Khamis, 10 Januari 2008

Recap 2007

Ok, sebagai permulaan tahun 2008 ni, aku nak tengok kembali apa yang dah aku dan blog ini alami dalam tahun 2007. Satu langkah kembali ke belakang belajar sejarah tanpa buku teks yang tebal-tebal. Oh, korang bayangkan budak-budak sekolah kena usung beg lebih kurang 10 kg sorang. Itu belum lagi kira bayaran yang anank buah aku perlu buat bila mendaftar di sebuah sekolah berasrama penuh. Ribu-ribu belanjanya!

Yang sedih

  1. Aku tertipu dengan satu siaran tv. Astro dah mainkan perasaan aku yang ikhlas ingin menyumbangkan badan kebajikan.

  2. Mat Indonesia (Khairy taknak lagi kita guna istilah Indon) menggodam blog aku setelah memberikan amaran-amaran, dan kecaman-kecaman berbentuk ugutan dan membahayakan nyawa.

  3. Mat Afrika menjadikan hosting akaun aku macam akaun dia dan jadikan hosting ni tapak phising dan spam. Aku suspek, Mat Indonesia tu hack hosting aku pastu bagi kat Mat Afrika sebab kedua-dua benda tu terjadi serentak.


Yang happy

  1. Aku dapat baby. Walaupun doktor di sebuah klinik beriya-iya mengatakan aku bakal menimang seorang cahaya mata lelaki tanpa ditanya, ternyata doktor tu silap kerana kuasa Allah mengatasi kepakarannya dan kecanggihan mesin scan ultrasonic tu. Namun aku tetap happy kerana telah menjadi seorang ayah yang handsome kepada seorang babygirl yang comel!

  2. Aku dapat kerja tetap dengan gomen. Setelah bertungkus lumus berhempas pulas mencuba untuk menjadi seorang kakitangan gomen sepenuh masa sehingga pencen, akhirnya aku telah berjaya! Usaha yang tidak pernah mengenal penat lelah dan bosan memberikan hasil yang sangat mengujakan.


Aku rasa banyak lagi perkara yang jadik dalam hidup aku dalam tahun 2007. Tapi sebab aku mengalami masalah memori yang terhad, aku menaip di KLIA dan otak aku dah mula ngilu-ngilu serta pramugari-pramugari terlampau cun sedang melambai-lambai. Aku tulis dua tiga benda ni saja.

Korang tak percaya yang otak aku ngilu? Betul! Kepala aku dah rasa ngilu-ngilu ni. Pernah terjadi aku termuntah-muntah disebabkan kengiluan yang berterusan di kepala aku. Ok lah, pramugari itu dah tak tahan dengan aku.. hahahah..

9 ulasan:

  1. utamakan yang happy :).. all da besh this year

    BalasPadam
  2. Takperlah, pengalaman lalu kita jadikan pengajaran utk akan dtg..Anyway selamat menyambut tahun baru Islam kita, Salam Maal Hijrah kepada saudara lelabu dan sahabat2 sumer...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah la..

    Sume dh kembali mcm biasa..
    Aku pun pelik hari tu, bukak blog ni tbe2 ape2 ntah yang kuar..

    Takpe2..
    Ape pun, apa azam 2008?

    BalasPadam
  4. Huhuhuhuhu... Tahniah dapat babygirl....

    Salam kenal dari Teratak Nurani...

    BalasPadam
  5. cayalah bro! gempak gak pengalaman sedih ko berblog... harap-harap la aku tak menempuh macam tu (ke, sumer blogger akan alaminya? adeh!)

    p.s: keja gomen? aku baru ingat nak quit keja gomen, hu hu...

    BalasPadam
  6. keje gomen ni duit tak banyak. tapi pengalaman byk (tgk skim gak). kena ikhlas.

    kalo nak duit byk keja ngn private. kalo nak serve rakyat n org2 kg, keje mcm aku. hahaha...

    BalasPadam
  7. yup, ikhlas tu penting.... aku rasa aku tak ikhlas lah, ha ha ha

    BalasPadam
  8. jgn ckp mcm tu. aku yakin, sesapa yg masuk service dah tahu dia takkan buat duit kerja ngn gomen. tp dia masuk jgk sebab dia nak kerja, dia ikhlas nak kerja.

    lama-lama dia rasa kepentingan dia dlm perkhidmatan, lama-lama dia sedar yg dia kerja utk rakyat malaysia. lama-lama dia sedar yang dia buat byk pahala dgn kerja ikhlas utk malaysia, negara tercinta!

    ceh, mcm patriotik lak... hahaha

    BalasPadam
  9. Tahniah..Semogo tehguh SUKSES!!! Terus maju, pantang undur sahabat ku..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...