Khamis, 12 Oktober 2006

Roda-roda Kehidupan

Tulisan ini adalah respons tidak langsung kepada catatan Fuad di Almari Buku.

Kalau nak diikutkan, roda kehidupan aku sekarang ini berada di bawah. Ukuran yang aku gunakan adalah keseronokan untuk bekerja dan menyiapkan kerja.

  • Semasa di atas : Aku rasa begitu semangat nak datang kerja. Seronok. :smile:



  • Semasa di bawah : Aku mencari alasan untuk tidak datang kerja. Tak seronok. :sad:



  • Semasa di atas : Tanggung kerja orang lain, dapat elaun tanggung kerja RM433 sebulan. Seronok. :grin:



  • Semasa di bawah : Elaun tanggung kerja dipotong, sedang aku masih lagi tanggung kerja 1 setengah orang lain. Tak seronok. :cry:


Terasa betul-betul tiada motivasi untuk bekerja, bila elaun dipotong. Dulu, aku buat kerja 2 orang aku dapat elaun, sekarang buat kerja 2 orang setengah, tak dapat elaun. Terkadang rasa sakit hati. Kerja teruk-teruk tapi tak dapat apa-apa.

Inilah roda-roda kehidupan, kejap di atas, kejap di bawah. Kejap ada, kejap tak der (macam biskut). Kejap senang, kejap susah.

Dah la kontrak dah nak abis (masa abis kontrak kira roda tu pancit ler kot). Nampak gaya kena cari kerja lain ni.

Err.., encik, ada keje kosong tak? :oops:

~leLabu~

3 ulasan:

  1. macam -macam kan resam dunia..tapi prcayalah..setiap yang berlaku ada hikmahnya..

    BalasPadam
  2. Inilah kehidupan . Masa senang ingat Allah sebut alhamdulillah, masa susah ujian dari Allah sebut astaghfirullah. Insya Allah ujian akan ditamatkan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...