Hari ini elok kita belajar sedikit pasal zakat. Banyak jenis zakat tetapi hari ni kita khususkan kepada zakat fitrah. Hari raya pun dah dekat, jangan lupa pulak nak bayar zakat fitrah.
Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri, keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Nilai zakat fitrah ditetapkan oleh pemerintah agama setiap negeri berdasarkan harga segantang beras (2.6 kg) /makanan ruji (ini kita ikut mazhab Hanafi, kalau ikut mazhab Syafi'i kena bagi segantang beras/makanan ruji sesuatu tempat).
Pada kebiasaannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan.
Kalau bayar kepada fakir miskin pun boleh juga. Banyak lagi asnaf-asnaf yang boleh terima zakat. Sapa-sapa student yang tak boleh balik kampung sebab takder duit tambang pun boleh pergi pejabat agama minta duit zakat.
Waktu membayar (perkataan membayar digunakan sebab pakai duit, mengeluarkan jika pakai beras/makanan ruji) zakat fitrah terbahagi kepada 5 :-
- Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
- Waktu yang paling afdhal - Sebelum sembahyang hari raya
- Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu makruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Waktu haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal
Walau bagaimanapun dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang hari raya pada satu Syawal bagi mengelakkan kesukaran kepada amil-amil yang mengutip zakat.
Berkenaan waktu yang paling afdhal mengeluarkan fitrah, terdapat banyak pendapat ulama', tetapi yang confirm ia dikeluarkan sebelum sembahyang hari raya. Seperti yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti berikut yang bermaksud :
...Maka sesiapa mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya maka itulah zakat yang diterima dan sesiapa mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari Raya maka pengeluarannya itu merupakan sedekah sahaja. (Riwayat Ibnu Majah)
Maklumat lanjut boleh didapati di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.
assalamualaikum w.w
BalasPadamunsur-unsur benda apa saja yang kena zakat?
dan bagaimana pembayarannya?