Update terkini:
Saya sebenarnya sedikit risau dengan kehadiran ke seminar ini. Bukan kerana tak ramai yang datang, tapi sebab terlalu ramai yang bagi confirmation untuk datang. Dewan yang disediakan dijangka dapat menampung 350 tetapi sehingga hari ini, sudah lebih 500 yang mengesahkan akan hadir.
Kerisauan adalah atas beberapa faktor iaitu :
- Tempat duduk hanya untuk lebih kurang 350 orang, tapi kehadiran dijangka lebih tinggi.
- Door gift yang disediakan (value more than RM50) hanya ada lebih kurang 400 unit. Jadi, siapa cepat dia dapat.
- Makan tengahari, bajet untuk 350 orang sahaja, mungkin ada yang makan kuih sahaja...
Dari segi pengisian, rasanya tiada masalah kerana semua dokumen edaran boleh dicetak di pejabat. Aturcara seminar:
- Taklimat pembiayaan oleh Yayasan TEKUN Nasional, PERDA, MARA, CGC, SMIDEC, Bank SME, Bank Pertanian, PUNB dan Bank Rakyat.
- Bengkel Pembiayaan PKS, Pembiayaan Usahawan/Peniaga, dan Pembiayaan Peruncitan/Pemborong.
Masalah pembiayaan merupakan isu utama yang dihadapi oleh usahawan bumiputera. Bagi menangani isu tersebut, kerajaan telah menubuhkan pelbagai tabung dan dana dengan harapan kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan oleh usahawan.
Walaubagaimanapun, dana-dana yang disediakan itu dilihat seumpama tawaran yang tidak tercapai (available but not accessible) dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, objektif seminar ini ialah untuk membetulkan persepsi tersebut dengan mendedahkan peserta-peserta seminar kepada peluang dan kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan oleh pelbagai agensi untuk merealisasikan pemantapan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, MPPB.
Jumpa anda semua di sana!! Jangan lupa, Dewan NPC, Kepala Batas, Pulau Pinang, bermula jam 8.00 pagi.
~leLabu~
Menarik juga seminar yang dianjurkan ini. Saya berharap pihak Tekun Nasional juga mengadakan seminar yang sama di Sarawak. saya rasa ramai juga yang akan hadir lagi pun seminr ini percuma kan dan di khaskan untuk bumiputra sahaja. Pada bulan yang lepas saya menghadiri seminar yang dianjurkan oleh UPPK dan PPK
BalasPadamdi sibu, Sarawak. Seminar ini berkenaan dengan peluang peniagaan dan bagaimana berurusan dengan kerjaan untuk mendapatkan tender. Di dalam kebanyakan yang hadir adalah usahawan baru yang perlukan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.Saya minta ,kalau Lelabu dapat sampaikan "REQUEST" saya ini kepada pihak Tekun Nasional untuk mengadakan Seminar yang sama diadakan di Sarawak.
Saya sangat berminat kalau bercakap tentang perniagaan, dan berharap lelabu dapat menulis lebih banyak lagi tentang perniagaan di dalam halaman yang mendatang.
Thanks Lelabu