Maaf kalau ayat aku agak kasar dan menyakitkan hati. Aku tak berniat nak tujukan apa yang aku tulis ni kepada semua penjawat awam. Aku tujukan tulisan aku kepada mereka yang tidak mampu meneruskan agenda pembangunan negara dengan langkah yang cerdik dan Islamik. Juga, tulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pandangan mana-mana pihak yang lain.
Tidak pula tulisan aku ini bermotifkan politik kerana sebagai penjawat awam, politik ditolak tepi dan penjawat awam adalah mereka yang setia. Penjawat awam must be loyal to the government of the day. Itu yang aku sematkan dalam kepala hotak aku namun dalam melaksanakan setiap tugas, aku fikirkan masih perlu setiap yang Islam bersikap lebih Islamik.
Pelebaran Jalan Di Sungai Pinang
Setiap kali aku pulang dari pejabat aku perlu melalui satu jalan yang sedang dalam proses pelebaran iaitu Jalan CY Choy. Namun apa yang paling penting, bukanlah nama jalan itu tetapi kerja-kerja pelebaran jalan itu menyebabkan sebuah masjid terpaksa dirobohkan. Senang cerita, tapak masjid tersebut akan menjadi jalan.
Mungkin bagi yang tidak faham, tiada apa-apa masalah. Tapi bagi yang faham, ia adalah satu perancangan yang tidak Islamik! Perancangan yang menunjukkan kelemahan penjawat awam yang bangang dalam merancang pembangunan!
Perobohan Masjid Maqbul
Gambar dari Alditta
Petikan pengenalan Masjid Maqbul dari NST:
Of great historical significance, this compact mosque stands on the banks of the Sungai Pinang on Jalan Jelutong. In the old days, Achehnese and Malay traders used the river mouth to travel upriver to bring provisions to nutmeg and spice growers in the interior. Masjid Maqbul was originally built of wood and attap to serve the needs of the river travellers. The present structure, built in 1850, was called Masjid Tok Guru. After the riots of 1867, during which two Chinese triads fought for power, each backed respectively by the Malay Red Flag Society and the Malay White Flag Society, the congregation was divided into two groups. One group left to find a new mosque called Masjid Baru further down the road. Thereafter, Masjid Maqbul was called Masjid Lama Sungei Pinang. Drive out of the city along Jalan C.Y. Choy, cross the Sungai Pinang bridge to Jalan Jelutong and you will see the mosque on your right. About one kilometre further down the road, you can also see Masjid Baru Sungai Pinang.Aku tidak tahu apa akan jadi dengan masjid ni. Tapi dengar-dengar cerita ia akan dirobohkan dan dipindahkan ke tempat lain. Aku tidak pasti. Tapi perobohan masjid yang dibina sejak 1850 ini pasti merugikan pencinta-pencinta sejarah, dan paling merugikan pewakaf-pewakaf yang telah meninggal dunia.
Bagaimana Dengan Pewakaf-pewakaf Masjid Maqbul
Yang aku faham, bila seseorang mewakafkan harta atau wang untuk sesuatu kebaikan, pahala akan diperolehi berterusan walaupun dia sudah meninggal dunia. Jadi, kalau aku wakafkan wang untuk pembinaan masjid katakan, maka aku akan mendapat pahala selagi mana masjid itu terbina, berterusan sehingga hari kiamat. Tapi, bagaimana pula kalau aku wakafkan duit aku untuk pembinaan masjid, dan selepas aku mati, masjid itu dirobohkan. Maka adakah pahala itu akan terhenti selepas perobohan masjid?
Pegawai Bangang Yang Merancang
Aku melihat situasi keperluan untuk merobohkan masjid bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan adalah berpunca daripada pegawai yang bangang dan tidak Islamik. Aku masih ingat ketika aku mengikuti kursus pengambilan tanah, pensyarah itu memberitahu agar dalam merancang pengambilan balik tanah untuk apa-apa tujuan pun, seboleh-bolehnya mengelak daripada melibatkan tanah yang ada rumah ibadat. Dia menjelaskan masalah yang timbul bagi agama-agama lain.
Dan bagi yang Islam, sekiranya melibatkan keperluan merobohkan masjid, perlu difikirkan pewakaf-pewakaf kepada masjid tersebut. Adakah kita mahu bertanggungjawab menyekat pahala sampai kepada mereka. Siapa kita untuk menyekat pahala mereka?
Ok. Dari segi logik, kita tak mahu menyekat pahala mereka, juga perlu diberi perhatian bahawa urusan pahala dan dosa urusan Allah. Mungkin walaupun masjid itu dirobohkan pewakaf masih menerima pahala. Atau mungkin juga tidak! Jadi bagi aku, baiklah dielakkan daripada aku berkemungkinan menyekat pahala orang!
Pegawai-pegawai yang merancang jalan itu, yang menentukan jajaran jalan itu jika dia Islam sepatutnya memikirkan perkara ini dan mengelak daripada melibatkan masjid, jika dia cerdik.
Namun semuanya telah berlaku dan tidak boleh berpatah balik lagi. Kerja-kerja pelebaran jalan itu pun sedang dilakukan dan hampir-hampir siap.
Apa tindakan seterusnya?
Kalau tanya aku, aku akan jawab, batu-batu, konkrit-konkrit, kayu-kayu hasil daripada robohan masjid tadi aku akan jadikan sebagai bahan binaan masjid lain. Sekurang-kurangnya, pewakafan itu berterusan, iaitu ia masih menjadi masjid walaupun masjid di tempat lain. Dan urusan pahala itu kita serahkan sahaja kepada Allah!
Dan pohon bantuan kepada mereka yang tahu agama, apa pandangan korang dalam hal ini? Apa yang korang faham pasal wakaf? Anyone? Atau sekadar memberikan link untuk dikongsikan bersama...
Sepatutnya pegawai yg merancang tu carilah alternatif lain..Tak elok nak merobohkan rumah ibadah ni apatah lagi masjid, kalau diganti dgn yg lain tu takperlah jugak
BalasPadamYa, hanya Allah yang tahu. Namun, jika pada hemat saya, memang betul harta wakaf itu boleh diteruskan dengan menggunakan batu-batu dari masjid yang sama...
BalasPadamperancangan yang betul dan pertimbangan yang rasional mesti dibuat supaya tidak menggangu sensitiviti sesetengah pihak
BalasPadamRegards,
hafiza
http://www.eOneNet.com
Internet Marketing company since 2000
ni kena kasi tau sama hindraf nih...! kerajaan pon nak melupuskan etnik melayu! hu hu
BalasPadamhahahahahaha...
BalasPadamhindraf yg singkat akal! ops..
payah ni nk jawab... ditelan mati mak diluah mati bapak.. ahakz... takut tersalah fatwa pule klu bentangkan hehe... tp klu kat cni tgk ade pro n kontranye... spt bak kata pepatah td tu... nmpk susah nk jelaskan mane yg ptt.... owhhhh....
BalasPadamErmmm....Munkin versi Islam Hadhari kot!
BalasPadam