Jumaat, 4 Mac 2011

English Edukasyen

Gua rasa dalam dunia ni macam sesetengah orang Melayu suka tunjuk pandai. Dalam kes ni, english edukasyen.

Ini cerita gua, mungkin budak-budak Melayu lain pun sama cerita dengan gua. Gua memang tunggang langgang cakap omputih. Maklumlah 1119 dapat 6 saja. Subject english ni la yang mencacatkan sijil SPM gua dari straight A's dulu. Cilakak!



Tapi bila gua kerja dengan sebuah syarikat multinasional dulu-dulu, selamba jer gua pung pang pung pang dengan mat salleh kapitan-kapitan  dan master-master kapal dari seluruh dunia. Gua konfiden habis. Tak kisahlah grammar gua ke laut ke hapa, janji mat salleh tu paham apa gua cakap, gua faham apa yang dia nak. Settled. Semua orang happy!

Tapi sekarang ni kalau nak suruh gua cakap omputih memang gua mengelat buat-buat sakit perut. Sekelip mata jer gua hilang. Tak konfiden. Dah lama tak cakap. Dan macam-macam.

Nak cakap sesama Melayu cakap omputih kirim salam. Orang Melayu ni, gua perhatikan, yang ada english edukasyen ni, macam tunggu masa jer nak betulkan grammar gua. Nak betulkan ayat gua. Sound direct pulak tu. Itu yang gua malas. Asal lu faham cukup lah. Tak payah nak berlagak lebih-lebih dengan gua.

Ini yang buat gua tak konfiden. Gua cakap dengan mat salleh, tak pernah diorang tegur grammar gua. Cakap dengan India, sama-sama gua terbelit lidah. Cakap dengan Cina, sama-sama english gua jadi berterabur. Cakap dengan Melayu, asyik nak menunjuk yang dia lebih english edukasyen-nya.

Pada gua, nak berkomunikasi dalam bahasa asing ni yang paling penting konfiden. Tapi kalau english edukasyen lu memang dah mantap, lu jangan suka-suka hati tegur orang lain salah semasa proses komunikasi tu. Potong stim tau tak?

Nak menunjuk pun lu pandai cakap omputih jangan sampai orang lain berasa aib. Panggil elok-elok settle kat tepi boleh kan?

Kasut gua dah lama tak ada orang gigit nih!

---

Cerita ini bukan berlaku hari ini, terima kasih!

3 ulasan:

  1. eleh. aku cakap english dulu pun, kena sound sebab kata aku berlagak. persepsi masyarakat kita, kalau nampak bebudak melayu pandai ckp english, terus kata dia berlagak. yang nak improve, sebab peer pressure, terus tak jadi nak improve.

    grammar aku malas nak tegur sebab kekadang grammar aku pun hampeh jugak. cakap rasa sedap je. tapi spelling error aku particular sikit kut.

    aku setuju nak cakap english nih kena ada confident. tapi kena ada rasa nak improve la. kalau confident tapi rasa semua betul je, itu pun salah juga. so at the end of the day, tak ke mana juga kan?

    ini pendapat akulah :)

    p.s. aku harap aku taklah menegur sehingga mengaibkan. huhu.

    BalasPadam
  2. the problem was : dia nak menunjukkan yg dia lebih terer dari org lain. situ situ jgk nak menunjuknya.

    itu yg gua tak tahan. cuba kalau tgh bercakap tu buat2 tak tahu jer ada salah. lepas tu betulkan lah. ini situ2 jgk nak betulkan, mestilah org yg ditegur tu terasa. satu terasa aib, satu lagi terasa bodoh. hehe. terus rasa tak confident, terus rasa malas nak improve.

    tp kan, gua x pernah pulak berasa melayu yg ckp omputih sesama melayu itu nak berlagak.

    yg nk berlagak, adalah bila berckp omputih sesama melayu tu, dia nak tunjukkan yg dia lebih omputih dari melayu yg satu lagi.

    BalasPadam
  3. aku pun macam hang jugak... ada sekali aku pi Filipina tu.. aku bedal saja.. bukan depa kenal pun aku ... terus cam konfiden jek...

    kat Malaysia nih.. aku setuju dengan hang pasal nih..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...