Isnin, 28 Mac 2011

Sotong

Sekarang di Pantai Timur musim sotong. Hujung minggu di Kota Bharu tiap-tiap hari makan sotong. Ketupat sotong, sambal sotong, sotong rebus hitam, macam-macam sotong. Nasib baik gua tak jadi sotong. Auuww...



Terkesan dengan sotong, gua makan tengahari tadi pun masih lauk sotong.

Yang gua pelik.

Sotong bertelur di tangan peniaga Melayu akan tetap dijual sama dengan sotong yang tidak bertelur. Sepinggan nasi dengan 2 ekor sotong kari, bertelur atau tidak akan dicaj RM5 lebih kurang.

Tapi di tangan mamak nasi kandar Penang, sotong bertelur akan kehilangan telurnya. Diasing-asingkan. Di tangan mamak sepinggan nasi dengan dua ekor sotong, yang dah tak ada telur, dan dicampur dengan telur sotong yang dah tak ada telur tadi, boleh cecah RM9.00.

Cilakak! Mamak ni meniaga memang tak ada kerja lain. Tapi kita relaks saja. Ambik pinggan, basuh tangan, melantak tak jeling orang dah.

Cuba peniaga Melayu buat macam tu, rasa ringan jer kaki kan? Kan?

Kenapa dengan kita ni? Kenapa dengan kita ni? I tak rela you..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...