Kadang-kadang kita ni berlagak lebih tahu daripada Tuhan. Justeru kita banyak sangat songeh untuk mengikut saja perintah Tuhan. Kita kata bukan kita tak percaya, cuma kita mahu faham. Dan dalam proses memahami itu kita meninggalkan perintah Tuhan.
Kenapa tidak kita ikut saja dulu, dan dalam waktu yang sama kita memproses untuk memahami hikmah di sebalik perintah Tuhan itu.
Bagi gua ini adalah satu alasan dan proses rasionalisasi supaya kita tidak mengikut perintah Tuhan. Jelek!
Tuhan Maha Mengetahui. Kalau Dia kata begitu, begitulah, jangan banyak soal. Kalau dalam Al-Quran ada perintah itu, taatlah. Walaupun lu belum faham, taat dulu kemudian cuba la faham, cari guru dan belajar habis-habis. Al-Quran itu nas yang muktamad.
Jangan jadikan alasan lu tak faham kenapa hukum hakamnya begitu begini, apa asbabnya, apa hikmahnya untuk lu tidak kerjakan perintah Tuhan.
Sudah, gua dah cakap. Nanti dalam kubur masa kena seksa jangan terpekik terlolong panggil nama gua. Gua dah bagitahu.
greetings from bali!
BalasPadambetul, betul aku setuju. aku rasa penting juga untuk seseorang itu mendalami apa yang dipraktikkannya. macam aku dululah, kecik-kecik dulu belajar itu ini, hafal itu ini tanpa faham kenapa aku hafal dan buat sesuatu perkara sebab yelah, kecik-kecik mcm malas nak fikir kan? hahaha.
tapi bila dah besar, belajar semua... sikit-sikitlah kita mendalaminya. and it made sense. coincidence. circumstances in life. the good and the bad; why certain things happened and when you look back, kita akan macam "oh now i understand why."
hidop ni sgt istimewa sebenarnya.
oklah, aku nak asar nih. chaloh.
pernah sekali time matriks sorang budak borneo tanya apesal kita sembah kaabah sedangkan kaabah tu binaan batu je. semua org macam heran. aku tak blame dia. aku rasa dia dalam proses nak faham. perhaps ada di kalangan kita yg tertanya2 tp malas nak ambik port. kira beriman secara membuta tuli (aku dah lupa term dia apa hehe).
BalasPadamsome would want to bend some rules. contoh minum wine. katanya tak mabuk and plus bagus untuk kesihatan. padahal dah terang2 dalam alquran cakap minum arak, darah dan makan daging babi adalah haram. dan sembelihan yang tidak dengan nama Allah. tak kira la sikit ke banyak, tetap haram.
manusia ni ada yg terlebih bijak. tapi dia gunakan kebijaksanaan dia tu untuk "matlamat yang menghalalkan cara". :)