Khamis, 18 Januari 2007

Gaji RM80,000 Naik Bas Ekspress

Kalau saya bergaji RM80,000 sebulan saya takkan naik bas ekspres untuk balik kampung. Mungkin agak angkuh, namun ini alasan saya:

  1. Seat dalam bas itu mungkin akan dibeli oleh orang yang gaji bawah RM1000 untuk balik ke kampung. Mungkin sebab saya dah beli, orang tersebut tidak dapat balik kampung. Niat saya, utamakan yang tidak mampu. Kalau kita mampu, kenapa mahu berebut dengan yang tidak mampu?

  2. Gaji RM80,000 memampukan saya untuk membeli sebuah kereta dan menggaji seorang pemandu. Rasanya gaji seorang pemandu tidak sampai pun RM2000 sebulan, dan installment kereta pun, katakan BMW, tidak sampai pun RM5000 sebulan. Dengan menggaji pemandu dan membeli kereta, lebih ramai yang merasa pengaliran wang. Tukang cuci kereta pun ada kereta nak dicuci, kedai tayar, mekanik, tokei kedai spare part, stesen minyak etc. Niat saya, agih-agihkan bagi semua merasa.


Rasanya itu sajalah. Gaji RM80,000 sebulan ni, banyak boleh buat. Lagipun, bagi saya, kalau gaji RM80,000 sebulan naik bas ekspres, itu bukan zuhud, tapi itu kedekut!

Pakar bedah bergaji RM80,000 sebulan. Kalau saya, dah lama berhenti jadi pakar bedah. Kenapa? Sebab kerana gaji saya RM80,000 sebulan, tak ramai yang berpeluang hidup. Sebab kos pembedahan dah tinggi, gaji saya pun, pastinya pendapatan daripada hasil membedah, mengubati orang sakit. Maka, tak ramai yang berpeluang hidup sebab tak mampu nak bayar kos pembedahan. Kiranya saya terlibat jugaklah. Memberi saham supaya pesakit itu tidak mampu membayar.

Sekadar pandangan. Mungkin pakar bedah tersebut dah dermakan semua gajinya. Sebab itu dia naik bas ekspres untuk balik kampung. Itu pun amalan murni jugak.

~leLabu~

2 ulasan:

  1. saya rasa ramai tidak tahu gaji sebenar seorang pakar bedah kerana semua orang menyangka seorang pakar bedah bergaji puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit sebulan...tetapi jika anda melihat slip gaji seorang pakar bedah pasti anda menggeleng kepala kerana ternyata sangkaan anda sangat meleset...di dalam malaysia, pakar bedah berpendapatan rm80 000 sebulan boleh dibilang dengan jari bergantung kepada bidang kepakaran masing-masing..dan tentunya pakar-pakar bedah bergaji sebegini banyak hanya berada di pusat-pusat perubatan swasta yang tentunya semua orang tahu menjadi pilihan golongan korporat yang berduit.

    pusat-pusat perubatan ini tentunya bukannya tempat orang yang tidak berduit dan pakar-pakar ini bersedia melakukan apa sahaja pembedahan termasuk yang berisiko tinggi walaupun pembedahan itu dilakukan semata-mata untuk menerima imbuhan dari pelanggan.

    di sini bukan hanya pakar bedah yang mendapat keuntungan malah ia turut dikongsi oleh pusat perubatan berkenaan. dengan sebab itu mereka bersedia menerima apa sahaja jenis pembedahan yang tidak sanggup dilakukan oleh hospital-hospital kerajaan.

    berbalik kepada gaji seorang pakar bedah di hospital2 kerajaan.rata-rata pakar bedah kanan mempunyai gaji pokok sekitar rm5 000 bilamana dicampur dengan elaun-elaun tambahan termasuk elaun atas panggilan hanya mencecah rm8 000 ke rm10 000 sahaja sebelum ditolak EPF dan PCB.paling tinggi pendapatan kasar pakar bedah paling senior hanya sekitar rm 15 000 sahaja.

    mereka ini menawarkan khidmat kepada sesiapa sahaja tanpa mengira di dalam kelas mana mereka tergolong dan mereka tidak akan melakukan pembedahan yang berisiko tinggi ke atas pesakit melainkan di atas persetujuan pesakit.walaupun imbuhan mereka tidak setinggi mana tetapi mereka memberikan komitmen yang sangat tinggi kepada pesakit sehingga mengabaikan masa bersama keluarga sendiri dan adakala mereka meninggalkan anak isteri yang sakit demam di rumah untuk merawat pesakit lain.

    malangnya pesakit yang tidak berduit tidak memandang pakar-pakar bedah ini kerana mengharapkan kepakaran daripada pakar-pakar bedah yang bertaraf 'lima bintang' ini walaupun kepakaran yang dimiliki sebenarnya hanyalah serupa.pesakit-pesakit yang tidak mampu tanpa segan-silu memanjat pusat-pusat perubatan mewah semata-mata diberi jaminan peluang sembuh hampir 100% walaupun hakikatnya tidak.

    oleh itu saban hari media menyiarkan kisah pesakit yang memerlukan bantuan kewangan untuk melakukan pembedahan di pusat-pusat perubatan mewah yang mencecah ratusan ribu ringgit yang mana jika dilakukan di hospital kerajaan kosnya jauh lebih murah. alasan yang diberikan kerana tidak sanggup menunggu giliran di hospital kerajaan.

    di hospital kerajaan, keutamaan diberikan kepada pesakit yang lebih memerlukan pembedahan segera. tidak timbul soal diskriminasi kerana pesakit dirawat secara adil mengikut keadaan mereka.

    oleh itu tidak wajar kegagalan melakukan pembedahan diletakkan ke bahu pakar-pakar bedah kerana mereka telah melakukan segala yang termampu untuk merawat pesakit tetapi pesakit yang tidak menghargai dan sanggup menebalkan muka meminta bantuan untuk pembedahan yang sebenarnya tidak memerlukan kos yang tinggi jika dilakukan di hospital kerajaan. kebanyakan permohonan bantuan ini datang dari pesakit yang dirawat di pusat-pusat perubatan swasta yang mana mereka ini tidak mampu pun untuk mendapatkan rawatan di sana. jarang sekali permohonan bantuan ini datang dari pesakit di hospital-hospital kerajaan.

    jadi salah pakar bedah kah kalau mereka ini tidak mampu membiayai pembedahan sendiri walaupun hakikatnya mereka punya pilihan untuk menjalani pembedahan dengan kos yang jauh lebih murah?

    BalasPadam
  2. komen yg bernas dari minah bengang. cuma saya edit sikit supaya sedap mata memandang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...