Gua rasa dalam dunia ni macam sesetengah orang Melayu suka tunjuk pandai. Dalam kes ni,
english edukasyen.Ini cerita gua, mungkin budak-budak Melayu lain pun sama cerita dengan gua. Gua memang tunggang langgang cakap omputih. Maklumlah 1119 dapat 6 saja. Subject english ni la yang mencacatkan sijil SPM gua dari straight A's dulu. Cilakak!

Tapi bila gua kerja dengan sebuah syarikat multinasional dulu-dulu, selamba jer gua pung pang pung pang dengan mat salleh kapitan-kapitan dan master-master kapal dari seluruh dunia. Gua konfiden habis. Tak kisahlah grammar gua ke laut ke hapa, janji mat salleh tu paham apa gua cakap, gua faham apa yang dia nak. Settled. Semua orang happy!
Tapi sekarang ni kalau nak suruh gua cakap omputih memang gua mengelat buat-buat sakit perut. Sekelip mata jer gua hilang. Tak konfiden. Dah lama tak cakap. Dan macam-macam.
Nak cakap sesama Melayu cakap omputih kirim salam. Orang Melayu ni, gua perhatikan, yang ada
english edukasyen ni, macam tunggu masa jer nak betulkan grammar gua. Nak betulkan ayat gua. Sound direct pulak tu. Itu yang gua malas. Asal lu faham cukup lah. Tak payah nak berlagak lebih-lebih dengan gua.
Ini yang buat gua tak konfiden. Gua cakap dengan mat salleh, tak pernah diorang tegur grammar gua. Cakap dengan India, sama-sama gua terbelit lidah. Cakap dengan Cina, sama-sama english gua jadi berterabur. Cakap dengan Melayu, asyik nak menunjuk yang dia lebih
english edukasyen-nya.
Pada gua, nak berkomunikasi dalam bahasa asing ni yang paling penting konfiden. Tapi kalau
english edukasyen lu memang dah mantap, lu jangan suka-suka hati tegur orang lain salah semasa proses komunikasi tu. Potong stim tau tak?
Nak menunjuk pun lu pandai cakap omputih jangan sampai orang lain berasa aib. Panggil elok-elok settle kat tepi boleh kan?
Kasut gua dah lama tak ada orang gigit nih!
---
Cerita ini bukan berlaku hari ini, terima kasih!