Khamis, 5 Oktober 2006

Dewan Cina Bantah

Assalamualaikum,

Kalau semua baca akhbar Berita Harian hari ni, ada satu tajuk di muka utama. Dewan Cina bantah usaha bantu Melayu Pulau Pinang. Apa yang dipertikaikan adalah Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang (2005-2020). Isunya :

  1. kuatkuasakan kuota 30% bumiputera untuk unit rumah dan unit komersial;

  2. keutamaan kepada bumiputera dalam semua sektor ekonomi;

  3. 30% ruang perniagaan dalam shopping complex kepada bumiputera;

  4. kuota 30% yang tidak terjual tidak dilepaskan kepada bukan bumiputera;

  5. kuota 30% bumiputera yang tidak terjual diambil alih oleh kerajaan;

  6. penandaan plot bumiputera dalam skim perumahan.


Kenapa bumiputera di Pulau Pinang perlukan semua ini? Sebabnya, ekonomi bumiputera belum stabil. Harga hartanah di Pulau Pinang pula mahal. Kuasa beli bumiputera tidak ada. Yang akhirnya, kuasa geopolitik bumiputera di Pulau Pinang kian menipis dan terkakis.

Sampai bila pun, kuota pemilikan 30% hartanah oleh bumiputera di Pulau Pinang tidak akan tercapai selagi pendapatan kaum bumiputera tidak ditingkatkan. Kenapa?

  • pekerja kilang di level operator hampir semuanya bumiputera

  • eksekutif pula semuanya bukan bumiputera

  • bumiputera yang ingin berniaga kecil-kecilan perlu bersaing dengan peniaga bukan bumiputera yang sememangnya ada jaringan yang kuat

  • gerai di kompleks beli-belah sewanya amat tinggi

  • sebuah rumah kedai di Jelutong harga minimumnya setengah juta ringgit

  • sikap sendiri yang terlalu harapkan bantuan kerajaan


Bagi aku, yang termampu dilakukan, itulah, seperti di atas. Kita sekat. Tapi sampai bila mahu disekat? Kalau bumiputera belum mahu berubah.
Orang Cina ada kuasa beli, bumiputera tiada kuasa beli. Habis, takkanlah yang tidak terjual itu tidak dijual. Bagaimana pula dengan pemaju?

nota: cadangan-cadangan dalam draf rancangan struktur datangnya dari ofis aku, yang desk officer bahagian perumahan pulak aku. bila dewan Cina bantah, terasa pulak macam mereka membantah usaha aku. apa-apa pun, yang semua tahu, bumiputera terlalu mengharapkan bantuan. bila kita boleh berdikari?

Ada cadangan bagaimana nak tingkatkan ekonomi bumiputera?

7 ulasan:

  1. emmm keadaan ekonomi bumiputera memang kurang stabil, lagi pula keadaan di penang. melayu memang hilang kuasa beli, tapi kalau hanya nak harap pada kuota selamanya susah juga, sampai bila-bila melayu ni tak mahu sedar. terus hidup dalam dunia angan-angan nak cepat kaya tapi tak kaya-kaya juga. tapi kalau tak dibantu, susah juga. sampai bila-bila orang melayu punya ekonomi tak akan kukuh. bilalah melayu mahu sedar diri ya :)

    BalasPadam
  2. kalau tak dibantu pon susah, kalau bantu pon susah. nak bagi kail pon tanak camna?

    BalasPadam
  3. duduk kat tempat aku lagi teruk. mcm nak lepaskan kuota, kita bagi lepas, diorang cakap tak jaga melayu, bila tak lepas dia cakap taknak jaga developer melayu. susah susah. diluah mati mak, ditelahn mati bapak. sekarang ni dok kunyah-kunyah jer, tak lumat-lumat lagi.

    BalasPadam
  4. Lol nama lagi Malaysia orang melayu memang patut dapat kelebihan

    BalasPadam
  5. Li..aku nk tanya. Ada member bagitau, kuota tu kalu bumiputra tak beli dalam masa beberapa bulan buleh ditukar taraf utk dijual pada bkn bumiputera. Betul ke?

    Sebab ini tektik dibuat oleh pemaju (yang lawak nya adalah melayu jugak) bila orang Melayu nk beli, dia kata dah abes dah.. Cukup masa, dia repot kata xda orang melayu beli. Mintak kerajaan mansuhkan kuota. Last2 dia boleh jual pada Cina sebab harga dia lagi tinggi dari jual pada orang Melayu..

    Tak tahu nak cakap la golongan jenis nih...

    BalasPadam
  6. betul tu fuad. tapi sesetengah pemaju jer. aku yang handle bila diorang nak mintak pelepasan kuota bumiputera.

    bila terima permohonan diorang, ada la staff yang menyamar konon nak beli, tapi ok pulak, siap suruh datang lagi. alasan pemaju kata kuota bumiputera dah tak ada sebenarnya mengarut. kalau ada pun mungkin satu dua kes.

    hakikat sebenar, mmg bumiputera tak mampu nak beli rumah. bayangkan rumah di daerah barat daya, kawasan bayan baru starting price dah 300 000. dicampur interest semua tak ker dah lebih setengah juta. bumiputera mana yang mampu?

    pasal melayu jual melayu dalam co tu aku setuju. macam hari tu yang org politik kecoh pasal melayu pulau pinang. sebenarnya dia nak projek. cm penang dah bagi projek, kan dah senyap tu. politik melayu penang ni aku dah kenal sangat. masa tak dapat projek riuh, bila dah dapat senyap.

    panjang lagi kalo aku nak buka satu-satu pasal melayu penang nih. kata kunci senang jer, melayu penang kena cepat sedar diri dan berdikari, jgn nak harapkan bantuan kerajaan.

    contohi melayu kelantan, campak kat mana pun idup..hehe

    BalasPadam
  7. Hahak..sensitip tu..heh... :p

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...