Isnin, 9 Oktober 2006

Senator Klon AP

Petikan Berita Harian 9 Oktober 2006.

PUTRAJAYA: Syarikat yang dipercayai mengklon lebih 1,000 permit import (AP) kereta sehingga mengaut keuntungan RM500,000 sebulan sejak tiga tahun lalu, didapati milik seorang senator.

Kira DuitSumber-sumber berkata, senator berkenaan disyaki bekerjasama dengan anak lelakinya, juga seorang ahli perniagaan, menjalankan kegiatan menjual AP kereta klon.

Siasatan awal Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung isu itu mendapati kerajaan memang pernah meluluskan pemberian AP kepada sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama senator terbabit.

Bagaimanapun, syarikat beroperasi di Lembah Klang sejak kira-kira tiga tahun lalu itu, dikatakan diuruskan oleh anak senator berkenaan yang menjual kereta import.

“Dalam siasatan awal, senator terbabit mendakwa beliau tidak tahu menahu kegiatan menjual AP klon dikatakan dilakukan anak lelakinya menerusi syarikat terbabit.

“Adalah tidak munasabah bagi senator itu tidak mengetahui apa-apa mengenai aktiviti anak lelakinya di syarikat miliknya sendiri. Dia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mengambil berat,” kata sumber itu.

KDRM membentuk pasukan penyiasat khas diketuai Pengarah Bahagian Pencegahan, Mohamed Adnan Ariffin menyiasat kes itu dan kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat.

Sumber itu berkata, KDRM mempunyai bukti kukuh selepas merampas 20 kereta mewah dijual syarikat itu menggunakan AP klon.

Walaupun siasatan turut dijalankan terhadap syarikat lain yang disyaki mengklon AP, KDRM memberi keutamaan kepada kes ini kerana ia mempunyai bukti konkrit terhadap senator berkenaan.

Semalam, Berita Minggu melaporkan sebuah syarikat milik usahawan bergelar Datuk disyaki mengklon lebih 1,000 AP setakat ini.

Syarikat terbabit dikatakan, menjual AP yang diklon dengan harga antara RM30,000 hingga RM40,000 setiap satu kepada syarikat pengimport yang berdaftar dengan kerajaan.

Laporan itu adalah susulan kenyataan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, Jumaat lalu yang mendedahkan tiga syarikat terkemuka akan didakwa kerana disyaki melakukan tiga kesalahan berbeza mengikut Akta KDRM 1967. - NST

nota: Senangkan nak kaya? Sebab ada pengaruh politik, mohon AP dapat, jual AP, klon pulak AP. Nak cari makan pun biarlah halal. Lepas ni jangan pulak muncul si YB Jasin backing si Senator ni sudah. Syabas KDRM yang tak takut dengan orang politik!

4 ulasan:

  1. Ni lah masalah..bcoz of money. orangdah tak fikir halal atau haram, duk fikir poket sendiri je. Tak kira menindas orang lain atau tidak..berkat ke?

    BalasPadam
  2. Pergh.. satu AP boleh jual sampai RM40k. Senang betul ye dapat duit..

    BalasPadam
  3. mana ade salah klon ap... government je kate salah.
    Paksa org beli proton tak salah.. hehe yang korang ikot apehal

    BalasPadam
  4. menteri pun pakai AP klon...saje je gimik nak nampakkan KDRM buat keje

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...