim sotong. Hujung minggu di Kota Bharu tiap-tiap hari makan sotong. Ketupat sotong, sambal sotong, sotong rebus hitam, macam-macam sotong. Nasib baik gua tak jadi sotong. Auuww...



Terkesan dengan sotong, gua makan tengahari tadi pun masih lauk sotong.

Yang gua pelik.

Sotong bertelur di tangan peniaga Melayu akan tetap dijual sama dengan sotong yang tidak bertelur. Sepinggan nasi dengan 2 ekor sotong kari, bertelur atau tidak akan dicaj RM5 lebih kurang.

Tapi di tangan mamak nasi kandar Penang, sotong bertelur akan kehilangan telurnya. Diasing-asingkan. Di tangan mamak sepinggan nasi dengan dua ekor sotong, yang dah tak ada telur, dan dicampur dengan telur sotong yang dah tak ada telur tadi, boleh cecah RM9.00.

Cilakak! Mamak ni meniaga memang tak ada kerja lain. Tapi kita relaks saja. Ambik pinggan, basuh tangan, melantak tak jeling orang dah.

Cuba peniaga Melayu buat macam tu, rasa ringan jer kaki kan? Kan?

Kenapa dengan kita ni? Kenapa dengan kita ni? I tak rela you..

Khamis, 10 Mac 2011

Kalau Semua Lupa Hari Ini 10hb Mac

Fakta:

Sehingga beberapa hari lalu, hanya 700,000 daripada 17.3 juta saman trafik telah dibayar. Kalau tak bayar jugak hari ini, mereka akan disenarai hitamkan.

Khayalan gua:

Katakanlah semua buat derrk. Maka ada 16.6 juta saman belum dibayar. Katakanlah secara puratanya satu kenderaan/pemandu ada 3 saman, maka 5.53 juta kenderaan/pemandu akan disenaraihitam.

Setahun kemudian, akan ada 5.53 juta kenderaan/pemandu yang tak boleh renew roadtax, atau renew lesen.

Tapi semua mereka ni mesti pegi kerja, mesti setiap hari ada tempat nak dituju. Habis ingat semua orang macam lu larat nak jalan kaki?

Senang cerita, dalam masa setahun lagi akan ada 5.53 juta kenderaan/pemandu atas jalan raya yang tidak ada roadtax/lesen. Kalau kenderaan ini langgar sapa-sapa. Mati buta saja!

Polis pulak boleh teruskan usaha menyaman kesalahan memandu tanpa lesen dan memandu kenderaan tanpa roadtax pulak. Saman akan bertimbun-timbun. Ini reaksi berantainya...

-----

Oh ya, ini pun kalau gomen tetap dengan keputusan nak blacklist la. Dalam pilihanraya umum nak langsung esok lusa ni, gua tak tahu la apa cerita!

Dalam khayalan gua ni macam-macam boleh berlaku!

Isnin, 7 Mac 2011

Aku Dengar dan Aku Taat

Kadang-kadang kita ni berlagak lebih tahu daripada Tuhan. Justeru kita banyak sangat songeh untuk mengikut saja perintah Tuhan. Kita kata bukan kita tak percaya, cuma kita mahu faham. Dan dalam proses memahami itu kita meninggalkan perintah Tuhan.

Kenapa tidak kita ikut saja dulu, dan dalam waktu yang sama kita memproses untuk memahami hikmah di sebalik perintah Tuhan itu.

Bagi gua ini adalah satu alasan dan proses rasionalisasi supaya kita tidak mengikut perintah Tuhan. Jelek!

Tuhan Maha Mengetahui. Kalau Dia kata begitu, begitulah, jangan banyak soal. Kalau dalam Al-Quran ada perintah itu, taatlah. Walaupun lu belum faham, taat dulu kemudian cuba la faham, cari guru dan belajar habis-habis. Al-Quran itu nas yang muktamad.

Jangan jadikan alasan lu tak faham kenapa hukum hakamnya begitu begini, apa asbabnya, apa hikmahnya untuk lu tidak kerjakan perintah Tuhan.

Sudah, gua dah cakap. Nanti dalam kubur masa kena seksa jangan terpekik terlolong panggil nama gua. Gua dah bagitahu.

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...