Semalam aku tengok Buletin Utama, TV3.
Bekas Mufti Selangor meninggal - sikit jer beritanya.
Loloq meninggal - perghh.. banyaknyer berita.
Orang kita kan... hiburan no.1.
Khamis, 31 Januari 2008
Jumaat, 25 Januari 2008
Jawapan Femes Bila Ada Skandal
Jawapan-jawapan yang akan diberikan bila ada skandal. Lawak sungguh orang kita...
Skandal seks mantan mentri: Ya, sayalah orangnya!
Skandal gambar bogel artis: Superimposed!
Skandal video peguam/hakim: Lelaki itu kelihatan seperti saya dan bersuara seperti saya!
p/s : Macam cibai, ingat ko sorang jer pandai, rakyat Malaysia semua bodoh?

Selasa, 22 Januari 2008
Makanan Best Di Pulau Pinang
Membaca tulisan Kumprinx pasal catatan backpackingnya ke Pulau Pinang dan betapa beliau(?) telah dibawa ke alam lain hanya kerana merasa kari Pulau Pinang di satu restoran mamak yang tidak direcognised oleh lokal sebagai restoran yang menyediakan makan paling sedap, aku terasa terpanggil untuk menulis post ini. Dan juga terpanggil untuk memanggil beliau berkunjung kembali ke Pulau Mutiara ini!
Ini yang berlaku kepada kumprinx bila menyuap kari ke mulutnya:
Nasi Kandar Line Clear
Yang pertama, aku tahu sesapa yang first time datang ke Penang pasti nak merasa nasi kandar. Kalo kat sini, di kalangan penduduk lokal, nasi kandar yang menjadi sebutan dan best adalah nasi kandar line clear. Kedai nasi kandar ni terletak di Jalan Penang. Nasi kandar kat sini memang 'champion'. Lagi satu, nak makan nasi kandar korang kena cakap kat mamak tu nak makan lauk apa, pastu cakap ngan dia kuah campur. Memang best!
Photo from: Chanlilian.net
Aku yang asal Kelantan ni pun dah jatuh chenta habis ngan nasi kandar nih! Kalo tak merasa nasi kandar boleh menggigil-gigil dibuatnya. Haha..
Roti Canai Argyll Road
Kalo korang nak bersarapan yang memang best. Korang cari kedai roti canai di Argyll Road. Kedai ni letaknya berhadapan dengan pejabat cawangan Utusan. Kat sini kalo nak makan korang order roti telur, daging taruk atas! Perrghh.. memang best. Diorang akan bagi satu keping roti telur (kalo korang mintak sekeping lah, kalo korang mintak lapan diorang akan bagi lapan) kuah banjir. Pastu ada seketul daging gulai dia bagi. Memang sedap.
Walaupun kedai sekadar macam gerai tepi jalan, tapi tempat ni memang selalu penuh pagi-pagi. Memang menjadi tempat tumpuan VIP untuk breakfast. Korang takkan menyesal kalo makan kat sini.
Sup Hameed
Kalo malam-malam korang terasa nak makan sup torpedo (sup torpedo adalah sup kote *tuut* lembu), atau terasa nak makan sup yang best, korang boleh try sup Hameed. Juga terletak di Jalan Penang (kalo tak silap) berdekatan dengan hotel Cititel. Kalo malam-malam kawasan ni memang happening dan ramai orang. Yang ramai orang tu sebab yang suka clubbing tu, kat sini memang area kelab malam.
Photo from: Malaysiabest.net
Bagi yang tak suka clubbing dan hidup bebas tanpa najis dadah dan alkohol, mereka akan mencuba sup Hameed. Korang bleh pilih nak makan sup apa, sup perut, sup ayam, sup daging, sup lidah, sup tulang, sup torpedo atau pun korang bleh suruh dia buat sup campur...
Restoran Pen Mutiara
Kalo korang nak proper dinner dengan masakan kari kepala ikan atau masakan ala Thai, korang boleh ke restoran Pen Mutiara ni yang terletak dalam area Bayan Lepas, dekat Batu Maung. Restoran ni berdekatan dengan jeti LKIM.
Restoran ni berhawa dingin dan masakan dia pun best. Korang boleh pilih untuk makan masakan tempatan Pulau Pinang atau masakan ala Thai. Kari kepala ikan dia pun memang power tak hengat. Dari segi harga, memang harga dia harga macam makan kat gerai tepi jalan seperti kedai Pak Husin Tom Yam, Bangkok Tom Yam dan lain-lain. Cuma yang lagi best, kat sini korang boleh tunjukkan bakat nyanyian korang. Ada karaoke!
Laksa Janggus
Kalo korang datang Penang dan tak merasa laksa Penang, memang korang hampeh! Laksa Penang yang best dan famous seluruh Pulau Pinang yang dibuat oleh orang Melayu dan dijamin halal adalah laksa janggus.
Kalo korang nak merasa laksa yang Cina buat dan tidak ditanggung halal, korang boleh try laksa di depan pusat beli belah Gama. Kat situ pun laksa dia best, siap isi ikan dia nampak berketul-ketul. Tapi tak situ aku tak jamin halal sebab nampak jer yang jual tu Melayu/Indon tapi sebenarnya, mengikut kata orang-orang lokal, yang buat kuah laksa tu Cina.
Haa...
Inilah antara tempat-tempat makan yang best dan direcognised sebagai best di Pulau Pinang. Itu pun aku belum highlightkan lagi pasal bawal goreng di Perai, nasi kandar Merlin, char koay teow Sani dan lain-lain lagi.
Kalo kumprinx merasa semua ni, dia akan cakap (mungkin dalam Part 2 Penang) :

Tangan gua terketar-ketar. Gua ambik suapan yang kedua, tiba-tiba keadaan berubah menjadi kaki pergunungan Himalaya yang indah. Di kejauhan, puncak-puncak gunung berdiri megah diselaputi salji yang putih suci. Gua terasa seolah-olah berdiri di tebing sungai Ganges yang mengalir lesu dan bersinar keemas-emasan disinari mentari, dengan dataran luas menghijau dipenuhi rumput yang segar dan bunga-bunga aneka warna meliuk ke kiri dan ke kanan ditiup angin lembut. Langit membiru dengan awan-awan berarak lembut seperti kapas. Soundtrack filem Sanggam berkumandang megah di udara dengan Surround Sound 5.1. Orang kampung datang menari bersama dan bergerak riang gembira penuh senyuman dalam gerak tari yang sama tanpa sebarang cacat-cela dari aspek koreografi. Ashwayara Rai berlari-lari manja ke arah gua dengan payudara yang bergoyang kenyal dan terus memberikan kucupan lembut ke pipi gua. Kali ni ada sorang lagi aktress hindustan gua tak ingat nama dia (tapi body dia solid jugak) memberikan kucupan lembut di pipi gua yang satu lagi (belah kiri pulak).Apa yang aku boleh katakan, kalo makan kari di restoran yang tidak famous pun beliau sudah dibawa ke Himalaya. Nanti kalo beliau pergi ke tempat-tempat makan yang aku suggestkan ni, mungkin beliau akan merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasakan selama ini. Atau mungkin ada air yang terpancut-pancut dari tubuhnya! meleleh-leleh dari mulutnya...
Nasi Kandar Line Clear
Yang pertama, aku tahu sesapa yang first time datang ke Penang pasti nak merasa nasi kandar. Kalo kat sini, di kalangan penduduk lokal, nasi kandar yang menjadi sebutan dan best adalah nasi kandar line clear. Kedai nasi kandar ni terletak di Jalan Penang. Nasi kandar kat sini memang 'champion'. Lagi satu, nak makan nasi kandar korang kena cakap kat mamak tu nak makan lauk apa, pastu cakap ngan dia kuah campur. Memang best!
Photo from: Chanlilian.net
Aku yang asal Kelantan ni pun dah jatuh chenta habis ngan nasi kandar nih! Kalo tak merasa nasi kandar boleh menggigil-gigil dibuatnya. Haha..
Roti Canai Argyll Road
Kalo korang nak bersarapan yang memang best. Korang cari kedai roti canai di Argyll Road. Kedai ni letaknya berhadapan dengan pejabat cawangan Utusan. Kat sini kalo nak makan korang order roti telur, daging taruk atas! Perrghh.. memang best. Diorang akan bagi satu keping roti telur (kalo korang mintak sekeping lah, kalo korang mintak lapan diorang akan bagi lapan) kuah banjir. Pastu ada seketul daging gulai dia bagi. Memang sedap.
Walaupun kedai sekadar macam gerai tepi jalan, tapi tempat ni memang selalu penuh pagi-pagi. Memang menjadi tempat tumpuan VIP untuk breakfast. Korang takkan menyesal kalo makan kat sini.
Sup Hameed
Kalo malam-malam korang terasa nak makan sup torpedo (sup torpedo adalah sup kote *tuut* lembu), atau terasa nak makan sup yang best, korang boleh try sup Hameed. Juga terletak di Jalan Penang (kalo tak silap) berdekatan dengan hotel Cititel. Kalo malam-malam kawasan ni memang happening dan ramai orang. Yang ramai orang tu sebab yang suka clubbing tu, kat sini memang area kelab malam.
Photo from: Malaysiabest.net
Bagi yang tak suka clubbing dan hidup bebas tanpa najis dadah dan alkohol, mereka akan mencuba sup Hameed. Korang bleh pilih nak makan sup apa, sup perut, sup ayam, sup daging, sup lidah, sup tulang, sup torpedo atau pun korang bleh suruh dia buat sup campur...
Restoran Pen Mutiara
Kalo korang nak proper dinner dengan masakan kari kepala ikan atau masakan ala Thai, korang boleh ke restoran Pen Mutiara ni yang terletak dalam area Bayan Lepas, dekat Batu Maung. Restoran ni berdekatan dengan jeti LKIM.
Restoran ni berhawa dingin dan masakan dia pun best. Korang boleh pilih untuk makan masakan tempatan Pulau Pinang atau masakan ala Thai. Kari kepala ikan dia pun memang power tak hengat. Dari segi harga, memang harga dia harga macam makan kat gerai tepi jalan seperti kedai Pak Husin Tom Yam, Bangkok Tom Yam dan lain-lain. Cuma yang lagi best, kat sini korang boleh tunjukkan bakat nyanyian korang. Ada karaoke!
Laksa Janggus
Kalo korang datang Penang dan tak merasa laksa Penang, memang korang hampeh! Laksa Penang yang best dan famous seluruh Pulau Pinang yang dibuat oleh orang Melayu dan dijamin halal adalah laksa janggus.
Kalo korang nak merasa laksa yang Cina buat dan tidak ditanggung halal, korang boleh try laksa di depan pusat beli belah Gama. Kat situ pun laksa dia best, siap isi ikan dia nampak berketul-ketul. Tapi tak situ aku tak jamin halal sebab nampak jer yang jual tu Melayu/Indon tapi sebenarnya, mengikut kata orang-orang lokal, yang buat kuah laksa tu Cina.
Haa...
Inilah antara tempat-tempat makan yang best dan direcognised sebagai best di Pulau Pinang. Itu pun aku belum highlightkan lagi pasal bawal goreng di Perai, nasi kandar Merlin, char koay teow Sani dan lain-lain lagi.
Kalo kumprinx merasa semua ni, dia akan cakap (mungkin dalam Part 2 Penang) :
Tiba-tiba keadaan berubah menjadi kaki pergunungan Himalaya yang indah. Di kejauhan, puncak-puncak gunung berdiri megah diselaputi salji yang putih suci. Gua terasa seolah-olah berdiri di tebing sungai Ganges yang mengalir lesu dan bersinar keemas-emasan disinari mentari, dengan dataran luas menghijau dipenuhi rumput yang segar dan bunga-bunga aneka warna meliuk ke kiri dan ke kanan ditiup angin lembut. Langit membiru dengan awan-awan berarak lembut seperti kapas. Soundtrack filem Sanggam berkumandang megah di udara dengan Surround Sound 5.1. Orang kampung datang menari bersama dan bergerak riang gembira penuh senyuman dalam gerak tari yang sama tanpa sebarang cacat-cela dari aspek koreografi. Ashwayara Rai berlari-lari manja ke arah gua dengan payudara yang bergoyang kenyal dan terus memberikan kucupan lembut ke pipi gua. Kali ni ada sorang lagi aktress hindustan gua tak ingat nama dia (tapi body dia solid jugak) memberikan kucupan lembut di pipi gua yang satu lagi (belah kiri pulak) dan terasa ada sesuatu yang terpancut meleleh.. hahaha...p/s: Jangan marah aaa...
Sarjan Hassan Si Hebat dan Natasha Hudson Si Penciplak
Umum mengenali Sarjan Hassan sebagai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang digarap berdasarkan kisah seorang anggota Askar Melayu yang tidak mengenal erti gentar ketika menentang penjajah Jepun di
Tanah Melayu.
Ada juga artis yang menciplak karya luar dan mengaku dia punya. Tak malu! Ho ho tak malu!

Jumaat, 18 Januari 2008
Yang Lucah-lucah Sahaja
Aku kadang-kadang tak paham dengan orang kita ni. Suka sangat dengan bahan-bahan yang boleh menaikkan sheikh, aura, semangat dan syahwat.
Sebabkan aku post asides pasal gambar pontianak melampau atau tajuk lainnya gambar bogel Zarina An Julie jer, dah naik pengunjung ke blog aku ni. Asides tu pun sekadar link ke blog lain yang menulis pasal aksi terlampau Zarina An Julie, pelakon drama bersiri Anak Pontianak di TV3.
Pengunjung-pengunjung tadi yang mencari-cari bahan lucah untuk ditengok pasti hampa bila terdampar keseorang dalam blog aku ni :-P. Kalo nak sangat tengok bahan-bahan lucah bukan di sini tempatnya. Korang yang mencari yang lucah boleh google melayu3gp.****.com. Kat situ banyak yang lucah-lucah.
Walaupun kat sini tajuk post tu kadang-kadang macam lucah seperti :
Kalo korang menaip keyword-keyword lucah di kotak enjin carian, dan akhirnya korang sampai tersadai di blog ni, alhamdulillah, korang telah terselamat daripada melihat gambar-gambar lucah yang korang cari.
Perkara yang menyebabkan korang sampai ke sini daripada carian korang di enjin carian macam google, yahoo, dan lain-lain adalah kerana teknik SEO yang datang bersama blog berenjin wordpress. Blog ini mendapat perhatian ramai dengan hanya menulis post-post dengan menggunakan keyword-keyword lucah tadi, kerana aku tahu ramai yang sukakan yang lucah-lucah. Jadi korang akan tersasar ke sini dan terselamat daripada melihat dada-dada perempuan yang bukan muhrim, ahahaha.
Jadi, semuanya pasti suka kalo tajuk post aku itu berbunyi seperti, gambar lucah dan panas Rozita Che Wan. Atau berbunyi Nurul Syuhada Nurul Ain dan seorang pemuda beraksi lucah. Atau berbunyi pontianak melampau. Dan yang paling hot sekarang ni adalah berbunyi gambar lucah Zarina An Julie.
Sudahlah, hentikan mengisi kotak carian google korang dengan keyword-keyword lucah!

- Pontianak Melampau Aka Gambar Bogel Zarina An Julie
- Video Wanita Lucah Bertudung
- Download Video Lauk.3gp
Kalo korang menaip keyword-keyword lucah di kotak enjin carian, dan akhirnya korang sampai tersadai di blog ni, alhamdulillah, korang telah terselamat daripada melihat gambar-gambar lucah yang korang cari.
Perkara yang menyebabkan korang sampai ke sini daripada carian korang di enjin carian macam google, yahoo, dan lain-lain adalah kerana teknik SEO yang datang bersama blog berenjin wordpress. Blog ini mendapat perhatian ramai dengan hanya menulis post-post dengan menggunakan keyword-keyword lucah tadi, kerana aku tahu ramai yang sukakan yang lucah-lucah. Jadi korang akan tersasar ke sini dan terselamat daripada melihat dada-dada perempuan yang bukan muhrim, ahahaha.
Jadi, semuanya pasti suka kalo tajuk post aku itu berbunyi seperti, gambar lucah dan panas Rozita Che Wan. Atau berbunyi Nurul Syuhada Nurul Ain dan seorang pemuda beraksi lucah. Atau berbunyi pontianak melampau. Dan yang paling hot sekarang ni adalah berbunyi gambar lucah Zarina An Julie.
Sudahlah, hentikan mengisi kotak carian google korang dengan keyword-keyword lucah!
Rabu, 16 Januari 2008
Pegawai Kerajaan Yang Bangang dan Pegawai Cerdik
Tidak dapat dinafikan dalam dunia ni ada manusia yang bangang dan ada juga manusia yang cerdik. Namun apa yang aku nak highlightkan adalah, kepada yang bangang, tak payahlah menyertai perkhidmatan awam dan menyusahkan orang dengan bekerja tanpa berfikir.
Maaf kalau ayat aku agak kasar dan menyakitkan hati. Aku tak berniat nak tujukan apa yang aku tulis ni kepada semua penjawat awam. Aku tujukan tulisan aku kepada mereka yang tidak mampu meneruskan agenda pembangunan negara dengan langkah yang cerdik dan Islamik. Juga, tulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pandangan mana-mana pihak yang lain.
Tidak pula tulisan aku ini bermotifkan politik kerana sebagai penjawat awam, politik ditolak tepi dan penjawat awam adalah mereka yang setia. Penjawat awam must be loyal to the government of the day. Itu yang aku sematkan dalam kepala hotak aku namun dalam melaksanakan setiap tugas, aku fikirkan masih perlu setiap yang Islam bersikap lebih Islamik.
Pelebaran Jalan Di Sungai Pinang
Setiap kali aku pulang dari pejabat aku perlu melalui satu jalan yang sedang dalam proses pelebaran iaitu Jalan CY Choy. Namun apa yang paling penting, bukanlah nama jalan itu tetapi kerja-kerja pelebaran jalan itu menyebabkan sebuah masjid terpaksa dirobohkan. Senang cerita, tapak masjid tersebut akan menjadi jalan.
Mungkin bagi yang tidak faham, tiada apa-apa masalah. Tapi bagi yang faham, ia adalah satu perancangan yang tidak Islamik! Perancangan yang menunjukkan kelemahan penjawat awam yang bangang dalam merancang pembangunan!
Perobohan Masjid Maqbul
Gambar dari Alditta
Petikan pengenalan Masjid Maqbul dari NST:
Bagaimana Dengan Pewakaf-pewakaf Masjid Maqbul
Yang aku faham, bila seseorang mewakafkan harta atau wang untuk sesuatu kebaikan, pahala akan diperolehi berterusan walaupun dia sudah meninggal dunia. Jadi, kalau aku wakafkan wang untuk pembinaan masjid katakan, maka aku akan mendapat pahala selagi mana masjid itu terbina, berterusan sehingga hari kiamat. Tapi, bagaimana pula kalau aku wakafkan duit aku untuk pembinaan masjid, dan selepas aku mati, masjid itu dirobohkan. Maka adakah pahala itu akan terhenti selepas perobohan masjid?
Pegawai Bangang Yang Merancang
Aku melihat situasi keperluan untuk merobohkan masjid bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan adalah berpunca daripada pegawai yang bangang dan tidak Islamik. Aku masih ingat ketika aku mengikuti kursus pengambilan tanah, pensyarah itu memberitahu agar dalam merancang pengambilan balik tanah untuk apa-apa tujuan pun, seboleh-bolehnya mengelak daripada melibatkan tanah yang ada rumah ibadat. Dia menjelaskan masalah yang timbul bagi agama-agama lain.
Dan bagi yang Islam, sekiranya melibatkan keperluan merobohkan masjid, perlu difikirkan pewakaf-pewakaf kepada masjid tersebut. Adakah kita mahu bertanggungjawab menyekat pahala sampai kepada mereka. Siapa kita untuk menyekat pahala mereka?
Ok. Dari segi logik, kita tak mahu menyekat pahala mereka, juga perlu diberi perhatian bahawa urusan pahala dan dosa urusan Allah. Mungkin walaupun masjid itu dirobohkan pewakaf masih menerima pahala. Atau mungkin juga tidak! Jadi bagi aku, baiklah dielakkan daripada aku berkemungkinan menyekat pahala orang!
Pegawai-pegawai yang merancang jalan itu, yang menentukan jajaran jalan itu jika dia Islam sepatutnya memikirkan perkara ini dan mengelak daripada melibatkan masjid, jika dia cerdik.
Namun semuanya telah berlaku dan tidak boleh berpatah balik lagi. Kerja-kerja pelebaran jalan itu pun sedang dilakukan dan hampir-hampir siap.
Apa tindakan seterusnya?
Kalau tanya aku, aku akan jawab, batu-batu, konkrit-konkrit, kayu-kayu hasil daripada robohan masjid tadi aku akan jadikan sebagai bahan binaan masjid lain. Sekurang-kurangnya, pewakafan itu berterusan, iaitu ia masih menjadi masjid walaupun masjid di tempat lain. Dan urusan pahala itu kita serahkan sahaja kepada Allah!
Dan pohon bantuan kepada mereka yang tahu agama, apa pandangan korang dalam hal ini? Apa yang korang faham pasal wakaf? Anyone? Atau sekadar memberikan link untuk dikongsikan bersama...

Of great historical significance, this compact mosque stands on the banks of the Sungai Pinang on Jalan Jelutong. In the old days, Achehnese and Malay traders used the river mouth to travel upriver to bring provisions to nutmeg and spice growers in the interior. Masjid Maqbul was originally built of wood and attap to serve the needs of the river travellers. The present structure, built in 1850, was called Masjid Tok Guru. After the riots of 1867, during which two Chinese triads fought for power, each backed respectively by the Malay Red Flag Society and the Malay White Flag Society, the congregation was divided into two groups. One group left to find a new mosque called Masjid Baru further down the road. Thereafter, Masjid Maqbul was called Masjid Lama Sungei Pinang. Drive out of the city along Jalan C.Y. Choy, cross the Sungai Pinang bridge to Jalan Jelutong and you will see the mosque on your right. About one kilometre further down the road, you can also see Masjid Baru Sungai Pinang.Aku tidak tahu apa akan jadi dengan masjid ni. Tapi dengar-dengar cerita ia akan dirobohkan dan dipindahkan ke tempat lain. Aku tidak pasti. Tapi perobohan masjid yang dibina sejak 1850 ini pasti merugikan pencinta-pencinta sejarah, dan paling merugikan pewakaf-pewakaf yang telah meninggal dunia.
Bagaimana Dengan Pewakaf-pewakaf Masjid Maqbul
Yang aku faham, bila seseorang mewakafkan harta atau wang untuk sesuatu kebaikan, pahala akan diperolehi berterusan walaupun dia sudah meninggal dunia. Jadi, kalau aku wakafkan wang untuk pembinaan masjid katakan, maka aku akan mendapat pahala selagi mana masjid itu terbina, berterusan sehingga hari kiamat. Tapi, bagaimana pula kalau aku wakafkan duit aku untuk pembinaan masjid, dan selepas aku mati, masjid itu dirobohkan. Maka adakah pahala itu akan terhenti selepas perobohan masjid?
Pegawai Bangang Yang Merancang
Aku melihat situasi keperluan untuk merobohkan masjid bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan adalah berpunca daripada pegawai yang bangang dan tidak Islamik. Aku masih ingat ketika aku mengikuti kursus pengambilan tanah, pensyarah itu memberitahu agar dalam merancang pengambilan balik tanah untuk apa-apa tujuan pun, seboleh-bolehnya mengelak daripada melibatkan tanah yang ada rumah ibadat. Dia menjelaskan masalah yang timbul bagi agama-agama lain.
Dan bagi yang Islam, sekiranya melibatkan keperluan merobohkan masjid, perlu difikirkan pewakaf-pewakaf kepada masjid tersebut. Adakah kita mahu bertanggungjawab menyekat pahala sampai kepada mereka. Siapa kita untuk menyekat pahala mereka?
Ok. Dari segi logik, kita tak mahu menyekat pahala mereka, juga perlu diberi perhatian bahawa urusan pahala dan dosa urusan Allah. Mungkin walaupun masjid itu dirobohkan pewakaf masih menerima pahala. Atau mungkin juga tidak! Jadi bagi aku, baiklah dielakkan daripada aku berkemungkinan menyekat pahala orang!
Pegawai-pegawai yang merancang jalan itu, yang menentukan jajaran jalan itu jika dia Islam sepatutnya memikirkan perkara ini dan mengelak daripada melibatkan masjid, jika dia cerdik.
Namun semuanya telah berlaku dan tidak boleh berpatah balik lagi. Kerja-kerja pelebaran jalan itu pun sedang dilakukan dan hampir-hampir siap.
Apa tindakan seterusnya?
Kalau tanya aku, aku akan jawab, batu-batu, konkrit-konkrit, kayu-kayu hasil daripada robohan masjid tadi aku akan jadikan sebagai bahan binaan masjid lain. Sekurang-kurangnya, pewakafan itu berterusan, iaitu ia masih menjadi masjid walaupun masjid di tempat lain. Dan urusan pahala itu kita serahkan sahaja kepada Allah!
Dan pohon bantuan kepada mereka yang tahu agama, apa pandangan korang dalam hal ini? Apa yang korang faham pasal wakaf? Anyone? Atau sekadar memberikan link untuk dikongsikan bersama...
Selasa, 15 Januari 2008
Lawatan Ke Alam Bunian : Ha??
Kalo korang tanya aku, kenapa aku kerap sangat ke Taman Negara Pulau Pinang. Aku nak jawab, aku tak suka pun! Tapi aku kena pergi sebab tugas yang diamanahkan. Bos aku suruh aku pergi ke satu tempat yang terletak dalam taman negara untuk buat satu program. Mahu tak mahu aku terpaksa jugak ikut, itu pun sebab member dah beriya-iya ajak. Kalo ikutkan aku, lagi baik aku tidur kat rumah (hari Sabtu tu..)
Destinasi kami kali ni adalah Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM. Kami perlu meninjau tempat tersebut sama ada sesuai untuk dilaksanakan aktiviti berupa mesyuarat yang panjang dan memengantukkan yang akan diadakan pada hujung minggu ni. Jadi, walaupun aku akan semput lepas jalan 50 meter, aku gagahkan jugak kaki untuk trekking ke destinasi.
Kami: Aku, Syah, Ezy dan Safar.
Pusat Kajian USM tu terletak di Muka Head yang jaraknya kira-kira dua kilometer trekking daripada pintu masuk utama ke Taman Negara Pulau Pinang. Oh, ya! Taman Negara Pulau Pinang baru dirasmikan walaupun aku dah beberapa kali ke sana..
Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM
Inilah dia pintu masuk ke Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM.
Cerita seram:
Bayangkan korang sesat dalam taman negara ni, pastu korang jalan-jalan nak cari jalan keluar, tetiba korang termasuk dalam kawasan pusat kajian ni. Aci kerat jari, mesti korang rasa macam korang dah sampai ke alam bunian dan korang tanpa pikir panjang, terus terasa teruja nak cari puteri bunian... Ok. Habis cerita seram yang tak berapa nak seram.
Istana Bunian
Boleh korang bayangkan? Masuk dalam hutan, trekking lebih kurang sejam pastu korang jumpa bangunan konkrit macam ni. Macam tak percaya pulak dalam hutan ada bangunan macam ni. Kalo siang memang korang terasa biasa jer. Tapi bayangkan kalo malam. Korang meraba-raba dalam kegelapan, pastu tetiba jer jumpa bangunan yang bercahaya.. takkan tak rasa pelik kot..
Kenduri Bunian
Pastu korang dibawak jalan-jalan oleh bapak puteri bunian meninjau kawasan istana bunian tu. Firstly, korang dibawa ke tempat kenduri kendara kaum bunian. Alaa.. senang cerita dewan makan lah.. dewan makan ni cukup untuk lebih kurang 100 orang. Siap ada pentas, sistem audio dan jugak karaoke. Dewan makan ni pulak dihiasai barang-barang antik dan lama daripada kayu...
Bilik Persidangan Bunian
Ok. Stop pasal bunian. Ini pulak bilik mesyuarat yang ada. Kata pakcik yang membawa kami meninjau pusat kajian ni, bilik mesyuarat ni pernah digunakan oleh Perdana Menteri untuk mesyuarat dengan menteri-menteri besar satu ketika dulu. Itu ikut kata dia lah. Kalo betul pun, pasti mesyuarat tu satu mesyuarat yang teramat sulit. Sebab untuk sampai ke situ, ada dua cara saja. Satu melalui darat dengan berjalan kaki. Dua: melalui laut dengan menaiki bot.
Bilik mesyuarat ni kira lengkap jugak skrin dan sistem LCD projektor, electronic whiteboard, sistem audio dan juga yang paling penting dalam dunia ni, aku nampak ada wireless router kat siling bilik tu. Kata yang jaga bilik tu, ada wi-fi internet. Hmm... dalam dunia bunian pun ada internet..
Pondok Bunian
Kemudian kami dibawa ke kawasan penginapan. Di pusat kajian ni ada dua jenis penginapan iaitu dorm dan jugak flatlet. Dorm ni untuk duduk ramai-ramai macam budak-budak sekolah asrama. Tapi nampak uzur gila dorm ni. Aku fahamlah apsal keadaan dia macam tu. Pekerja yang maintain tempat tu berapa kerat jer tapi kawasan dia agak luas jugak. Lagipun tempat ni dibina dalam tahun 1980an lagi...
Dalam dorm ni ada katil double decker dan kipas.. Ok lah tu kan.. nak apa sangat.
Tempat ni memang nampak sunyi giler.. Ni tangkap gambar siang hari nampak sunyi.. bayangkan kalo malam.. mesti seram nyer laa..
Pokok Besar Tepi Rumah Batu
Ini pulak flatlet. Flatlet ni kira macam rumah flat la tapi ada dua bilik jer. Ada sepuluh unit flatlet dan setiap unit ada dua bilik tidur dan satu bilik air. Flatlet ni dibuat daripada konkrit.. Mungkin binaan ni lagi baru daripada dorm tadi yang dibuat dari kayu. Tapi sini lagi seram.. Ada pokok besar tepi tu.. Sekali tengok macam scene cerita seram dan rumah berhantu...
Dalam flatlet ada satu bilik untuk kelamin dengan katil queen size dan satu lagi bilik dengan dua katil single. Terlupa plak nak tanya kalo nak menginap situ kena bawak cadar sendiri ker tak...
Dalam flatlet ada ruang tamu dan ruang dapur.. Ala.. macam rumah flat laa..
Ini dia ruang dapurnya...
Ini pulak ruang tamu bagi flatlet untuk vip atau senang cerita macam bilik suite laa.. Flatlet ni terletak paling hujung dan paling dekat dengan pokok besar tu.. Bayangkan masa malam, hujan renyai-renyai, keadaan gelap, dan korang tidur sorang-sorang di bilik paling hujung dalam hutan. Kalo korang jerit pun tader sapa yang dengar... Hiiii..hi hi hi...
Taman Bunian
Ni pulak kawasan dalam pusat kajian tu..
Taman Jepun..
Taman lagi...
Taman lagi..
Ada bangunan besar : istana bunian
Ada taman Jepun : taman bunian
Ada dorm kayu : rasa macam ada hantu jepun jer..
Ada flatlet tepi pokok besar : seramnya...
===========================================
Fasiliti terbaru di Taman Negara Pulau Pinang
Untuk sampai ke sini, perlu trekking dulu dalam setengah kilometer dari pintu masuk utama Taman Negara Pulau Pinang sampai ke Sungai Tukun.
Ada kantin, ada beberapa wakaf, tandas dan ada surau..
Ini pulak dataran untuk buat jamuan atau bbq beramai-ramai..
Tandas yang disediakan..
Yang paling penting adalah kolam mandi ini yang menakung air daripada bukit yang mengalir menyelusuri Sungai Tukun. SSsssejukknnyyee... ggg..
Ini pulak gambar laut dari bukit yang boleh diambil...
p/s: Bagi yang tersampai ke sini sebab mencari puteri bunian... maaf lah yer!
Khamis, 10 Januari 2008
Recap 2007
Ok, sebagai permulaan tahun 2008 ni, aku nak tengok kembali apa yang dah aku dan blog ini alami dalam tahun 2007. Satu langkah kembali ke belakang belajar sejarah tanpa buku teks yang tebal-tebal. Oh, korang bayangkan budak-budak sekolah kena usung beg lebih kurang 10 kg sorang. Itu belum lagi kira bayaran yang anank buah aku perlu buat bila mendaftar di sebuah sekolah berasrama penuh. Ribu-ribu belanjanya!
Yang sedih
Yang happy
Aku rasa banyak lagi perkara yang jadik dalam hidup aku dalam tahun 2007. Tapi sebab aku mengalami masalah memori yang terhad, aku menaip di KLIA dan otak aku dah mula ngilu-ngilu serta pramugari-pramugari terlampaucun sedang melambai-lambai. Aku tulis dua tiga benda ni saja.
Korang tak percaya yang otak aku ngilu? Betul! Kepala aku dah rasa ngilu-ngilu ni. Pernah terjadi aku termuntah-muntah disebabkan kengiluan yang berterusan di kepala aku. Ok lah, pramugari itu dah tak tahan dengan aku.. hahahah..
Yang sedih
- Aku tertipu dengan satu siaran tv. Astro dah mainkan perasaan aku yang ikhlas ingin menyumbangkan badan kebajikan.
- Mat Indonesia (Khairy taknak lagi kita guna istilah Indon) menggodam blog aku setelah memberikan amaran-amaran, dan kecaman-kecaman berbentuk ugutan dan membahayakan nyawa.
- Mat Afrika menjadikan hosting akaun aku macam akaun dia dan jadikan hosting ni tapak phising dan spam. Aku suspek, Mat Indonesia tu hack hosting aku pastu bagi kat Mat Afrika sebab kedua-dua benda tu terjadi serentak.
Yang happy
- Aku dapat baby. Walaupun doktor di sebuah klinik beriya-iya mengatakan aku bakal menimang seorang cahaya mata lelaki tanpa ditanya, ternyata doktor tu silap kerana kuasa Allah mengatasi kepakarannya dan kecanggihan mesin scan ultrasonic tu. Namun aku tetap happy kerana telah menjadi seorang ayah yang handsome kepada seorang babygirl yang comel!
- Aku dapat kerja tetap dengan gomen. Setelah bertungkus lumus berhempas pulas mencuba untuk menjadi seorang kakitangan gomen sepenuh masa sehingga pencen, akhirnya aku telah berjaya! Usaha yang tidak pernah mengenal penat lelah dan bosan memberikan hasil yang sangat mengujakan.
Aku rasa banyak lagi perkara yang jadik dalam hidup aku dalam tahun 2007. Tapi sebab aku mengalami masalah memori yang terhad, aku menaip di KLIA dan otak aku dah mula ngilu-ngilu serta pramugari-pramugari terlampau
Korang tak percaya yang otak aku ngilu? Betul! Kepala aku dah rasa ngilu-ngilu ni. Pernah terjadi aku termuntah-muntah disebabkan kengiluan yang berterusan di kepala aku. Ok lah, pramugari itu dah tak tahan dengan aku.. hahahah..
Jumaat, 4 Januari 2008
Jangan Gunakan Nama Kebajikan Jika Niat Mahu Untung!
Aku rasa tertipu yang amat sangat bila tengok final rancangan joget-joget Malam Sehati Berdansa yang disiarkan Astro Ria.
Selama berminggu-minggu aku ikuti perkembangan rancangan ni sebab kononnya ia untuk menyumbang kepada badan-badan kebajikan. Daripada minggu pertama aku tak penah miss tercongok depan tv sambil memegang remote astro, takut-takut ada anak buah yang nak hijack tv untuk tengok kartun.
Selepas ada pasangan yang tersingkir, pasangan tersebut akan ditemubual dalam radio Era. Itupun dengan semangat yang berkobar-kobar aku ikuti dalam perjalanan pulang lepas habis kerja.
Dari Malam Sehati Berdansa, sehingga ke dalam radio tak pernah pun diorang highlight yang juara akan menang hadiah bernilai RM200,000. Yang dihighlightkan, bagaimana artis-artis berlatih bersungguh-sungguh uantuk mengumpul duit bagi diserahkan kepada badan-badan kebajikan.
Rupa-rupanya juara akan menyumbang RM15,000 sahaja kepada badan kebajikan. Ini adalah jumlah yang sangat kecil berbanding hadiah yang diterima juara bernilai RM200,000. Namun apsal sumbangan kepada badan kebajikan yang ciput itu yang dihighlightkan?
Senang cerita:-
Aku rasa tertipu! Tertipu sebab nama kebajikan digunakan untuk menarik orang ramai menyaksikan program tersebut. Mungkin ramai yang tak perasan perkara ni, tapi inilah realiti. Untuk mengaut untung, nama kebajikan, kononnya menderma kepada badan-badan tertentu digunakan.
Pasangan-pasangan pula, kononnya bertungkus lumus untuk kebajikan, rupa-rupanya bertungkus lumus untuk hadiah RM200,000 itu! PAtutlah ada yang nangis-nangis sebab tersingkir. Sayu gak aku tengok, rupanya diorang nangis sebab melepas kereta BMW Mini Cooper tu!
Kalo pasangan yang jadi juara tu ikhlas nak membantu, nak menderma, serahkan saja RM200,000 tu kepada badan kebajikan yang diwakili! Cukuplah pegi honeymoon kat Paris, menari puas-puas kat sana!

- astro highlightkan macam program tu untuk badan kebajikan bagi meraih simpati orang untuk mengundi
- bila ramai yang mengundi maka banyaklah astro dapat duit untung atas angin melalui sms
- sebab banyak sangat duit yang dapat, maka hadiah RM200,000 tu, apa sangatlah
Aku rasa tertipu! Tertipu sebab nama kebajikan digunakan untuk menarik orang ramai menyaksikan program tersebut. Mungkin ramai yang tak perasan perkara ni, tapi inilah realiti. Untuk mengaut untung, nama kebajikan, kononnya menderma kepada badan-badan tertentu digunakan.
Pasangan-pasangan pula, kononnya bertungkus lumus untuk kebajikan, rupa-rupanya bertungkus lumus untuk hadiah RM200,000 itu! PAtutlah ada yang nangis-nangis sebab tersingkir. Sayu gak aku tengok, rupanya diorang nangis sebab melepas kereta BMW Mini Cooper tu!
Kalo pasangan yang jadi juara tu ikhlas nak membantu, nak menderma, serahkan saja RM200,000 tu kepada badan kebajikan yang diwakili! Cukuplah pegi honeymoon kat Paris, menari puas-puas kat sana!
Langgan:
Catatan (Atom)