Khamis, 10 Mac 2011

Kalau Semua Lupa Hari Ini 10hb Mac

Fakta:

Sehingga beberapa hari lalu, hanya 700,000 daripada 17.3 juta saman trafik telah dibayar. Kalau tak bayar jugak hari ini, mereka akan disenarai hitamkan.

Khayalan gua:

Katakanlah semua buat derrk. Maka ada 16.6 juta saman belum dibayar. Katakanlah secara puratanya satu kenderaan/pemandu ada 3 saman, maka 5.53 juta kenderaan/pemandu akan disenaraihitam.

Setahun kemudian, akan ada 5.53 juta kenderaan/pemandu yang tak boleh renew roadtax, atau renew lesen.

Tapi semua mereka ni mesti pegi kerja, mesti setiap hari ada tempat nak dituju. Habis ingat semua orang macam lu larat nak jalan kaki?

Senang cerita, dalam masa setahun lagi akan ada 5.53 juta kenderaan/pemandu atas jalan raya yang tidak ada roadtax/lesen. Kalau kenderaan ini langgar sapa-sapa. Mati buta saja!

Polis pulak boleh teruskan usaha menyaman kesalahan memandu tanpa lesen dan memandu kenderaan tanpa roadtax pulak. Saman akan bertimbun-timbun. Ini reaksi berantainya...

-----

Oh ya, ini pun kalau gomen tetap dengan keputusan nak blacklist la. Dalam pilihanraya umum nak langsung esok lusa ni, gua tak tahu la apa cerita!

Dalam khayalan gua ni macam-macam boleh berlaku!

1 ulasan:

  1. depa peduli hapa...ini semua income negara eehheehhehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...