Isnin, 29 Januari 2007

Jangan Pandang Sebelah Mata

Akhirnya penyanyi Adibah Noor mendapat apa yang dihajati.

Menang AJL 21 begitu bermakna buat Adibah.

Ikuti laporan BH berikut.

Adibah Noor & Azlan Abu Hassan KUALA LUMPUR: Lagu Terlalu Istimewa ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Adibah Noor menjulang trofi Anugerah Juara Lagu Ke-21 (AJL21) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Pertama kali menyertai AJL 21, nyata membawa tuah kepada Adibah, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu yang turut memenangi kategori Balada dan Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang wang tunai keseluruhan RM47,000 dan trofi.

Kejayaan laju Terlalu Istimewa itu menafikan peluang Warkah Buat Laila yang sebelum ini diramalkan banyak pihak bakal mengungguli AJL21 berdasarkan pencapaian cemerlangnya termasuk diiktiraf Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-12, April tahun lalu.

Terdahulu, mereka menerima trofi dan wang tunai RM12,000 apabila lagu itu diumumkan menjuarai kategori Balada, menewaskan tiga lagu lain yang turut bertanding.

Adibah turut memenangi vokal terbaik dengan membawa pulang RM10,000 serta trofi.

Bagaimanapun, Warkah Buat Laila, ciptaan Ayob Ibrahim dan lirik Habsah Hassan yang dinyanyikan oleh Zahid tidak pulang kosong apabila memenangi kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.

Lagu itu pernah diangkat sebagai penerima Lagu Tema Asal Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18, selain Ayob sendiri diiktiraf pemenang Skor Muzik Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) Ke-50 pada 2005.

Kemenangan itu menyaksikan Ayob, Habsah dan Zahid membawa pulang trofi dan berkongsi wang tunai RM12,000.

Bagi kategori Pop Rock diraih lagu Juwita Citra Terindah ciptaan dan lirik M Nasir yang dinyanyikan komposer terbabit dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.

Sementara itu, persembahan Terbaik pula diraih Hazami menerusi lagu Mungkir Bahagia yang meraih wang tunai RM10,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Farid Ridzuan.

nota: Post ni saja nak tunjukkan, (walaupun agak terlewat) kalau ada bakat, walaupun tak lawa, tapi kerja keras, maka akan membuahkan hasil. Alhamdulillah. Kalau kemaruk sangat nak jadikan artis sebagai idola, yang ini boleh. Yang lain harap rupa jer...

2 ulasan:

  1. Mula dulu memang tak suka lagi nie. Tapi memang minat Adibah Noor nie.

    Bila dengar lama2 tangkap sahdulah pulak. :D

    BalasPadam
  2. adibah ok jugak. paling penting usaha dia menjadi! :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...