- kerana membabitkan akidah. Fikir balik apa rukun Islam yang pertama. Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.
- jika tiada penyembahan tuhan-tuhan hindu/buddha/kristian, adakah perayaan deepavali, tahun baru cina & krismas? kerana wujud kepercayaan akan kewujudan tuhan-tuhan inilah maka terciptanya agama-agama, dan dalam agama-agama itu tercipta perayaan-perayaan.
- bila kita menyertai perayaan-perayaan ini, secara tidak langsung kita mengiktiraf perayaan tadi, seterusnya mengiktiraf agama-agama tadi, dan seterusnya mengiktiraf tuhan-tuhan tadi.
- bila kita mengiktiraf tuhan-tuhan lain selain Allah, maka akidah kita sudah rosak. Kita sudah mengiktiraf bahawa ada tuhan lain yang disembah selain Allah. Kita sudah kufur, bukan Islam lagi.
Kenapa pemimpin-pemimpin mengatakan tidak mengapa dan membelakangkan fatwa ulamak-ulamak, mufti-mufti?
- kerana mementingkan perhubungan antara kaum khususnya di Malaysia. Kerana mereka menganggap boleh bersatu dengan perkongsian kebudayaan/perayaan. Mereka lupa, kebersatuan manusia hanyalah melalui agama Islam. Jika bersatu boleh diwujudkan hanya dengan berkongsi perayaan, Nabi (saw) tidak akan bersusah payah mengembangkan Islam.
Adakah perhubungan antara kaum lebih penting daripada akidah sebagai muslim?
- berbalik kepada pegangan pemimpin-pemimpin tadi, jika tunjang perjuangan adalah kerana bangsa atau kaum, maka jawabnya, ya lebih penting.
- jika perjuangan semata-mata kerana Allah, maka akidah lebih penting. Akidah yang lebih perlu diselamatkan, bukannya perhubungan kaum.
Apakah jalan penyelesaian paling baik/muktamad?
- semua kaum boleh bersatu atas nama Islam - tidak kira apa bangsa, memeluk Islam, maka akidah hanya satu, tiada lagi tuhan-tuhan lain, tiada lagi agama-agama lain, dan tiada lagi perayaan-perayaan lain.
- tidak mungkin semua bangsa boleh menjadi satu bangsa. Tetapi semua bangsa boleh menjadi satu agama.
nota: Kenapa kita yang Islam, tidak mahu menurut keputusan yang pakar dalam hal agama Islam (ulamak-ulamak, mufti-mufti). Sedangkan jika dalam bidang lain, senang sangat kita menurut keputusan yang pakar (sakit - kita ikut cakap doktor, design rumah - kita percaya pada arkitek, pengiraan matematik - kita percaya kepada guru matematik). Kenapa kita sering menganggap agama sebagai benda remeh dan mengangkat diri sendiri sebagai pakar? Mengapa ketika sakit tidak pula kita menentang arahan doktor? Fikir-fikirlah, jangan kerana beberapa pemimpin itu, akidah kita rosak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan