Assalamualaikum,
Post kali ini aku tujukan khas kepada sesapa yang tak kawin lagi. Kawinlah cepat, kalau boleh bulan syawal nanti, cuti sekolah, kawin. Banyak faedahnya bila berkahwin ni. Macam sabda Nabi (saw), nikah itu sunnah dia. Jangan dok simpan janggut tapi tak nak nikah, itu simpan janggut sebab minat Mike Shinoda namanya.
Apa yang akan anda dapat jika berkahwin:
1. Anda akan dapat laki atau dapat bini.
2. Bagi yang laki, anda tidak perlu lagi basuh baju, masak maggi, goreng telur. Itu semua bini anda yang comel akan lakukan. Bagi yang pompuan, anda tidak perlu lagi angkat tong gas sorang-sorang, laki anda yang gagah akan lakukan.
3. Anda tidak perlu lagi menjadi monyet, bergayutan dengan telefon. Laki atau bini anda ada di hadapan anda. Cakaplah sepuas hati, tak payah bayar bil telefon beratus sebulan. Bayar lump sum masa kawin jer, lagi untung, boleh cakap sampai bila-bila, kredit tak expired.
4. Yang laki tak payah lagi singgah warung nasi kandar sebab kat rumah bini anda dah sediakan banyak lauk untuk anda. Yang pompuan kalau tak terer masak boleh beli jer kat kedai sebab sekarang laki anda dah bagi duit gaji bulan-bulan kat anda.
5. Yang laki boleh menaikkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 5 bulan (pengalaman sendiri :lol: ) dan susah nak turun. Yang pompuan boleh cuba naikkan berat badan dan boleh turun balik lepas 9 bulan 10 hari. Magik kan?
Apa? Tak cukup duit? ...Boleh cari duit. Tak tahu? ...Tanya la Shuth di link kat bawah. Klik jer...
Haha..sungguh byk ilmu pasal kawen yang aku tak tahu diterangkan disini. Mung patut tulih e-book pasal nikoh ni Li.. :-)
BalasPadamoh begitu...hohoho...
BalasPadamhahaha
BalasPadamlucula...
hahaha..nati ramai r pasni kat pjabat kadi tuk mintak kahwin cpt..
BalasPadam