Ahad, 1 Oktober 2006

Gila Kuasa

Post kali ini adalah hasil penelitian ke atas pengurusan satu kelab sukan dan kebajikan. Aku namakan sahaja kelab tersebut Kelab Ehem-ehem (KE).

KE dianggotai oleh kakitangan sebuah agensi kerajaan yang terdiri daripada semua peringkat. Daripada pegawai hinggalah pemandu. Semua kakitangan agensi tersebut adalah ahli KE secara automatik. Dari segi jawatankuasa, Pengarah agensi adalah secara automatik dilantik sebagai Penaung KE. Secara pentadbirannya, sepatutnya Penaung bukanlah pembuat keputusan, tidak lebih sebagai penasihat sahaja.

Hari Jumaat lalu aku menghadiri mesyuarat KE untuk mencapai kata sepakat untuk jumlah duit raya kepada ahli dan mencapai kata sepakat untuk mengadakan sambutan hari raya. Namun, apa yang terjadi adalah ahli jawatankuasa tidak lebih daripada menerima arahan.

Naik berbulu aku dengar ayat ini daripada mulut Pengerusi (Timbalan Pengarah) "Kita telah bersetuju untuk mengadakan sambutan hari raya di rumah Pengarah agensi (Penaung)."

Siapa kita? Kita adalah Penaung, Pengerusi & Setiausaha KE. Jadi ahli jawatankuasa lain hanya dipaksa menerima keputusan tersebut. Apabila aku bersuara, maka awal-awal lagi Penaung menolak! Siapa Penaung untuk campur tangan urusan KE. Sepatutnya mesyuarat jawatankuasa pun dia tidak sepatutnya dijemput. Aku tidak boleh bertegang leher dengan Penaung kerana dia adalah Pengarah agensi, bos aku. Jadi terang-terang dia telah memperkudakan KE untuk kepentingan peribadi. Dan aku tidak dapat berbuat apa-apa, nanti dituduh ingkar perintah.

Pengerusi pula bersuara begini, "Kami ingin mendapatkan kelulusan Penaung untuk..."

Kenapa dapatkan kelulusan Penaung? Ini KE, bukannya agensi. Dapatkanlah persetujuan ahli jawatankuasa, bukan kelulusan Penaung.

Aku sudah nampak kepincangan pengurusan KE. Semua keputusan telah awal-awal lagi dibuat. Perbincangan hanyalah antara Penaung, Pengerusi dan Setiausaha. Pastinya tidak mewakili kehendak semua ahli. Ahli jawatankuasa hanya dipanggil sebagai formaliti. Keputusan ditangan mereka. Kami hanya dibawa ke bilik mesyuarat untuk dipaksa bersetuju. Sebarang bantahan, akan dipatahkan oleh Penaung. Kelicikan mereka memang terserlah.

Kami semua tahu, apa-apa sahaja keputusan, Penaung yang akan untung. Contohnya buat sambutan hari raya di rumah Penaung, maka tidak perlulah lagi Penaung mengadakan sambutan raya di rumahnya, jimatlah perbelanjaannya. Sedangkan kami ahli-ahli KE sememangnya tidak pernah redha untuk duit KE dipergunakan untuk kepentingan Penaung semata.

Kami hanya mampu berdoa, "Ya Allah, murahkanlah rezeki Penaung kami, naikkanlah pangkatnya, agar cepat dia BERAMBUS dari sisi kami, barulah kami lega dan dapat hidup tenang dan bekerja dengan lebih bersemangat. Amin Ya Rabbal Alamin."

~leLabu~

nota: Aku hanya mewakili hasrat kakitangan bawahan, yang suara dan kehendak mereka tidak pernah dihiraukan. Penaung dan Pengerusi sepatutnya lebih mendekati kakitangan bawahan yang selama ini bertungkus lumus untuk kepentingan agensi. Janganlah terlalu memandang jawatan kalian yang tinggi. Roda ini berputar. Bila kalian sudah pencen, dengan tingkah laku kalian sekarang, tiada siapa yang ingin hormati (aku pun tak ingin). Biarlah orang hormati kerana sikap dan peribadi mulia, bukan kerana pangkat. Dan sekarang, terus terang, kami terpaksa hormati kalian kerana pangkat kalian, bila ia tiada,..entahlah.

2 ulasan:

  1. Macam maharaja China plak yerk.. Haha.. Boss always right..

    BalasPadam
  2. biasalah tu labu..

    nak wat mcm mana, kalo bersore lebih sket nnti di'pancung'nya skt, apc, cuti dll.. mujurlah cheq dah tetap kalo idak dgn pengesahan jawatan cheq pon dier nak panchung.. hwa, hwa, hwa

    ade ke time pengesahan pencen cheq ari tu dier nak panchung siap suruh 'dayang2' dier panggil cheq mengadap lagik.. cheq gelak ja dlm ati (x leh gelak kuat2, tinger dier byk) yg cheq kesian adek2 cheq la.. yg x tau lagik mainan perkhidmatan awam dan politik pejabat nih..ketaq2 lutut nak masuk mengadap, yg sorang lagik tu sampai merembes ayaq mata kene 'bahasa' dgn 'napoleon bonaparte' opis

    cheq ambil kesempatan ni meng'amin'kan doa hang.. semoga Ilahi memberi petunjuk dan pengajaran yg setimpal dengan perbuatannya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...