Selasa, 15 Januari 2008

Lawatan Ke Alam Bunian : Ha??


Kalo korang tanya aku, kenapa aku kerap sangat ke Taman Negara Pulau Pinang. Aku nak jawab, aku tak suka pun! Tapi aku kena pergi sebab tugas yang diamanahkan. Bos aku suruh aku pergi ke satu tempat yang terletak dalam taman negara untuk buat satu program. Mahu tak mahu aku terpaksa jugak ikut, itu pun sebab member dah beriya-iya ajak. Kalo ikutkan aku, lagi baik aku tidur kat rumah (hari Sabtu tu..) peluk bini, main-main ngan Izz!

Destinasi kami kali ni adalah Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM. Kami perlu meninjau tempat tersebut sama ada sesuai untuk dilaksanakan aktiviti berupa mesyuarat yang panjang dan memengantukkan yang akan diadakan pada hujung minggu ni. Jadi, walaupun aku akan semput lepas jalan 50 meter, aku gagahkan jugak kaki untuk trekking ke destinasi.

Kami: Aku, Syah, Ezy dan Safar.




Pusat Kajian USM tu terletak di Muka Head yang jaraknya kira-kira dua kilometer trekking daripada pintu masuk utama ke Taman Negara Pulau Pinang. Oh, ya! Taman Negara Pulau Pinang baru dirasmikan walaupun aku dah beberapa kali ke sana..



Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM




Inilah dia pintu masuk ke Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM.

Cerita seram:

Bayangkan korang sesat dalam taman negara ni, pastu korang jalan-jalan nak cari jalan keluar, tetiba korang termasuk dalam kawasan pusat kajian ni. Aci kerat jari, mesti korang rasa macam korang dah sampai ke alam bunian dan korang tanpa pikir panjang, terus terasa teruja nak cari puteri bunian... Ok. Habis cerita seram yang tak berapa nak seram.

Istana Bunian


Boleh korang bayangkan? Masuk dalam hutan, trekking lebih kurang sejam pastu korang jumpa bangunan konkrit macam ni. Macam tak percaya pulak dalam hutan ada bangunan macam ni. Kalo siang memang korang terasa biasa jer. Tapi bayangkan kalo malam. Korang meraba-raba dalam kegelapan, pastu tetiba jer jumpa bangunan yang bercahaya.. takkan tak rasa pelik kot..

Kenduri Bunian


Pastu korang dibawak jalan-jalan oleh bapak puteri bunian meninjau kawasan istana bunian tu. Firstly, korang dibawa ke tempat kenduri kendara kaum bunian. Alaa.. senang cerita dewan makan lah.. dewan makan ni cukup untuk lebih kurang 100 orang. Siap ada pentas, sistem audio dan jugak karaoke. Dewan makan ni pulak dihiasai barang-barang antik dan lama daripada kayu...

Bilik Persidangan Bunian


Ok. Stop pasal bunian. Ini pulak bilik mesyuarat yang ada. Kata pakcik yang membawa kami meninjau pusat kajian ni, bilik mesyuarat ni pernah digunakan oleh Perdana Menteri untuk mesyuarat dengan menteri-menteri besar satu ketika dulu. Itu ikut kata dia lah. Kalo betul pun, pasti mesyuarat tu satu mesyuarat yang teramat sulit.  Sebab untuk sampai ke situ, ada dua cara saja. Satu melalui darat dengan berjalan kaki. Dua: melalui laut dengan menaiki bot.
 

Bilik mesyuarat ni kira lengkap jugak skrin dan sistem LCD projektor, electronic whiteboard, sistem audio dan juga yang paling penting dalam dunia ni,  aku nampak ada wireless router kat siling bilik tu.  Kata yang jaga bilik tu, ada  wi-fi  internet.  Hmm... dalam dunia bunian pun ada internet..

Pondok Bunian
 

Kemudian kami dibawa ke kawasan penginapan. Di pusat kajian ni ada dua jenis penginapan iaitu dorm dan jugak flatlet. Dorm ni untuk duduk ramai-ramai macam budak-budak sekolah asrama. Tapi nampak uzur gila dorm ni. Aku fahamlah apsal keadaan dia macam tu. Pekerja yang maintain tempat tu berapa kerat jer tapi kawasan dia agak luas jugak. Lagipun tempat ni dibina dalam tahun 1980an lagi...


Dalam dorm ni ada katil double decker dan kipas.. Ok lah tu kan.. nak apa sangat.




Tempat ni memang nampak sunyi giler.. Ni tangkap gambar siang hari nampak sunyi.. bayangkan kalo malam.. mesti seram nyer laa..

Pokok Besar Tepi Rumah Batu


Ini pulak flatlet. Flatlet ni kira macam rumah flat la tapi ada dua bilik jer. Ada sepuluh unit flatlet dan setiap unit ada dua bilik tidur dan satu bilik air. Flatlet ni dibuat daripada konkrit.. Mungkin binaan ni lagi baru daripada dorm tadi yang dibuat dari kayu. Tapi sini lagi seram.. Ada pokok besar tepi tu.. Sekali tengok macam scene cerita seram dan rumah berhantu...


Dalam flatlet ada satu bilik untuk kelamin dengan katil queen size dan satu lagi bilik dengan dua katil single. Terlupa plak nak tanya kalo nak menginap situ kena bawak cadar sendiri ker tak...


Dalam flatlet ada ruang tamu dan ruang dapur.. Ala.. macam rumah flat laa..


Ini dia ruang dapurnya...


Ini pulak ruang tamu bagi flatlet untuk vip atau senang cerita macam bilik suite laa.. Flatlet ni terletak paling hujung dan paling dekat dengan pokok besar tu.. Bayangkan masa malam, hujan renyai-renyai, keadaan gelap, dan korang tidur sorang-sorang di bilik paling hujung dalam hutan. Kalo korang jerit pun tader sapa yang dengar... Hiiii..hi hi hi...

Taman Bunian


Ni pulak kawasan dalam pusat kajian tu..


Taman Jepun..


Taman lagi...


Taman lagi..

Ada bangunan besar : istana bunian
Ada taman Jepun : taman bunian
Ada dorm kayu : rasa macam ada hantu jepun jer..
Ada flatlet tepi pokok besar : seramnya...

===========================================

Fasiliti terbaru di Taman Negara Pulau Pinang



Untuk sampai ke sini, perlu trekking dulu dalam setengah kilometer dari pintu masuk utama Taman Negara Pulau Pinang sampai ke Sungai Tukun.



Ada kantin, ada beberapa wakaf, tandas dan ada surau..


Ini pulak dataran untuk buat jamuan atau bbq beramai-ramai..


Tandas yang disediakan..


Yang paling penting adalah kolam mandi ini yang menakung air daripada bukit yang mengalir menyelusuri Sungai Tukun. SSsssejukknnyyee... ggg..


Ini pulak gambar laut dari bukit yang boleh diambil...

p/s: Bagi yang tersampai ke sini sebab mencari puteri bunian... maaf lah yer!


16 ulasan:

  1. Wahhh menarik tempat tu..Satu pengalaman yang berhargakan lelabu dpt kat sana

    BalasPadam
  2. Haduhhhh, angker sungguh... Ni en lelabu kena sampuk dengan bunian mana ya... AHAHAHHA

    BalasPadam
  3. tak kena sampuk lagi.. kena hempuk ada laaa...
    ahahaha...

    BalasPadam
  4. owh ho... puas juge dpt tgk pic2 tu dgn xplain2 yg mantap wlpn xpnh pegi sane lagi... mmg menarik n satu lagi Serammmmmmmmm pn blh tahan... ahakz =)

    BalasPadam
  5. cam best je.. ni rase nk trave; gi sane ni.. post ni boleh jadi post cuti2 malaysia ;)

    BalasPadam
  6. pegi la skali tmn negara p pinang. satu-satunya tmn negara yg dekat ngn airport, lebih kurang 30km.haha

    yg best kat sini adalah pantai monkey beach.. pantai dia landai jer, masuk dlm air, jln lebih kurang 100 meter, still air paras pinggang.. tp jgn buat kat pantai kerachut.. nahas nnti..

    pntai kerachut lak bleh tgk tempat penetasan penyu.. best ooo...

    BalasPadam
  7. apa tunggu lagi.. dtg jer laa.. best ooo...

    BalasPadam
  8. Wah, advance dan maju giler tempat2 dan banggunan "alam bunian" tu ye.. Macam2 ada...

    Hmm, gambar yang "Istana Bunian" tu menarik perhatian aku.. Lawa giler pancaran cahaya tu.. Subhanallah..

    BalasPadam
  9. [...] Kumprinx pasal catatan backpackingnya ke Pulau Pinang dan betapa beliau(?) telah dibawa  ke alam lain hanya kerana merasa kari Pulau Pinang di satu restoran mamak yang tidak direcognised oleh lokal [...]

    BalasPadam
  10. alam bunian bukan mcm yg digambarkan oleh org ramai...ianya lain skit dr alam kita.hanya yg terpilih saja saja akan dpt tgk alam mereka.knape sy berkata begini sbb sy dah masuk ke alam mereka.

    BalasPadam
  11. bkn nk ajak... pergh,teringat lak time ak kt jungle..mg best r..hm,jgn men2 dgn alm bunian!! bhye.. (pnah alami)

    BalasPadam
  12. kalau aku pakai moto..bunian pon ade moto...tapi ape brand? heh..x kn ducati kot..

    BalasPadam
  13. ala hai tempat tu hang nak habak kat kami,hang baru kerja kami dah lama tau tempat tu dari tahun 1980.

    BalasPadam
  14. @leLabu, salam dari hamba untuk tuan hamba..bolehkah tuan hamba berkongsi cerita tentang bunian dgn hamba?hantarkan semua cerita2 tuan hamba dlm lama facebook hamba..terima kasih

    BalasPadam
  15. @leLabu, slm dari hamba untuk tuan hamba..apakah tuan hamba pernah melihat manusia bunian...jika pernah nyatakan ciri2 yang ada pada manusia tersebut..dari hamba puteri amy..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...