Selama berminggu-minggu aku ikuti perkembangan rancangan ni sebab kononnya ia untuk menyumbang kepada badan-badan kebajikan. Daripada minggu pertama aku tak penah miss tercongok depan tv sambil memegang remote astro, takut-takut ada anak buah yang nak hijack tv untuk tengok kartun.
Selepas ada pasangan yang tersingkir, pasangan tersebut akan ditemubual dalam radio Era. Itupun dengan semangat yang berkobar-kobar aku ikuti dalam perjalanan pulang lepas habis kerja.
Dari Malam Sehati Berdansa, sehingga ke dalam radio tak pernah pun diorang highlight yang juara akan menang hadiah bernilai RM200,000. Yang dihighlightkan, bagaimana artis-artis berlatih bersungguh-sungguh uantuk mengumpul duit bagi diserahkan kepada badan-badan kebajikan.
Rupa-rupanya juara akan menyumbang RM15,000 sahaja kepada badan kebajikan. Ini adalah jumlah yang sangat kecil berbanding hadiah yang diterima juara bernilai RM200,000. Namun apsal sumbangan kepada badan kebajikan yang ciput itu yang dihighlightkan?
Senang cerita:-
- astro highlightkan macam program tu untuk badan kebajikan bagi meraih simpati orang untuk mengundi
- bila ramai yang mengundi maka banyaklah astro dapat duit untung atas angin melalui sms
- sebab banyak sangat duit yang dapat, maka hadiah RM200,000 tu, apa sangatlah
Aku rasa tertipu! Tertipu sebab nama kebajikan digunakan untuk menarik orang ramai menyaksikan program tersebut. Mungkin ramai yang tak perasan perkara ni, tapi inilah realiti. Untuk mengaut untung, nama kebajikan, kononnya menderma kepada badan-badan tertentu digunakan.
Pasangan-pasangan pula, kononnya bertungkus lumus untuk kebajikan, rupa-rupanya bertungkus lumus untuk hadiah RM200,000 itu! PAtutlah ada yang nangis-nangis sebab tersingkir. Sayu gak aku tengok, rupanya diorang nangis sebab melepas kereta BMW Mini Cooper tu!
Kalo pasangan yang jadi juara tu ikhlas nak membantu, nak menderma, serahkan saja RM200,000 tu kepada badan kebajikan yang diwakili! Cukuplah pegi honeymoon kat Paris, menari puas-puas kat sana!
eh eh eh memang untung apa...? mereka yang mengundi pun untung. orang menang pun untung. astro lagi untung banyak sebab ramai yang tengok... surat khabar pun untung. tnb pun untung.... syabas pun untung...
BalasPadamsiapa lagi yang untung? bukan setakat rm200,000 ribu2 ribu2 tu je yang depa untung... takkan nak tunggu berdansa baru boleh nak buat amal kebajikan... sekadar nak congkel bakat aje laaa... kehkehkehkeh...
biase la ini dinamakan tactic utk naikkan rating show.. kalau x buat cam tu.. rating memang naik tapi tentu x segempax mana
BalasPadammemang inilah teknik pemasaran yang digunakan untuk mengaburi mata penonton, lebih-lebih lagi rancangan berunsurkan sms
BalasPadamRegards,
hafiza
http://www.eOneNet.com
Internet Marketing company since 2000
Entahlah diorang ni, bila menggunakan nama badan kebajikan utk mengaut keuntungan, adalah satu unsur yg tersangat keji.. Lainlah kalo memang separuh dari keuntungan tu bg terus kat badan kebajikan takperlah jugak..
BalasPadamstrategi yg hebat skali.... menggunakan sebalik tabir kpd kebajikan dgn sumbangan xseberapa.... bile dh mcm ni sure org ramai akan mengundi n penganjur dah tentu kaut untung berlipat ganda... ohhh.....
BalasPadamerm mmg setuju sgt ngan tajuk kali ini dan "Jangan Gunakan Nama Kebajikan Jika Niat Mahu Untung!" niat menderma ikhlas atau niat semata2 untung.. ha mane satu tu... owwwwh......
oh.. juara menang 200ribu ke? patut la semua pasangan bersungguh2 nak menang.. siap kata ade konspirasi juri ape kejadah.. cis.. 200ribu tu banyak beb..
BalasPadamastro tak ikhlas.. ha ha ha
kadang-kadang otak aku sengal sampai tak bleh faham apa yg orang komen... termasuk komen nih.. aku dah sengal otak, ngilu-ngilu dah rasanya..
BalasPadamnak naikkan rating pun pada-pada laa.. guna la nama siti nurhaliza ker, nama rozita che wan ker..
BalasPadamerk.. korang perasan tak muka rozita che wan dah merebak merata-rata media sekarang ni? dari clip video ke drama ke iklan talian kecemasan 999.
hehe..
setuju..setuju..
BalasPadamtp ada satu statement dlm akhbar kata hadiah tu diberi sebab keputusan saat akhir.. mungkin kezutan...
ok la kezutan pun, bagilah kezutan kat badan kebajikan.. haha.. dapat gak pahala..
tq sbb setuju..
BalasPadammana ada org peduli keji ke tak skrg ni kot.. apa yg diorang fikir adalah keuntungan...
BalasPadammcm af tu.. dah nak masuk musim keenam dah.. walaupun ramai yg minta af berehat seketika, tp astro still buat musim keenam...
mana taknya, kalo buat af6, dapat jugak juta2 dari fanatik yang tak sayang duit mengundi.. lagi baik derma kat tabung kebajikan yg ikhlas, mc tabung untuk darfur, tv3 tu...
bukan dpt duit 200,000 tp dapat keta mini cooper, pakej percutian dan trofi. yg nilainya 200,000. tp kalo jual keta tu kira dapat duit la kan?...
BalasPadamhaha.. mmg tak ikhlas...
[...] tertipu dengan satu siaran tv. Astro dah mainkan perasaan aku yang ikhlas ingin menyumbangkan badan [...]
BalasPadamAlahai... mana ada kebajikan yang diwar-warkan kalau tak menguntungkan kepada penganjur...
BalasPadamtakkan depa buat saje-saje tanpa keuntungan...Benda macam ni dah lama digunakan di luar negara...
Astro banyak untung dari segala segi.... SMS, telephone, Siaran Astro, Tajaan dan banyak lagi ...
Paling kurang pun publisiti mengiklankan jenama...
Aku paling tak dapat erima macamana ada orang yang terpedaya meng'sms ' untuk kebajikan dalam berdansa... krem otak aku.. hua-hua-hua
Salam...
BalasPadamAstro memang untung banyak gilerrr....
Bayangkanlah dari Afundi AF 1 tu hingga kini....Bleh kira berjuta gak sms undian yang setiap satunya RM 0.50 kan???
Ditambah pula minat rakyat Malaysia yang suka ber'sms'...Orang kata nyelam sambil minum air lar tu kan...
Kenapa astro nie nak untung dari kebajikan yea>???Maybe tulah marketing strategi mereka kot...
Saya takleh nak ulaskan lebih2 yea....Baik kita tanya kat pihak yang berkenaan :-)
Kenapa tak derma je RM200 ribu, pemenang dapat RM15 ribu? Aduhai.. Sape2 yang langgan Astro pun subahat sama.. (",) Yela,kalu dah tau Astro guna taktik macam tu, wat pe nak langgan lagi..
BalasPadamP/S: Astro, jangan saman aku..
oh, itu macam ke... highlite bukan main lagi untuk kebajikan yee.... ni kira ala-ala ilusi optik la nih.... tak pe lah, derma banyak mana pon tak kesah lah, asalkan IKHLAS! yeah! :)
BalasPadamkena faham..kebajikan tu apa dia..jgn main cakap jer..dah program tu pun berunsurkan maksiat..apa ke jadahnya lagi..mana nak jadi satu kebajikan..dapat dosa dan bala lagi ada sebab program tu menyesatkan orang...maksiat nak dicampur adukkan dgn kebajikan..apa buta hati kah penganjur tu...semua tu hipokrit dan munafik...derma la ha derma..palahotak depa..kebajikan konon..
BalasPadamyg bagi komen kat sini pun pekak2 belaka..cadang itu la ini la...kalau nak derma kena tahu hujung pangkalnya..jangan main derma jer..contohnya..konsert amal..itu la amal..inilah amal konon..amal apa ke benda kalau kuncinya mungkar dan maksiat..mau dok faham bab ni jangan main cakap jer...kalau nak derma derma kat rakyat kita dulu..ramai yg susah..ni asyik2 nak derma kat dafur la ..acheh la..apa rakyat kita ni semua kaya2 ka..cuba hangpa pi tengok kat luar bandar sama ada yg x makan berminggu2...buta perutkah rakyat kita ni..asyik nak ikut pemimpin kerajaan yg gila glamour tu...lu pk laaa woiii
BalasPadam