Ahad, 30 Disember 2007

Sehati berdansa. Astro salah g...

Sehati berdansa. Astro salah guna nama kebajikan. Minggu last baru astro ckp ada hadiah utk juara, derma 15k je. Gua igt smata2 utk kebajikan!

Jumaat, 28 Disember 2007

Selamat Datang Kembali

Kepada yang masih setia berkunjung: Selamat Datang Kembali!

Penjelasan:-

  • aku bercuti untuk raya haji, balik kampung, tader access internet.
  • blog aku dihack, nasib baik kumprinx bagitahu.
  • aku hantar mms kat support hosting.
  • akaun hosting aku dijadikan tapak phising oleh mat africa.
  • mail domain aku dijadikan tapak spam mat africa.
  • baru hari ni aku sempat tengok blog.
  • aku hantar email kat support hosting mintak tolong reinstall blog aku, kalo-kalo diorang ada backup - tader reply langsung.
  • aku install balik blog ni pakai backup yang aku ada sendirik!
Sorry lah bagi sesapa yang pelik sebab blog ini aku redirect ke blog anak aku sebelum ni..

Rabu, 12 Disember 2007

Update Kencang #04

Meeting & Hari Raya Korban

Esok dan lusa aku akan ke Putrajaya. Ada meeting last minutes yang perlu aku hadirkan diri. Hari Isnin minggu depan aku dah start cuti dan akan bertolak balik balik ke Kelantan. Itu pun kalo banjir kat kampung aku tu dah surut. Nanti majlis akikah Izz akan diadakan di Kelantan masa Hari Raya Korban.

Senang cerita, aku takkan update blog sampai 26 Disember sebab kat rumah di Kelantan tader line internet, dan aku masih dalam pertimbangan untuk membeli seketul dua handphone 3G. Ada sapa-sapa nak suggest hp 3G yang murah-murah? Aku nak angkat dua ketul kalo kena harganya..

Cellphone 3G

Sebabnya nak beli hp 3G? Start bulan Februari tahun depan aku akan kursus 6 bulan di Kuala Lumpur. Nak kena tinggal anak bini lama sangat, aku takut Izz dah lupa ngan muka aku.. Baik aku beli hp 3G, bolehlah aku call dia, dan melihat dia membesar dengan sihat... Tolong suggest kat aku...

Jumaat, 7 Disember 2007

Mek Mmano Buleh Tubuh Lagu Tu?

Mek buleh mmano tubuh lagu tuh?
Royat ko ambo mmano buleh tubuh lagu tu?
Mek buleh mmano tubuh lagu tuh?
Royat ko ambo mmano buleh tubuh lagu tu?

Ambo buleh dari mek ambo..
Ambo buleh dari mek ambo..
Ambo buleh dari mek ambo..
Ambo buleh ambo buleh ambo buleh...

Err macam tak best jer kan kalo lirik dikir barat macam ni.. tapi apsal kalo mat salleh bleh pulak buat lirik hampeh macam ni?
Baby where’d you get your body from?
Tell me where’d you get your body from.
Baby where’d you get your body from?
Tell me where’d you get your body from.
I got it from my mama.
I got it from my mama.
I got it from my mama.
I got it got it got got it…

Desperate Housewife

Lawak Mat Salleh..

The young lady was not very proficient in English, but managed to communicate with her husband. The real problem arose whenever she had to shop for groceries.

One day, she went to the butcher and wanted to buy a leg of mutton. She didn't know how to put forward her request, and in desperation, lifted up her skirt to show her thighs.

The butcher got the message and the lady went home with mutton legs.

The next day, she needed to get chicken breasts. Again, she didn't know how to say, and so she unbuttoned her blouse to show the butcher her breast and got what she wanted.

The third day, the poor lady needed to buy sausages. Unable to find a way to communicate this, she brought her husband to the store... (Please scroll page down.)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

What were you thinking?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Helloooooooooo, her husband speaks English!!

p/s: Aku memang tak tahu nak tulis apa...

Khamis, 6 Disember 2007

esok ada pelancaran sbuah port...

esok ada pelancaran sbuah portal di pdg mpsp butterworth, so aku tgh pening2 nak kena gi smbut boss besar di airport ptg ni.. nak ngelat ni!

Selasa, 4 Disember 2007

Baby Aku Dah Botak...

Sesapa yang nak berkenalan dengan seorang baby girl yang comel ni, silalah lawat blognya di izz.lelabu.com

Inikah Bisnes Multi Level?

Aku menerima satu email (spam) daripada seseorang yang kononnya mempromosikan bisnes multi level. Awalnya aku tak buka email tu sebab datang ke email aku yang memang banyak spam. Tapi bila spam ni sampai ke email aku yang tak pernah aku disclosed sebelum ini, maka aku pun buka, tak sangka plak spam!

Gini bunyi emailnya:



Cantiknya ayat.. aku pun terasa nak tengok gak blog dia tu...

Dalam blog tu dia cerita panjang la.. tapi bila aku bagi korang tengok screenshot ni. Korang pasti tahu ini bukan bisnes multi level, ini lebih kepada sedekah... Malulah sikit, badan kuat tapi dok mintak sedekah dari serata rakyat Malaysia. Yang herannya pulak, sekarang ni aktiviti minta sedekah boleh diuruskan syarikat berdaftar plak.. pelik sungguh... mungkin lepas ni ada rakyat Malaysia yang bercita-cita nak jadi Pengurus Minta Sedekah!



Kenapa  aku tulis post pasal ni?

Sebab aku nak bagi tahu ini bukan bisnes namanya, ini mintak sedekah. Ini bukan kutu namanya ini mintak sedekah:-

  • Kalau bisnes, apa barang yang diniagakan? Tiada urusan jual beli pun? Tiada akad jual beli pun?

  • Kalau kutu, duit yang banyak tu duit kita sendiri yang kumpul. Ini dapat duit banyak hasil sedekah orang. Ini bukan kutu, ini minta sedekah. Selagi kuat tubuh badan, kenapa mahu minta sedekah? Dan, kalo aku, aku takmahu bagi sedekah kat orang yang kuat tubuh badan tapi tak mahu kerja...


Yang peliknya lagi, ada wartawan mangkuk hayun yang percaya benda ni adalah bisnes multi level. Kalo wartawan tu wartawan surat khabar nyamuk, tak perlah jugak. Tapi ni wartawan surat khabar aliran perdana, buat berita pasal penganjur skim tahik ni.. Tak percaya, baca ni. (link ni pun aku dapat dari blog spammer ni.)

Bila la masyarakat kita nak sedar...

Yang aku marah sangat ni sebab, dia spam inbox aku, pastu claim skim tahik dia sebagai kutu, claim skim tahik dia sebagai bisnes multi level dan yang paling aku hangin, ada wartawan mangkuk yang buta bagi kredit kat dia ni... Tulis kononnya dia ni usahawan multi level berjaya.. aduiihhh

Bila orang kita nak sedar? Kalo korang baca tulisan wartawan tu, aku rasa korang akan tergelak - kononnya ada 51 cawangan seluruh negara.. pooodahhh!

Isnin, 3 Disember 2007

15 Perkara Pelik Di Dunia Yang Fana Ini

Untuk relaks relaks..
  1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
  2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
  3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
  4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
  5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
  6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
  7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
  8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
  9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
  10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
  11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
  12. Semua beruang kutub adalah kidal.
  13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
  14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
  15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana?

kredit: terima kasih kepada kawan yang menghantar email pasal 15 perkara pelik ini...

Selasa, 27 November 2007

Twitter Tools - Update Blog Dengan Twitter

Aku kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja-kerja yang official di pejabat dan juga kerja-kerja yang tak berapa official di rumah seperti basuh pakaian sendiri setiap hujung minggu, masak air panas untuk baby aku mandi, tolong istinjakkan baby bila dia pupu dan banyak lagi tugas yang dilakukan oleh seorang abah yang baru dilantik.

Maka dengan itu, aku mencari jalan bagaimana untuk mengupdate blog in secara ringkas walaupun ketika di jalanan. Dan aku mahukan update-update ringkas ini muncul berlainan daripada entry-entry biasa yang aku tulis. Arakian terjumpalah aku dengan satu cara untuk menghighlightkan update-update ringkas ini iaitu dengan  format asides.

Maka tanpa berlengah-lengah dan melenggang mak limah lagi, aku hubungi pakcik google dan bertanya, "Pakcik, macam mana nak buat asides yang macam kat fotoblog Matt tu? Sebab Matt tu macam tak jelas jer penerangan dia.. macam tak ikhlas jer nak bagitahu.. :-) "

Pakcik google pun jawab, "Demo ikut jah guano hok budok ni buat..."

Aku terkejut, rupa-rupanya pakcik google orang Kelantan...

Aku pun ikut sebijik-sebijik. Akhirnya asides tu berjaya jugak aku buat. Tapi ada satu kemusykilan... Kalaupun aku boleh buat asides, aku masih lagi kena bukak internet nak update blog. Sekonyong-konyong, si Musnaz telah menjadi pengkomen paling aktif kat blog ni... Aku pun dengan sengaja klik link ke blog Musnaz. Oh, Musnaz bleh update blog dengan twitter... Tak sempat aku nak tanya banyak, blog dia dah kena suspended oleh hosting provider... terlebih aktiviti la kot.. haha.. aku pun penah kena sekali, sebab banyak guna server.. server penat barangkali..

Sekali lagi aku tanya pakcik google. Pakcik google suruh tengok satu wordpress plugin nama dia twitter tools. Aku pun pergi download twitter tools dan activate dalam wordpress aku. Tapi ada masalah sebab tak bleh nak setkan kategori bagi setiap update yang hantar melalui twitter...

Aku pun cari solusi dia. Penat juga dok berbincang dengan pakcik google, akhirnya dapat jalan penyelesaian dia lepas sorang mamat ni bagitahu macam mana nak adjust sikit twitter tools tu... Alhamdulillah, semua dah ok, dan aku bleh bagi update ringkas ke blog ni melalui twitter...

Senang sangat...

Dalam bahasa senang,
  • asides - macam entry blog jugak, cuma ia diberi format yang berlainan daripada entry biasa. Sekali tengok, macam sangat ringkas dan memikat jiwa.. nak tengok macam mana rupanya.. scroll ke bawah lagi, yang tulisan merah lepas entry ni adalah asides.
  • twitter tools - satu plugin wordpress yang membolehkan setiap update twitter dijadikan sebagai entry blog, dan bila dikategorikan sebagai asides, update tu akan muncul sebagai asides di blog ni.




sedang update blog dgn twitter

sedang update blog dgn twitter

Kemandulan Minda - Bahasa Melayu Tak Ada Class...

Baru semalam aku tulis pasal bahasa, hari ni ada plak dalam paper pasal bahasa. Beritanya pasal mandul minda. Apsal mandul? Sebab tak bleh nak cipta istilah bahasa melayu sendiri dan terlalu meminjam perkataan mat salleh.

Betul. Aku setuju! Sekarang ni banyak sangat perkataan mat salleh yang dimelayukan, dan dimasukkan plak dalam Kamus Dewan. Sungguh tak patut..

Mungkin pakar-pakar bahasa melayu dah hilang kepakaran sekarang ni. Aku ingat lagi, dulu masa di sekolah cikgu aku ajar, istilah bahasa inggeris yang boleh dimelayukan hanyalah perkataan/istilah yang tiada dalam bahasa melayu. Tapi herannya, sebab banyak istilah dan perkataan bahasa inggeris, yang ada perkataan sendiri dalam bahasa melayu, turut dimelayukan. Contohnya:
  • bajet - dalam bahasa melayu dah ada perkataan belanjawan, kenapa masih dimelayukan perkataan budget?
  • konsultansi - dalam bahasa melayu dah ada perkataan perundingan, kenapa masih dimelayukan perkataan consultancy?
  • diskusi - dalam bahasa melayu dah ada perkataan perbincangan, kenapa masih dimelayukan perkataan discussion?
  • famili - dalam bahasa melayu dah ada perkataan keluarga, kenapa masih dimelayukan perkataan family?
  • dan lain-lain lagi
Pelik kan? Macam kita ni terlalu bangga dengan bahasa inggeris daripada bahasa melayu sampaikan yang ada perkataan melayu pun, kita nak juga guna perkataan bahasa inggeris. Pastu pulak, takut dikatakan kita gunakan bahasa rojak, kita melayukan pulak perkataan tu. Pelik sungguh...

Kita dah hilang jati diri agaknya... :-P

p/s: Penulisan di blog ini tidak menggunakan laras bahasa melayu yang betul. Pun begitu, penulis amat berminat dalam mengkaji perkembangan Bahasa Melayu sebab penulis seorang yang pelik. :-P

Isnin, 26 November 2007

Komen Ngeri... Eeeii, Takutnya...!

Selama berblog ni, macam-macam komen yang pelawat blog ni bagi. Kebanyakannya memberikan komen kerana diorang memang layak bagi komen. Diorang layak bagi komen sebab diorang menggunakan akal yang telah dianugerahkan oleh Allah.

Dan ada pula yang tidak layak bagi komen, dan komen diorang aku spam-kan sebab diorang meletakkan otak mereka di kepala lutut. Bila otak mereka di kepala lutut, maka kambing pun bleh buat kesimpulan bahawa mereka itu tidak berakal.

Ini salah satu komen yang aku sifatkan sebagai mengerikan dan datang daripada mereka yang tidak berakal aka otak kat kepala lutut.

komenngeri

Bila baca komen ni, saya terbayang gambar-gambar kepala manusia yang dipancung, mayat yang ditarik dengan motosikal di atas jalan raya dan lain-lain gambar yang mengerikan semasa sengketa di Ambon... Betapa mereka itu tiada peri kemanusiaan lagi, memancung kepala warga sendiri.

Sungguh mengerikan...eeii...takutnya...! Jadi, apa lagik korang, spamlah emailnya... hehe :-P

Diorang Baru Tahu Perkataan 'Baharu'

Aku selalu tengok tv. Hari-hari aku tengok tv. Apa ada dalam tv? Yang paling aku kerap tengok adalah iklan. Iklan bahasa melayu, iklan bahasa inggeris. Tapi korang perasan tak, bila ada produk baru, dalam iklan tu dia tulis BAHARU. Kenapa ek?

Mari kita belajar bahasa melayu. Dalam bahasa melayu, ada perkataan BARU dan ada perkataan BAHARU. Mari kita kaji sikit. Walaupun ayat bahasa melayu aku tunggang langgang dalam blog ini, tapi aku masih lagi ikut perkembangan terkini dalam bahasa melayu, cuma sedikit tak setuju bila bahasa melayu ditukarkan ke bahasa malaysia.

BARU - baru bermaksud belum berapa lama (cth: saya baru datang), apabila saja, sesudah (cth: baru digertak dia sudah lari), pada masa itulah (selepas saya jelaskan baru dia sedar).

BAHARU - bermaksud benda-benda yang takder sebelum ni.

Tapi dua perkataan ni dulu lah. Sekarang ni, perkataan baharu dah jarang digunakan dan Kamus Dewan pun dah iktiraf BAHARU boleh digantikan dengan BARU. Maknanya, kalo dulu, silap letak BAHARU pada sepatutnya BARU, cikgu pangkah. Sekarang ni cikgu dah tak bleh nak pangkah.

Kalo dulu, bila buka Kamus Dewan, cari makna BAHARU, dia akan bagi apa dia makna BAHARU. Tapi sekarang ni, buka Kamus Dewan edisi keempat (terbit tahun 2005 lagi..), bila cari makna BAHARU, dia akan bagi makna BAHARU adalah BARU. Senang cerita, perkataan BAHARU, sekarang ini sama maknanya dengan BARU. Dan perkataan BARU telah mengandungi makna-makna bagi yang dulunya dipunyai oleh perkataan BAHARU.

Jadi, korang tak payah pening-pening nak pikir apa yang aku merepek ini. Aku cuma nak merepek sebab pembuat iklan kat tv tu lembap (dulu ada dua perkataan lembab dan lembap, sekarang satu saja, lembap - bawa dua maksud) sungguh mengikuti perkembangan bahasa melayu! Sesudah perkataan BAHARU dijadikan BARU oleh pakar-pakar bahasa, barulah diorang terhegeh-hegeh nak gunakan perkataan BAHARU...

Mesti korang pening.. hehe :-P

Ahad, 25 November 2007

Kiva.Org - Ini Yang Mampu Aku Tolong!

Aku baru tertemu dengan sebuah website yang cool! Dalam kita sibuk mengejar duit di negara kita yang makmur segala-galanya ni, kita perlu tahu, masih ada negara negara miskin yang memerlukan bantuan kita. Negara-negara macam Somalia, Uganda, Azerbaijan, Palestin, Congo, Iraq dan lain-lain. Jadi, aku perkenalkan korang dengan satu organisasi tidak berasaskan keuntungan yang cool!, www.Kiva.Org!

Kiva.Org membolehkan individu dari seluruh dunia, asalkan ada duit seminimum $25 untuk meminjamkan duit mereka kepada usahawan-usahawan kecil dari negara membangun dan negara-negara miskin. Dengan berbuat demikian, individu macam korang, macam aku, macam kita semua boleh menyediakan modal untuk usahawan-usahawan dari negara-negara mundur dan miskin untuk memulakan perniagaan (membeli mesin jahit, bijih benih, dan lain-lain). Secara tak langsung, kita dapat membantu mereka keluar daripada kemiskinan. Cuma, apsal tak ada organisasi dari Malaysia yang perkenalkan skim macam ni? Atau aku yang tak tahu kewujudannya?

Ini adalah satu cara baru, langsung dan mampan untuk melawan kemiskinan di dunia. Kalau kita ada satu organisasi seperti ini untuk Malaysia, kan ker bagus? Dan aku tak nampak keuntungan dunia, aku nampak betapa $25 yang aku pinjamkan tu dapat keluarkan satu keluarga daripada kemiskinan. Kalo nak dapat interest, baik simpan saja duit tu kat bank!

Anyway, kalo korang ada seminit, lawatlah www.Kiva.Org. Kalo korang tak tertarik lagi dengan apa yang aku tulis ni, mungkin sebab apa yang aku tulis tak best. Tapi Kiva.org ni dah famous dan pernah keluar dalam penerbitan The Wall Street Journal dan BusinessWeek (mungkin kita yang tak baca dua-dua tu!). Cuma aku hairan, kita di Malaysia tak der penglibatan dalam Kiva.Org ni.

Kiva - loans that change lives

Terima kasihlah sebab sudi baca!

Khamis, 22 November 2007

Gua kena kursus tiga hari kat ...

Gua kena kursus tiga hari kat putrajaya. Esok gua balik. Dah rindu kat nur izz zayani ni. Gini rupanya jd bapak...

Khamis, 15 November 2007

Baby Blog! Jom Tukar Link!

Err, sesapa yang ada baby blog, budak comel di izz.lelabu.com ingin berkenalan dengan anda semua.. Mari kita kumpulkan baby-baby di alam cyber...

Baby-baby semua, mari kita tukar link! Yeaaahh!!

Selasa, 13 November 2007

Update Kencang #04

Nur Izz Zayani

Budak comel ni dah semakin sihat. Semalam pegi check kuning dia kat hospital dan dah turun ke 107. Aku pun tak tahu apa yang diorang ukur, tapi ada kaitan ngan sel darah lah. Budak-budak sekarang memang biasa kena kuning. Anak azwanhadzree, si Sofea pun kena jugak dan sampai masuk wad. Alhamdulillah anak aku tak sampai masuk wad, ditutup mata dan dipancarkan cahaya lampu minyak tanah UV.

Aku pun pelik. Mengikut kata orang-orang tua. Dulu-dulu, nak cari budak yang kena kuning ni memang susah. Macam nak cari uban kat kepala, lepas selak-selak baru jumpa satu uban. Tapi sekarang ni, budak-budak memang biasa kena kuning, nak cari yang tak kena kuning, macam nak cari rambut hitam atas kepala yang dah di-blonde-kan.

Oh! Baru teringat anak aku masih belum dibotakkan kepalanya.. nanti dua tiga hari lagi botaklah gamaknya...

Baby Blog

Baby blog untuk budak comel akan dibuat tak lama lagi di subdomain izz.lelabu.com dan akan mula boleh dibaca selewat-lewatnya hujung minggu ni.

Asalnya aku dah buat satu blog kat subdomain junior.lelabu.com tapi disebabkan ramalan doktor tu tidak benar belaka, terpaksalah aku buat satu lagi blog yang comel untuk budak comel. Nama 'junior' macam tak best jer untuk baby girl yang comel tu. So, semua post yang ada akan dipindahkan ke blog izz.lelabu.com. Tapi korang bleh agaklah, mesti banyak ngan gambar... :smile:

Abah Budak Comel

Abah budak comel dah mula kerja hari ni. Fail dah mula menimbun kat atas meja aku bila masuk ofis pagi tadi. Petang tadi plak ada meeting, nak kena siapkan minit mesyuarat plak. Target: sebelum balik fail yang ada atas meja perlu dikurangkan kepada tidak lebih daripada dua fail sahaja.

Abah budak comel juga akan singgah ke supermarket untuk cari wet wipes dan pampers untuk budak comel petang ni... :razz:

Rabu, 7 November 2007

Tiga Budak Hitam Versi Lelabu dot Com

Tiga budak hitam. Masuk hutan. Jumpa dewa tersangkut dahan pokok. Dewa mahu tunai permintaan, kalau tiga budak hitam turunkan dia.

Budak hitam 1: Aku mahu arak, banyak arak!
Budak hitam 2: Aku mahu perempuan, banyak perempuan!
Budak hitam 3: Aku mahu rokok, banyak rokok!

Tiga budak hitam, masuk dalam gua. Dalam gua, budak hitam dapat apa yang diminta. Satu dapat banyak arak, semata-mata arak. Dua dapat perempuan, banyaknyer... perempuan. Tiga dapat rokok, banyaaak rokok.

Pintu gua tutup, dewa blah. Dewa janji nak datang lepas tiga hari.

Lepas tiga hari. Dewa datang buka pintu gua. Gua satu, muka happy. Gua dua, muka happy. Gua tiga, muka macam nak berapi, merah padam nak marah kat dewa.

.
.
.
.
.

"Celaka kau dewa! Rokok ajer? Lighter mana?"

moral of the story: jangan percaya kat dewa! percayakan Tuhan!

Selasa, 6 November 2007

Bini n baby gua dah slamat bal...

Bini n baby gua dah slamat balik rumah. Cuma baby ada kuning..kena check kat hospital setiap 2 hari.. Nama baby gua Nur Izz Zayani

Nur Izz Zayani - Kekasih Baru...

Bagi yang belum melihat anak aku, ini lah gambar-gambarnya...

Beberapa minit selepas dilahirkan dan selepas dimandikan, nurse bawak keluar tunjuk kat aku. Dan aku pun apa lagi, suruh mak angkat letak kat tangan aku,.. hehe, aku tak reti nak angkat sendiri. Lepas tu aku qamatkan kat telinga dia.. anak pompuan kena qamat lah kan?

BeberapaMinitDilahirkan

Aku pun terkejut sebab dapat baby girl. Masa scan hari tu, tanpa ditanya doktor cakap baby boy. Lepas tu pegi scan sekali lagi, pun doktor cakap baby boy. Sampaikan semua barang-barang baby aku cari kaler-kaler yang maskulin gitu... hehe. Sekali dapat baby girl.. kesian dia kena pakai baju yang kaler-kaler tak menawan..

Beberapa jam kemudian, baby girl yang comel ni dah dibenarkan masuk ke wad bersama ibunya..

BeberapaJamDilahirkan

Nak bagi nama pun kena balik rumah dulu... dah janji, kalo pompuan ibu dia yang akan bagi nama...

BeberapaJamDilahirkan-2

Hari kedua dia dah macam besar dan bertambah tembam. Sekali tengok, pipi dia macam Sinchan pun ada.. tapi tak per.. Sinchan comel apa.. Hari ni baby girl ni dah boleh bawak balik rumah..

HariKedua

Baby girl ni dah dapat nama..

HariKedua-2

Hari ketiga, baby girl ni dah menunjukkan ciri-ciri seorang yang comel.. Tapi tanda-tanda kuning dah ada..

HariKetiga

Hari keempat, tanda kuning tu sudah jelas kelihatan..

HariKeempat

Ini gambar Nur Izz Zayani dengan abah dia yang hensem.. mana lagi tumpahnya kuah kan.. ni dia ikut abah dia la ni..hehhe..

HariKeempat-2

Baru tadi bawak dia pegi check kuning kat hospital. Tinggi jugak kuning dia, dalam 208 gitu. Nanti hari deepavali kena bawak gi hospital lagi...


 

Sabtu, 3 November 2007

Bini n baby gua masih dlm wad....

Bini n baby gua masih dlm wad. Smalam silap lapor. Gua dpt baby girl. Maknanya dua kali scan nmpak boy tu salah. Gua dah siap ada nama u ...

Bini gua dah selamat melahirka...

Bini gua dah selamat melahirkan seorang hero yg tampan mengikut iras abahnya pkl 4 ptg td.. Alhamdulillah sumanya selamat...

Jumaat, 2 November 2007

Bini gua dah masuk bilik bersa...

Bini gua dah masuk bilik bersalin. Bila2 masa je gua akan jd abah..suspens siot!!

Khamis, 1 November 2007

Update Kencang #03

Mat Indon Tak Sedar Diri Menyerang Lagi

Mat Indon yang mengkomen berlebih-lebihan dengan bahasa beracun mengkomen lagi. Kali ini dalam post yang aku tulis pasal Mat Indon yang otak kat lutut tu. Terus terang aku tak tahu apsal dia jaki sangat dengan negara kita Malaysia walhal sini lah tempat warga diorang tuju untuk cari makan. Pikiran naif aku, dia ni mungkin tak cukup duit nak tambang feri datang sini kot...

Bini Aku Dah Datang Tanda

Mungkin petang ni atau malam ni, aku bakal menyambut kehadiran orang baru dalam hidup. Huhu, bila teringat kat doktor celaka kat Balik Pulau tu, memang aku rasa nak terajang dia! Kiranya tindakan aku untuk bawak bini aku ke hospital adalah tindakan tepat, yang tersasar sikit adalah jumpa doktor celaka tu jer. Walau bagaimanapun, aku rasa aku takkan buat aduan dan merosakkan karier doktor celaka tu. Sebabnya? Kegembiraan boleh menghapuskan dendam.. dok gitu? Lagi pun aku bukannya jenis pendendam sangat, dendam sikit-sikit jer.. maaf yang terbaik.. kan?

Aku Atau Saya

Kalo tengah marah, mestilah aku kan. Mesti kena cakap, aku marah kat ko ni. Barulah menunjukkan kemarahan.. Apa-apapun, aku ker, saya ker, gua ker, ana ker, semuanya membawa maksud yang sama. Kalo ber"aku-ko" pun, masih tulisan aku ni difahami lagi, kecuali Mat Indon yang bangang tuh..

bini gua dah mula turun darah ...

bini gua dah mula turun darah semalam. dan tadi dah buka dalam 4cm. mungkin ptg atau malam ni boleh bersalin. huhu, gua dah nak jd abah ni..

Bini gua masih dlm wad bersali...

Bini gua masih dlm wad bersalin. Tp baru buka 1cm, mgkn lmbat lg bersalin. Anyway, nurse kt sini tader yg comel2 ke? :-p

Sabtu, 27 Oktober 2007

Gua sedang memrhati awek2 USM ...

Gua sedang memrhati awek2 USM menunggu bas. Wah.. bdk2 U skrg dressing x hengat.. Zaman gua dulu x de plak awek dressing cam gini..

Khamis, 25 Oktober 2007

Best pekena nasi goreng bila t...

Best pekena nasi goreng bila tgh lapar n marah ngn sikap manusia...

Knp ada lg yg bleh bg kanak2 p...

Knp ada lg yg bleh bg kanak2 pmpuan pegi psr mlm sorang2 lepas apa yg jd kat nurin? Bangang nyer bapak! BH hari ni.

still staring at my screen.. i...

still staring at my screen.. idea..idea..idea.. where are thou?

Sayangilah Bos Anda!

Sedikit cerita lawak untuk dikongsikan digelakkan bersama...



In Memory of all those who love their bosses!

A guy phones up his Boss, but gets the bosses' wife instead.
"I'm afraid he died last week." she explains.

The next day the man calls again and asks for the boss.
"I told you" the wife replies, "he died last week."

The next day he calls again and once more asks to Speak to his boss.
By this time the wife is getting upset and shouts,

"I'VE ALREADY TOLD YOU TWICE, MY HUSBAND,
YOUR BOSS, DIED LAST WEEK! WHY DO YOU KEEP CALLING?
"

He replied laughing,
"I just love hearing it..."

Moral of the story, be nice to your staff.

p.s: don't ever send this to your boss ..!!!



Lawak dok? :wink: Terima kasih kepada yang menghantar lawak ni ke inbox aku. :smile:

Rabu, 24 Oktober 2007

Mat Indon Yang Otak Kat Lutut

Satu Mat Indon telah memberikan komen pada post aku pasal Artis, Anaknya & Anjingnya. Tapi yang aku sakit hati, ntah apa apa komen dia! Mungkin dia jaki dengan kejayaan Malaysia menghantar angkasawan ke ISS atau sebab dia tak dapat makan rendang mak dia raya hari tu... Baca kisah selanjutnya.. dan komen aku selepas setiap perenggan.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syawal 1428 H
Kepada sahabatku, Malaysia


Hai, sahabatku Malaysia . Bagaimana kabarmu menjelang lebaran kali ini? Wah, tentunya sudah banyak persiapan serta kesibukan yang menyita waktu karena sebentar lagi idul fitri akan tiba. Tapi, walaupun sibuk, jangan lupa untuk mengeluarkan zakat fitrahnya ya... ingat lho, ini kewajiban.
Aku rasa komen ni ditulis sebab dia dihambat kerinduan barangkali. Atau mungkin sebab dia keletihan dihambat pak-pak imegresen dan RELA. Sebut pasal fitrah, rasanya sibuk mana pun, tader yang pernah tak keluarkan fitrah. Mungkin dia terbawak-bawak perangainya di Indon, atau barang kali dia sibuk membancuh simen dan terlupa...

Hai sahabatku Malaysia . Di lebaran nanti jangan lupa putar lagu Rasa Sayange ya, ups lupa... lagu Rasa Sayang Hey. Lagu itu memang punya irama yang bagus dan punya nuansa yang mengasyikkan buat siapapun untuk berbalas pantun. Karena aku tahu di sana tidak punya lagu-lagu yang bagus, makanya kamu bilang bahwa lagu Rasa Sayang Hey itu adalah lagumu. Tenang saja, aku nggak marah kok, sebab aku punya ribuan lagu lainnya. Kamu mau?
Persetan kau punya lagu! Mana buktinya lagu tu milik Indon? Itu lagu nusantara, lagu milik bangsa Melayu. Ya, Melayu! Dan banyaknya Melayu ada di Malaysia! Makanya, dinamakan Malaysia, negara Melayu!

Hai sahabatku Malaysia . Jangan lupa ya lebaran nanti kamu pasti dikunjungi oleh saudara-saudaramu. Wah, di rumah pasti sibuknya luar biasa. Piring yang kotor, gelas yang berantakan, karpet yang terkena tumpahan kuah, atau sampah yang berserakan. Sahabatku, kamu jangan khawatir. Sebab, saudaraku akan memberesi semua yang berantakan itu. Kalau saudaraku tidak bekerja sesuai keinginanmu, ya sudah dicambuk saja, disuruh loncat dari jendela, atau gajinya nggak usah diberi. Bukannya kamu selama ini juga begitu?
Wah! Sedap mulut jer.. Ingat semua amah-amah Indon tu macam malaikat?

Hai sahabatku, Malaysia . Di saat lebaran nanti, jangan marah ya kalau ada asap yang juga ikutan menyambangi rumah-rumahmu. Karena hanya itu oleh-oleh yang bisa aku berikan kepadamu. Meski sebenarnya aku ingin memberikan buah-buahan kepadamu, tetapi kamu lupa ya kalau pohon-pohonku sudah kamu ambil. Masak sih kamu bisa lupa? Kan hutan di Sumatera dan Kalimantan sekarang sudah habis olehmu.
Habis apa? Bukan ker hutan tu korang bakar ker? Dan jerubu korang halau datang ke Malaysia. Malaysia sikit punya baik tak nak salahkan Indon, semangat setiakawan! Oh, aku faham sekarang! Korang mahu salahkan syarikat Malaysia yang datang buka ladang sawit di Indon ya? Nah, kalo orang Malaysia tidak datang ke sana buka ladang, makin ramai Indon-indon akan datang bekerja di Malaysia. Alo kawan, bersyukurlah korang boleh kerja ladang tanpa menyeberang selat!

Hai sahabatku, Malaysia . Di lebaran nanti kamu pakai apa? Tentu kamu akan pakai batik motif perang itukan? Wah, kalau itu sih memang bagus sekali. Di sini, kamu bisa lihat motif itu di Yogyakarta . Sama? Memang sama, tapi kan katanya kamu yang punya dan asli dari sana .
Sedap mulut! Sini pun ada batik lah ngok. Kat Terengganu, kat Kelantan berlambak kilang batik! Ingat batik Indon lawa sangat ker? Weh, yang ciplak batik Indon bukannya Malaysia ngok! Yang ciplak batik Indon tu Thailand!

Apalagi ketika kamu pakai batik kamu sedang menyantap ketupat dengan lauknya rendang daging yang kamu bilang asli buatan sana . Aku pernah lho dapat kiriman darimu, sekotak rendang daging dengan tulisan MADE IN MALAYSIA . Hmm, memang enak. Jangan khawatir kalau kamu kekurangan resep makanan dan masakan, kamu tinggal bilang saja. Di sini ada ribuan resep khas Indonesia yang boleh kamu ambil. Tenang saja aku nggak marah kok, bahkan kalau kamu bilang khas dan asli dari Malaysia pun aku nggak marah.
Habis kalo kat Indon banyak resepi masakan, tapi tak cukup makanan apa faedahnya? Apa pasal sampai mat-mat dan minah-minah Indon berlumba-lumba datang Malaysia kalo Indon bangga sangat dengan resepi makanannya? Rendang milik Indon? Alo kawan, mana buktinya?

Hai sahabatku, Malaysia . O ya menjelang lebaran nanti tanggal 10 Oktober ada astronotmu kan yang akan terbang ke luar angkasa dengan Soyuz. Wah, selamat ya. Aku turut senang lho. Ternyata tidak sia-sia bapak-ibu guru kami mengajari anak-anak Malaysia pendidikan. Bahkan sampai sekarang pun masih banyak kan profesor Indonesia yang mengajar di sana . Wah, kalau kamu lupa terhadap siapa gurunya, ya nggak apa-apa. Karena bagi aku guru itu adalah pahlawan, pahlawan tanpa tanda jasa. Jadi kalau kamu melupakan sejarah dan kenyataan itu ya wajar saja.
Banyak ker guru dari Indon? Mat Indon ni mimpi gamaknya! Woi.. kalo ramai sangat mat-mat Indon terer-terer, apasal Indon tak maju macam Malaysia? Aku rasa kat Malaysia yang ramai Indon jadi bibik, jadi buruh binaan, jadi penyamun!

Hai sahabatku, Malaysia . Suatu saat nanti aku akan berlebaran di sana . Tapi apakah kamu ingat dengan namaku? Ya, namaku INDONESIA dan bukan INDON. Kalau kamu lupa sih ya nggak apa-apa. Toh, selama ini kamu juga sering lupa. Maklum kamu kan orang muda yang ngakunya tua bangka. He he he he....
Ler.. Aku inginkan Indon yang dah ada kat sini.. Tak yah datang lah.. duduklah kat Indon tu dah Malaysia ni ko hina sangat! Makanlah resepi Indon tu yang ko bangga sangat! Nyanyilah lagu Indon yang best sangat tuh! TAPI, Jangan datang sini!! Ni negara aku, Malaysia! Aku tak hingin Indon macam ko datang sini!

Hai sahabatku malaysia kenapa kamu garang ketika lagu-laguku di putar di sana , apakah karena kamu tidak bisa menciptakan lagu sendiri... hanya lagu isabela adalah.... hahahah lagu kami banyak dan musisi kami juga banyak coba denger deh pasti enak-enak jangan marah donk kalau engga bisa bikin lagu...
Bukan kami yang minat lagu korang, tapi minah-minah dan mat-mat Indon yang ada kat sini yang minat! Jangan perasanlah... Cuba tengok setiap kali artis Indon buat konsert kat Malaysia, semua yang hadir tu Indon!! Jangan perasan lah!!

Hai sahabat ku malaysia , kamu engga punya alat musik sendiri ya, ketika alat musik ku angkulung dibuat dari bambu yang kamu klaim milik kamu, ternyata warga mu belajar angklung dari bandung ... tenang aja kami punya alat musik masih banyak, kamu tinggal pilih sendiri hehehehe, kasihan kalian tidak punya darah seni...heheheheh. ..

Hai sahabat ku malaysia , kalian selalu menganggap warga kami sebagai pembuat onar, tetapi media masa mu mengatakan kejahatan dilakukan oleh wargamu sendiri, lempar batu sembunyi tangan hahahaha, biasa tabiat orang muda tidak mau tanggung jawab.
Samalah dengan mat Indon ni yang tulis komen tapi tak bagi nama. Lempar batu sembunyi tangan. Ketuk dulang paku serpih nyer mat Indon!

Hai sahabatku malaysia selamat ya ketika kamu klaim pulau sipadan dan ligitan sebagai wilayahmu, kami maklum karena sempitnya wilayahmu sehingga kamu minta setitik pulau kami, tenang kami tidak marah karena kami punya jutaan pulau kamu tinggal pilih saja.
Tapi apasal ramai Indon datang Malaysia ha? Apsal diorang tak bertebaran ke jutaan pulau tu ha? Sebab Indon bodoh, tak reti nak bangunkan negara! Tak reti nak gunakan sumber yang berlambak! Giler punya mat Indon, bangga tak bertempat. Otak kat kepala lutut!

Hai sahabat ku malaysia kamu klaim budaya dayak sebagai budayamu, padahal kamu hanya numpang sedikit wilayah borneo, apa karena tidak mempunyai kebudayaan sehingga kamu mengambil budaya kami.. tenang kami punya suku lain kok ada sunda, jawa, menado, papua, ambon, adakah yang kamu tertarik untuk diakunya lagi... kasian ya suka ngaku-ngaku.

Hai sahabat ku malaysia, katanya kamu mengaku sebagai negara islam tetapi, kamu melegalkan judi sebagai pendapatan negara, maka kamu masuklah islam secara keseluruhan, apakah kamu belajar islam membolehkan berjudi hehehehh, makanya belajar islam dari sumbernya.. kami memiliki kiai dan ustad yang banyak, kalau perlu belajarlah disini akan kami sambut dengan senang hati.
Korang ada ustaz yang bagus, sebab tu Gus Dur boleh baik nyer romen bagi pompuan duduk atas riba! Sebab tu ramai gadis korang jadi pelcur kat Malaysia. Sebab itu gadis Indon pegi sekolah pakai skirt! Sebab tu korang boleh tukar agama sebab sebungkus maggi! Sebab kamu ada ustaz yang bagus-bagus! Islam konon!

Ya sudah sahabatku, Malaysia . Di bulan yang baik dan berkah ini, kuucapkan kepadamu untuk menikmati lebaran dengan enak ya. Jangan sedih.... aku, Indonesia nggak apa-apa kok.Aku selalu paham kok kalau kamu memang begitu, dan memang sifatnya begitu. aku juga paham kamu begitu karena kamu tidak memiliki jadi kamu curi saja semua dari ku sahabat mu Indonesia, tapi sebagai sahabat yang baik aku telah memaafkan semuanya, karena aku tau kamu kekurangan jadi kamu terpaksa harus mencuri... dariku semoga allah memberkati dan memaafkan atas tindakan mu itu... selamat idul fitri sahabat mu indonesia yang selalu memaafkan kesalahan mu, karena aku lebih bijaksana dan pengertian.. ..
Kepala hotak kau!!

dari sahabat sejati mu,
Indonesia


*
Batik, katanya sudah dicopyright sama Malaysia.
Angklung, katanya sudah diaku asli Malaysia.
Lagu Rasa Sayange, malah muncul di iklan visit Malaysia.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s: Mat Indon ni memang sial! Otak kat kepala lutut nyer Indon! Mungkin Indon ni marah sebab Malaysia dah nak kurangkan pengambilan pekerja asing.. maknanya dia tak berpeluang cari duit atau jual body kat Malaysia. Tapi yang paling aku hangin, apa kaitannya blog aku ngan dia sampai dia nak komen panjang lebar tak puas hati kat Malaysia kat blog aku? Kat post pasal Artis, Anaknya & Anjingnya? Apsal???

**kepedasan komen aku ini ditujukan kepada Indon yang sekepala lutut dengan mat Indon yang tulis komen tu saja. Mat-mat dan minah-minah Indon yang lain tidak terusik dan jangan sensitip pulak. Dan, tiada mana-mana mat atau minah Indon yang merana/terpukul/tertendang/tertembak semasa aku tulis post ni.

Isnin, 22 Oktober 2007

Riang Ria Di Hari Raya

Tengok-tengok gambar dulu. Nanti ada masa akan ditambah penerangannya.. hehe

Kami menjemput semua berhari raya...

Lelaki Hensem

Tok Jah dan Cucu

Keluarga Aizam

Keluarga Aizuan

Tengku Dayah dan keluarga

Tok-tok dan Cucu-cucu

Bihun sup dan lontong.
Bihun Sup dan Lontong

Kuih muih.
Kuih Muih

Cendol.
Budak-budak Makan Cendol

Sate.
Sate Last Kopak

Timun dan bawang.
Timun dan Bawang

Pembakaran terbuka
Pembakaran Sate Secara Terbuka

Antara tetamu yang hadir.
Keluarga Tengku Dayah

Anak-anak Paksu dan Maksu

Sedara Mara

Paksu dan Maksu

Saudara Mara

Saudara Mara

Saudara Mara

Saifubaha Che Nan

En Ibrahim dan keluarganya

Keluarga Lela

Pak Din dan Lela

Siti dan Anak Beranak

Syah dan Isterinya

Syah dan Pak Din

Budak-budak yang happy tak hingat.
Budak-budak Kegembiraan

Haa.. kan dah kena.
Akibat Happy Sangat di Hari Raya

Menangkap gambar dengan kamera cabuk.
Mensnap Gambar Dari Kamera Cabuk

dan kamera ini.. tapi bukan aku punya. Bilalah nak dapat sebijik macam ni.
Kamera Idaman



Isnin, 8 Oktober 2007

Cara Guna Yahoo Messenger Web

Post ini ditulis khas untuk yang tak tahu lagi nak guna YM Web dan selalu menyalahgunakan cbox blog ini untuk chatting!
  • Mula-mula pastikan korang tahu gunakan mouse, keyboard, dan tahu menggunakan internet explorer ataupun firefox. Pastikan juga korang memahami sedikit Bahasa Omputih dan tidak ponteng sekolah.
  • Kemudian, layari web ini http://webmessenger.yahoo.com

  • Jika korang dah ada akaun yahoo, korang boleh terus sign in dengan akaun yahoo korang. Kalo belum korang daftar dulu satu akaun email dengan yahoo.
  • Lepas sign in korang akan dibawa ke page untuk chatting. Kalo korang nak chatting dengan kawan-kawan korang yang korang ada email add diorang (sama ada yahoo, hotmail atau msn), korang add kan jer email diorang...

  • Pastu korang boleh start chatting sesama korang tanpa mengganggu cbox aku.. hehe :smile:


p/s: Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh leLabu.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...