Rabu, 31 Januari 2007

ArticleKillers.Com Sedang Memberi Duit!

Di bawah ni saya petik kata-kata tuan punya articlekillers.com :-

On top of the commission, after referring 5 article marketing colleagues to the complimentary "10 Article Killers" report you'll receive a link to a 25 minute tutorial on Conducting Keyword Research. This is drawn from a 10-part SEO series I completed last month.

We are currently paying 1.00 Dollar for every confirmed subscriber you refer to our system.

By referring 5 or more confirmed subscribers you will earn a special gift. A Keyword Research Tutorial. (This 25 minutes video was taken from a 10 part series on SEO I completed last month.)

Sincerely,

Chris Crompton
10 Article Killers


nota : Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke website tersebut melalui link ini, dan kemudiannya sign up. Download dan baca laporan yang disediakan kemudian mula sebarkan kepada kawan-kawan. Saya sudah mendapat $7 dalam satu jam dengan hanya mengklik satu butang send email. Bagaimana dengan anda?

Isnin, 29 Januari 2007

Jangan Pandang Sebelah Mata

Akhirnya penyanyi Adibah Noor mendapat apa yang dihajati.

Menang AJL 21 begitu bermakna buat Adibah.

Ikuti laporan BH berikut.

Adibah Noor & Azlan Abu Hassan KUALA LUMPUR: Lagu Terlalu Istimewa ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Adibah Noor menjulang trofi Anugerah Juara Lagu Ke-21 (AJL21) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Pertama kali menyertai AJL 21, nyata membawa tuah kepada Adibah, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu yang turut memenangi kategori Balada dan Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang wang tunai keseluruhan RM47,000 dan trofi.

Kejayaan laju Terlalu Istimewa itu menafikan peluang Warkah Buat Laila yang sebelum ini diramalkan banyak pihak bakal mengungguli AJL21 berdasarkan pencapaian cemerlangnya termasuk diiktiraf Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-12, April tahun lalu.

Terdahulu, mereka menerima trofi dan wang tunai RM12,000 apabila lagu itu diumumkan menjuarai kategori Balada, menewaskan tiga lagu lain yang turut bertanding.

Adibah turut memenangi vokal terbaik dengan membawa pulang RM10,000 serta trofi.

Bagaimanapun, Warkah Buat Laila, ciptaan Ayob Ibrahim dan lirik Habsah Hassan yang dinyanyikan oleh Zahid tidak pulang kosong apabila memenangi kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.

Lagu itu pernah diangkat sebagai penerima Lagu Tema Asal Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18, selain Ayob sendiri diiktiraf pemenang Skor Muzik Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) Ke-50 pada 2005.

Kemenangan itu menyaksikan Ayob, Habsah dan Zahid membawa pulang trofi dan berkongsi wang tunai RM12,000.

Bagi kategori Pop Rock diraih lagu Juwita Citra Terindah ciptaan dan lirik M Nasir yang dinyanyikan komposer terbabit dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.

Sementara itu, persembahan Terbaik pula diraih Hazami menerusi lagu Mungkir Bahagia yang meraih wang tunai RM10,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Farid Ridzuan.

nota: Post ni saja nak tunjukkan, (walaupun agak terlewat) kalau ada bakat, walaupun tak lawa, tapi kerja keras, maka akan membuahkan hasil. Alhamdulillah. Kalau kemaruk sangat nak jadikan artis sebagai idola, yang ini boleh. Yang lain harap rupa jer...

Selasa, 23 Januari 2007

Purbawara: Kembang Sayang Arjuna

Tatkala ini, Kembang masih senyum sendirian, sambil mengusap-ngusap dan membelai-belai rambutnya yang kerinting itu. Kerinting yang tidak mungkin dapat dirungkai. Kerinting yang amat sangat gelung-gelungnya, yang apabila seekor kutu merayap ke dalamnya, nescaya sesatlah kutu itu tanpa dapat menghidu jalan pulang semula. Nescaya beratap tangislah kaum kerabat dan marga kutu yang lainnya atas kehilangan seekor kutu itu.

Kembang sekarang barangkali sedang berehat-rehat di atas katil empuk di salah satu bilik hotel mewah di Sabah. Atau barangkali Kembang sedang mencuba-cuba untuk memakai pakaian mandi yang baru dibelinya. Namun sayang, isi pahanya keluar menggeleber di celah-celah getah celana kecil itu.

Atau barangkali, Kembang sekarang senang enak berjemur di putihan pasir pantai di Pulau Borneo itu, bersama dengan Arjuna yang mungkin sedang menggaru-garu kepala yang tidak gatal, atau sedang membetulkan suaranya yang tidak pernah sedap didengar. Mungkin juga Arjuna sedang menyusun-nyusun kata bagaimana supaya dapat kiranya Kembang membiarkan dia baring di sebelah Kembang.

Kembang mula menguntum senyum, dan dengan rela membiarkan Arjuna baring di sebelahnya, sama-sama berjemur di terik matari itu.

bersambung...

Nota: Arjuna dan Kembang sekarang berada di Pulau Borneo. Damailah sikit keadaan ofis ni. Mungkin Kembang boleh mencari ketenangan di situ setelah berperang dengan Andika, dan terakhir, memarahi seorang kerani, yang akhirnya membuatkan Kembang malu sendiri.

Moralnya: Sebelum nak panas baran kat orang bawahan, periksa dulu sama ada orang bawahan tu salah atau tidak.

Kesnya, Kembang suruh sorang kerani berikan dia fail pasal satu perkara. Kerani tu dah letak fail atas meja dia, tapi dia tak perasan. Alih-alih dia datang ke meja kerani tu marah-marah sebab tak dapat fail. Bila kerani tu cakap dah hantar atas meja dia, dengan angkuh cakap bukan fail tu.

Kerani tu pun pergilah ke bilik Kembang dan ambil fail tu, datang balik ke meja dia (Kembang tengah tunggu) tunjuk kat Kembang. "Ha, fail inilah yang saya nak!"

Tadi cakap bukan fail tu, kan dah malu sendiri, marah-marah orang tanpa usul periksa.

Jumaat, 19 Januari 2007

Jejak Kasih : Zacko

Semalam menerima kunjungan seorang kawan lama yang sama-sama belajar di UTM dahulu. Dalam bersembang, salah satunya mengenai kawan-kawan seperjuangan, terbuka cerita fasal seorang kawan yang lebih dikenali sebagai Zacko.

Zacko sekarang sudah ada income RM50,000 sebulan!

Pergghh...memang terkejut giler bila dengar Zacko dan dapat income macam tuh. Zacko dulu adalah teman sebilik semasa saya bekerja di Pasir Gudang. Ketika itu Zacko masih bujang dan bekerja dengan Sime-Sembcorp Engineering (syarikat yang bina platform oil & gas). Zacko pada masa itu memandu Honda Prelude 1985 yang diwarisi dari ayahnya.

Kali terakhir saya berjumpa Zacko adalah semasa kenduri kahwinnya. Sudah hampir 2 tahun tak jumpa Zacko. Kali terakhir jumpa, Zacko berura-ura ingin berhenti kerja dan berniaga. Tapi masa itu, bila ditanya, Zacko masih berahsia. Sampai sekarang pun saya masih belum tahu apa perniagaan Zacko.

Semalam, kawan tersebut, Pak Jan ceritakan yang Zacko sudah ada income RM50,000 sebulan. Perniagaannya, belum tahu lagi apa. Tapi, yang tahu sedikit-sedikit, multi level marketing jugak, jual pakej aroma therapy.

Sesiapa yang ada kenal Zacko, harap boleh sampaikan salam saya kepadanya. Zacko ni boleh dikatakan bakal jutawan. Kalau Zacko terbaca blog ini, satu jer pesanan,
Woi beb, takkan tak nak ajak member join kot?!"

~leLabu~

Khamis, 18 Januari 2007

Purbawara : Arjuna Sayang Kembang

Berkatalah Si Arjuna kepada Andika tatkala itu, "Andika, pertamanya, kamu perlu berfikiran terbuka. Menerima apa yang mahu hamba perkatakan!"

Si Kembang di sebelah Arjuna menguntum senyum yang bersimpul-simpul. Bersimpul bak tidak akan terungkai lagi. Kembang memang sudah lama menyimpan kesumat di dada. Masakan tidak! Kembang sudah lama melobi mahu menghapuskan Andika. Andika yang selama ini menjadi duri dalam daging kepala rencana-rencana Kembang yang mahu naik mencapai bulan.

Andika yang selama ini dipijak-pijak dan dikuda-kudakan untuk mengejar bulan. Namun Andika bak kata pepatah, umpama lembu. Kembang umpama sapi. Andika yang ditunggang-tunggang namun Kembang juga yang mendapat segala pujian, malah Kembang juga yang menerima senyum manis Arjuna. Dan Kembang semakin bermaharajalela mahu menjadikan Arjuna tunggangannya.

Arjuna berkata lagi, bak syair bunyinya, tapi tidak beritma. Bak gurindam bunyinya, tapi tidak berirama. Arjuna mahu buktikan kepada Kembang bahawa dia masih gagah perkasa. Meskipun rambutnya sudih keputihan, bak jambul belatuk lagaknya, namun Arjuna masih tetap Arjuna: Masih mahu melepaskan panahnya, supaya mengena dada Kembang itu. Arjuna mahu menunjuk perkasa.

Kembang senyum, tersipu dan Arjuna berkata :

  1. Pertamanya saya tidak puas hati dengan awak sebab awak forwardkan maklumat ke ibu pejabat tanpa melalui immediate boss awak. Memang maklumat tu urgent, tapi sepatutnya bagi immediate boss awak tengok dulu..

  2. Keduanya, kontrak awak dah dilanjutkan oleh human resource. Tapi, saya tak puas hati sebab masa awak minta perlanjutan, minta sokongan saya, awak tak datang menghadap saya. Itu yang saya rasa tak puas hati. Sepatutnya perkara yang penting macam ini awak datang menghadap saya, merafak sembah saya...

  3. Ketiganya, saya memang tak puas hati sebab tahun lepas awak ambil cuti tanpa kebenaran saya. Awak memang tak patut buat macam tu....


Andika sudah sudah mahu melayang, kakinya sudah terasa ringan. Namun diinjak-injakkan dan dipasak-pasakkan kakinya ke lantai, supaya tidak terangkat singgah di muka Arjuna.

Arjuna berasa bangga. Hidungnya mula kembang tanpa dapat ditahan lagi. Tidak diketahuinya kaki Andika sudah mahu terbang. Andika cuba menjawab:

"Arjuna, bukannya hamba tidak mahu bersemuka dengan Kembang kerana pekerjaan itu. Tapi Kembang sendiri tercungap-cungap datang berjumpa hamba mahu hamba siapkan pekerjaan itu secepatnya. Mafhumnya, pekerjaan itu perlu cepat siapnya dan disuakan kepada Si Patolga itu!"

"Tentang perkara pekerjaan hamba itu. Seingat hamba, rafak sembah sudah hamba persembahkan kepada kamu. Bukannya hamba menggunakan utusan lain untuk wakili hamba menyusun jari melagukan sembah kepada kamu!"

"Fasal pekerjaan cuti itu pula. Kamu tidak pernah bertanyakan hamba kenapa perlu hamba bercuti. Hamba berkecil hati, kerana sepanjang 36 purnama hamba melakukan pekerjaan ini, cuma sekali hamba bercuti sakit. Dan cuti-cuti yang lainnya, hanya cuti hari raya sahaja yang hamba pohon. Maka amatlah terluka hati hamba bila kamu mencari kesalahan-kesalahan hamba begini. Dan melupakan segala jasa-jasa hamba!"

Arjuna mula terasa tercabar dek kata-kata Andika. Merah padam mukanya, apatah lagi Kembang berada di depannya. Malu rasanya kalau Arjuna tidak dapat membalas perkataan-perkataan Andika di hadapan Kembang.

Maka berkatalah Arjuna, "You ni negatif lah. Tak berfikir positif!

Andika bangun, menghentak-hentak kaki yang terasa begitu ringan sekali. Katanya, "Memang hamba begini!"

Andika berlalu meninggalkan Arjuna dan Kembang yang masih terpinga-pinga. Tidak pernah keduanya melihat Andika marah begitu. Tidak pernah keduanya mendengar Andika meninggi suara. Namun hari ini semuanya dijamu di hadapan mata.

bersambung...

nota: Cerita ini adalah kisah benar. Namun watak diubahsuai bagi mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati di kalangan pelaku sebenar. Pengajaran cerita :

  • Si immediate boss (Kembang), kalau anak buah (Andika) buat silap sikit, tegur anak buah direct, dengan hikmah, bukan pergi mengadu dekat boss (Arjuna).

  • Si Arjuna, kalau Kembang ngadu pasal Andika, tanya kedua-dua pihak dulu. Jangan dengar di sebelah pihak Kembang sahaja.

  • Apa guna ayat Arjuna minta Andika berfikiran terbuka jika yang bercakap itu (Arjuna) sudah menganggap orang itu (Andika) bersalah. Terbukti Arjuna telah terlebih dulu tidak berfikiran terbuka.

  • Arjuna sepatutnya memanggil Andika bersemuka tanpa kehadiran Kembang. Barulah Arjuna tidak akan berlaku memihak kepada Kembang.

  • Kembang cuba memburuk-burukkan Andika yang selama ini buat kerja untuk dia. Kalau Andika tidak buat kerja, Kembang pun tidak akan senang.

  • Arjuna mengungkit-ngungkit cerita lama. Arjuna berdendam dengan kesilapan anak buah. Boss apa yang menyimpan dendam dengan anak buah sendiri?

Gaji RM80,000 Naik Bas Ekspress

Kalau saya bergaji RM80,000 sebulan saya takkan naik bas ekspres untuk balik kampung. Mungkin agak angkuh, namun ini alasan saya:

  1. Seat dalam bas itu mungkin akan dibeli oleh orang yang gaji bawah RM1000 untuk balik ke kampung. Mungkin sebab saya dah beli, orang tersebut tidak dapat balik kampung. Niat saya, utamakan yang tidak mampu. Kalau kita mampu, kenapa mahu berebut dengan yang tidak mampu?

  2. Gaji RM80,000 memampukan saya untuk membeli sebuah kereta dan menggaji seorang pemandu. Rasanya gaji seorang pemandu tidak sampai pun RM2000 sebulan, dan installment kereta pun, katakan BMW, tidak sampai pun RM5000 sebulan. Dengan menggaji pemandu dan membeli kereta, lebih ramai yang merasa pengaliran wang. Tukang cuci kereta pun ada kereta nak dicuci, kedai tayar, mekanik, tokei kedai spare part, stesen minyak etc. Niat saya, agih-agihkan bagi semua merasa.


Rasanya itu sajalah. Gaji RM80,000 sebulan ni, banyak boleh buat. Lagipun, bagi saya, kalau gaji RM80,000 sebulan naik bas ekspres, itu bukan zuhud, tapi itu kedekut!

Pakar bedah bergaji RM80,000 sebulan. Kalau saya, dah lama berhenti jadi pakar bedah. Kenapa? Sebab kerana gaji saya RM80,000 sebulan, tak ramai yang berpeluang hidup. Sebab kos pembedahan dah tinggi, gaji saya pun, pastinya pendapatan daripada hasil membedah, mengubati orang sakit. Maka, tak ramai yang berpeluang hidup sebab tak mampu nak bayar kos pembedahan. Kiranya saya terlibat jugaklah. Memberi saham supaya pesakit itu tidak mampu membayar.

Sekadar pandangan. Mungkin pakar bedah tersebut dah dermakan semua gajinya. Sebab itu dia naik bas ekspres untuk balik kampung. Itu pun amalan murni jugak.

~leLabu~

Isnin, 15 Januari 2007

Alhamdulillah, Semuanya Selamat

Alhamdulillah semuanya sudah selamat dan berjalan lancar semalam. Seminar yang dirancangkan berjalan lancar dan kehadiran amat memuaskan. Walaupun pada mulanya dijangka hanya 350, tetapi akhirnya yang datang mencecah 500 orang.

Walaupun sedikit kelam kabut, namun yang penting apa yang dirancangkan berjaya dilaksanakan.

Kepada yang tidak sempat untuk hadir semalam, nanti di seminar-seminar yang akan datang saya akan hebahkan lagi.

Supaya tidak ketinggalan, saya cadangkan anda lebih kerapĂ‚  ke blog ini. :-)

~leLabu~

Jumaat, 12 Januari 2007

Seminar Esok! Jangan Lupa!

Seminar Aksesibiliti Modal & Penyaluran Pembiayaan Secara Efisien Kepada Usahawan Bumiputera Pulau Pinang

Update terkini:

Saya sebenarnya sedikit risau dengan kehadiran ke seminar ini. Bukan kerana tak ramai yang datang, tapi sebab terlalu ramai yang bagi confirmation untuk datang. Dewan yang disediakan dijangka dapat menampung 350 tetapi sehingga hari ini, sudah lebih 500 yang mengesahkan akan hadir.

Kerisauan adalah atas beberapa faktor iaitu :

  1. Tempat duduk hanya untuk lebih kurang 350 orang, tapi kehadiran dijangka lebih tinggi.

  2. Door gift yang disediakan (value more than RM50) hanya ada lebih kurang 400 unit. Jadi, siapa cepat dia dapat.

  3. Makan tengahari, bajet untuk 350 orang sahaja, mungkin ada yang makan kuih sahaja...


Dari segi pengisian, rasanya tiada masalah kerana semua dokumen edaran boleh dicetak di pejabat. Aturcara seminar:

  • Taklimat pembiayaan oleh Yayasan TEKUN Nasional, PERDA, MARA, CGC, SMIDEC, Bank SME, Bank Pertanian, PUNB dan Bank Rakyat.

  • Bengkel Pembiayaan PKS, Pembiayaan Usahawan/Peniaga, dan Pembiayaan Peruncitan/Pemborong.


Masalah pembiayaan merupakan isu utama yang dihadapi oleh usahawan bumiputera. Bagi menangani isu tersebut, kerajaan telah menubuhkan pelbagai tabung dan dana dengan harapan kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan oleh usahawan.

Walaubagaimanapun, dana-dana yang disediakan itu dilihat seumpama tawaran yang tidak tercapai (available but not accessible) dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, objektif seminar ini ialah untuk membetulkan persepsi tersebut dengan mendedahkan peserta-peserta seminar kepada peluang dan kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan oleh pelbagai agensi untuk merealisasikan pemantapan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, MPPB.

Jumpa anda semua di sana!! Jangan lupa, Dewan NPC, Kepala Batas, Pulau Pinang, bermula jam 8.00 pagi.

~leLabu~

Isnin, 8 Januari 2007

Saddam Dalam Kenangan

Heboh pasal Saddam, saya ingin sedekahkan al-Fatihah. Walaupun tak kenal dia, tapi seumur hidup saya, saya dengar Saddam ni pemimpin Islam, berjuang melawan US.

Tak jadi masalah rasanya...bagi saya yang Islam merasa simpati kepada pejuang Islam yang syahid.
~leLabu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...