Jumaat, 6 Oktober 2006

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rileks dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis semua bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Khamis, 5 Oktober 2006

Dewan Cina Bantah

Assalamualaikum,

Kalau semua baca akhbar Berita Harian hari ni, ada satu tajuk di muka utama. Dewan Cina bantah usaha bantu Melayu Pulau Pinang. Apa yang dipertikaikan adalah Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang (2005-2020). Isunya :

  1. kuatkuasakan kuota 30% bumiputera untuk unit rumah dan unit komersial;

  2. keutamaan kepada bumiputera dalam semua sektor ekonomi;

  3. 30% ruang perniagaan dalam shopping complex kepada bumiputera;

  4. kuota 30% yang tidak terjual tidak dilepaskan kepada bukan bumiputera;

  5. kuota 30% bumiputera yang tidak terjual diambil alih oleh kerajaan;

  6. penandaan plot bumiputera dalam skim perumahan.


Kenapa bumiputera di Pulau Pinang perlukan semua ini? Sebabnya, ekonomi bumiputera belum stabil. Harga hartanah di Pulau Pinang pula mahal. Kuasa beli bumiputera tidak ada. Yang akhirnya, kuasa geopolitik bumiputera di Pulau Pinang kian menipis dan terkakis.

Sampai bila pun, kuota pemilikan 30% hartanah oleh bumiputera di Pulau Pinang tidak akan tercapai selagi pendapatan kaum bumiputera tidak ditingkatkan. Kenapa?

  • pekerja kilang di level operator hampir semuanya bumiputera

  • eksekutif pula semuanya bukan bumiputera

  • bumiputera yang ingin berniaga kecil-kecilan perlu bersaing dengan peniaga bukan bumiputera yang sememangnya ada jaringan yang kuat

  • gerai di kompleks beli-belah sewanya amat tinggi

  • sebuah rumah kedai di Jelutong harga minimumnya setengah juta ringgit

  • sikap sendiri yang terlalu harapkan bantuan kerajaan


Bagi aku, yang termampu dilakukan, itulah, seperti di atas. Kita sekat. Tapi sampai bila mahu disekat? Kalau bumiputera belum mahu berubah.
Orang Cina ada kuasa beli, bumiputera tiada kuasa beli. Habis, takkanlah yang tidak terjual itu tidak dijual. Bagaimana pula dengan pemaju?

nota: cadangan-cadangan dalam draf rancangan struktur datangnya dari ofis aku, yang desk officer bahagian perumahan pulak aku. bila dewan Cina bantah, terasa pulak macam mereka membantah usaha aku. apa-apa pun, yang semua tahu, bumiputera terlalu mengharapkan bantuan. bila kita boleh berdikari?

Ada cadangan bagaimana nak tingkatkan ekonomi bumiputera?

Selasa, 3 Oktober 2006

Nasib Seorang PKS

Aku nak ceritakan pasal seorang pekerja khidmat singkat (PKS) di tempat kerja aku. Pada aku, kalau kita sudah di atas, jangan menindas yang di bawah.

Pekerja PKS, dalam perjanjiannya, hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi lima jam sehari. Dan satu lagi klausa perjanjian yang aku nak highlightkan, pekerja PKS tidak layak menuntut elaun lebih masa. Dengan kata lain;

  1. arahan bekerja hanyalah untuk maksimum lima jam sehari;

  2. dan sebab itu, jika bekerja lebih lima jam, tidak boleh menuntut elaun lebih masa.


Ini semua dipersetujui di dalam perjanjian. Situasinya begini: Pekerja PKS tadi diarahkan oleh Penaung Kelab Ehem-ehem untuk bekerja lebih lima jam, malah sampai lebih 3 jam sehari. Persoalan aku;

  1. adakah pekerja PKS tadi layak diberi elaun lebih masa untuk 3 jam kerja lebih masa yang diarahkan dilakukan?;

  2. siapakah yang melanggar perjanjian? Penaung Kelab Ehem-ehem atau pekerja PKS;


Pendapat aku, bukan pekerja tadi yang melanggar perjanjian, kerana arahan bekerja adalah oleh Penaung Kelab Ehem-ehem. Bagi aku, sepatutnya pekerja tadi dibayar elaun lebih masa, atau arahan supaya bekerja lebih masa tadi tidak dikeluarkan. Biarlah dia senang bekerja setakat 5 jam sehari daripada bekerja tanpa dibayar upah selama 3 jam.
Dalam semangat Islamnya pulak, Nabi (saw) sendiri menyuruh dibayar upah bagi setiap pekerjaan, malah sebelum kering peluhnya. (ini bukan setakat peluh dah kering, malah diperah-perah pulak keringatnya :sad: )


Penyelesaian cadangan:

  1. pekerja PKS tadi dibayar elaun lebih masa untuk kerja lebih masa;atau

  2. arahan untuk bekerja lebih masa tidak dikeluarkan;


Dengan cadangan penyelesaian di atas, bermaksud, kedua-dua yang menandatangani perjanjian bersetuju, jika Penaung Kelab Ehem-ehem meminta pekerja PKS bekerja lebih masa, maka wajarlah untuk dibayar elaun lebih masa. Jika Penaung Kelab Ehem-ehem tidak bersedia membayar elaun lebih masa, jadi tidak usahlah meminta pekerja PKS tadi melakukan kerja lebih masa.

Kerja = dibayar upah, kerja yang tidak dibayar upah, namanya adalah perhambaan. (sukarela/sumbangan ikhlas: bila pekerja tadi ikhlas bekerja. siapa yang ikhlas bekerja setiap hari tanpa dibayar upah?)


Konklusi: Apakah Penaung Kelab Ehem-ehem sedang cuba menghidupkan kembali sistem perhambaan?

nota: Dokumen perjanjian adalah standard di seluruh Malaysia. Kalau anda seorang ketua yang bertanggungjawab, anda tidak akan memaksa anak buah anda bekerja tanpa dibayar upah. Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang bijak, anda pasti kenal istilah "bend the rules..." Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang berani, anda pasti berani membend the rules, keranaƂ  anda tahu tindakan anda menepati sunnah Nabi (saw) dan konsep perhubungan sesama manusia.

Siapa yang tidak bersetuju? Sila angkat tangan. Aku pun nak tahu macam mana nak settlekan masalah begini.

Isnin, 2 Oktober 2006

Kahwinlah Cepat

Assalamualaikum,

Post kali ini aku tujukan khas kepada sesapa yang tak kawin lagi. Kawinlah cepat, kalau boleh bulan syawal nanti, cuti sekolah, kawin. Banyak faedahnya bila berkahwin ni. Macam sabda Nabi (saw), nikah itu sunnah dia. Jangan dok simpan janggut tapi tak nak nikah, itu simpan janggut sebab minat Mike Shinoda namanya.

Apa yang akan anda dapat jika berkahwin:

1. Anda akan dapat laki atau dapat bini.

2. Bagi yang laki, anda tidak perlu lagi basuh baju, masak maggi, goreng telur. Itu semua bini anda yang comel akan lakukan. Bagi yang pompuan, anda tidak perlu lagi angkat tong gas sorang-sorang, laki anda yang gagah akan lakukan.

3. Anda tidak perlu lagi menjadi monyet, bergayutan dengan telefon. Laki atau bini anda ada di hadapan anda. Cakaplah sepuas hati, tak payah bayar bil telefon beratus sebulan. Bayar lump sum masa kawin jer, lagi untung, boleh cakap sampai bila-bila, kredit tak expired.

4. Yang laki tak payah lagi singgah warung nasi kandar sebab kat rumah bini anda dah sediakan banyak lauk untuk anda. Yang pompuan kalau tak terer masak boleh beli jer kat kedai sebab sekarang laki anda dah bagi duit gaji bulan-bulan kat anda.

5. Yang laki boleh menaikkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 5 bulan (pengalaman sendiri :lol: ) dan susah nak turun. Yang pompuan boleh cuba naikkan berat badan dan boleh turun balik lepas 9 bulan 10 hari. Magik kan?

Apa? Tak cukup duit? ...Boleh cari duit. Tak tahu? ...Tanya la Shuth di link kat bawah. Klik jer...


Ahad, 1 Oktober 2006

Gila Kuasa

Post kali ini adalah hasil penelitian ke atas pengurusan satu kelab sukan dan kebajikan. Aku namakan sahaja kelab tersebut Kelab Ehem-ehem (KE).

KE dianggotai oleh kakitangan sebuah agensi kerajaan yang terdiri daripada semua peringkat. Daripada pegawai hinggalah pemandu. Semua kakitangan agensi tersebut adalah ahli KE secara automatik. Dari segi jawatankuasa, Pengarah agensi adalah secara automatik dilantik sebagai Penaung KE. Secara pentadbirannya, sepatutnya Penaung bukanlah pembuat keputusan, tidak lebih sebagai penasihat sahaja.

Hari Jumaat lalu aku menghadiri mesyuarat KE untuk mencapai kata sepakat untuk jumlah duit raya kepada ahli dan mencapai kata sepakat untuk mengadakan sambutan hari raya. Namun, apa yang terjadi adalah ahli jawatankuasa tidak lebih daripada menerima arahan.

Naik berbulu aku dengar ayat ini daripada mulut Pengerusi (Timbalan Pengarah) "Kita telah bersetuju untuk mengadakan sambutan hari raya di rumah Pengarah agensi (Penaung)."

Siapa kita? Kita adalah Penaung, Pengerusi & Setiausaha KE. Jadi ahli jawatankuasa lain hanya dipaksa menerima keputusan tersebut. Apabila aku bersuara, maka awal-awal lagi Penaung menolak! Siapa Penaung untuk campur tangan urusan KE. Sepatutnya mesyuarat jawatankuasa pun dia tidak sepatutnya dijemput. Aku tidak boleh bertegang leher dengan Penaung kerana dia adalah Pengarah agensi, bos aku. Jadi terang-terang dia telah memperkudakan KE untuk kepentingan peribadi. Dan aku tidak dapat berbuat apa-apa, nanti dituduh ingkar perintah.

Pengerusi pula bersuara begini, "Kami ingin mendapatkan kelulusan Penaung untuk..."

Kenapa dapatkan kelulusan Penaung? Ini KE, bukannya agensi. Dapatkanlah persetujuan ahli jawatankuasa, bukan kelulusan Penaung.

Aku sudah nampak kepincangan pengurusan KE. Semua keputusan telah awal-awal lagi dibuat. Perbincangan hanyalah antara Penaung, Pengerusi dan Setiausaha. Pastinya tidak mewakili kehendak semua ahli. Ahli jawatankuasa hanya dipanggil sebagai formaliti. Keputusan ditangan mereka. Kami hanya dibawa ke bilik mesyuarat untuk dipaksa bersetuju. Sebarang bantahan, akan dipatahkan oleh Penaung. Kelicikan mereka memang terserlah.

Kami semua tahu, apa-apa sahaja keputusan, Penaung yang akan untung. Contohnya buat sambutan hari raya di rumah Penaung, maka tidak perlulah lagi Penaung mengadakan sambutan raya di rumahnya, jimatlah perbelanjaannya. Sedangkan kami ahli-ahli KE sememangnya tidak pernah redha untuk duit KE dipergunakan untuk kepentingan Penaung semata.

Kami hanya mampu berdoa, "Ya Allah, murahkanlah rezeki Penaung kami, naikkanlah pangkatnya, agar cepat dia BERAMBUS dari sisi kami, barulah kami lega dan dapat hidup tenang dan bekerja dengan lebih bersemangat. Amin Ya Rabbal Alamin."

~leLabu~

nota: Aku hanya mewakili hasrat kakitangan bawahan, yang suara dan kehendak mereka tidak pernah dihiraukan. Penaung dan Pengerusi sepatutnya lebih mendekati kakitangan bawahan yang selama ini bertungkus lumus untuk kepentingan agensi. Janganlah terlalu memandang jawatan kalian yang tinggi. Roda ini berputar. Bila kalian sudah pencen, dengan tingkah laku kalian sekarang, tiada siapa yang ingin hormati (aku pun tak ingin). Biarlah orang hormati kerana sikap dan peribadi mulia, bukan kerana pangkat. Dan sekarang, terus terang, kami terpaksa hormati kalian kerana pangkat kalian, bila ia tiada,..entahlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...