Pekerja PKS, dalam perjanjiannya, hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi lima jam sehari. Dan satu lagi klausa perjanjian yang aku nak highlightkan, pekerja PKS tidak layak menuntut elaun lebih masa. Dengan kata lain;
- arahan bekerja hanyalah untuk maksimum lima jam sehari;
- dan sebab itu, jika bekerja lebih lima jam, tidak boleh menuntut elaun lebih masa.
Ini semua dipersetujui di dalam perjanjian. Situasinya begini: Pekerja PKS tadi diarahkan oleh Penaung Kelab Ehem-ehem untuk bekerja lebih lima jam, malah sampai lebih 3 jam sehari. Persoalan aku;
- adakah pekerja PKS tadi layak diberi elaun lebih masa untuk 3 jam kerja lebih masa yang diarahkan dilakukan?;
- siapakah yang melanggar perjanjian? Penaung Kelab Ehem-ehem atau pekerja PKS;
Pendapat aku, bukan pekerja tadi yang melanggar perjanjian, kerana arahan bekerja adalah oleh Penaung Kelab Ehem-ehem. Bagi aku, sepatutnya pekerja tadi dibayar elaun lebih masa, atau arahan supaya bekerja lebih masa tadi tidak dikeluarkan. Biarlah dia senang bekerja setakat 5 jam sehari daripada bekerja tanpa dibayar upah selama 3 jam.
Dalam semangat Islamnya pulak, Nabi (saw) sendiri menyuruh dibayar upah bagi setiap pekerjaan, malah sebelum kering peluhnya. (ini bukan setakat peluh dah kering, malah diperah-perah pulak keringatnya :sad: )
Penyelesaian cadangan:
- pekerja PKS tadi dibayar elaun lebih masa untuk kerja lebih masa;atau
- arahan untuk bekerja lebih masa tidak dikeluarkan;
Dengan cadangan penyelesaian di atas, bermaksud, kedua-dua yang menandatangani perjanjian bersetuju, jika Penaung Kelab Ehem-ehem meminta pekerja PKS bekerja lebih masa, maka wajarlah untuk dibayar elaun lebih masa. Jika Penaung Kelab Ehem-ehem tidak bersedia membayar elaun lebih masa, jadi tidak usahlah meminta pekerja PKS tadi melakukan kerja lebih masa.
Kerja = dibayar upah, kerja yang tidak dibayar upah, namanya adalah perhambaan. (sukarela/sumbangan ikhlas: bila pekerja tadi ikhlas bekerja. siapa yang ikhlas bekerja setiap hari tanpa dibayar upah?)
Konklusi: Apakah Penaung Kelab Ehem-ehem sedang cuba menghidupkan kembali sistem perhambaan?
nota: Dokumen perjanjian adalah standard di seluruh Malaysia. Kalau anda seorang ketua yang bertanggungjawab, anda tidak akan memaksa anak buah anda bekerja tanpa dibayar upah. Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang bijak, anda pasti kenal istilah "bend the rules..." Kalau anda seorang pengurus/pentadbir yang berani, anda pasti berani membend the rules, keranaĆ anda tahu tindakan anda menepati sunnah Nabi (saw) dan konsep perhubungan sesama manusia.
Siapa yang tidak bersetuju? Sila angkat tangan. Aku pun nak tahu macam mana nak settlekan masalah begini.
cheq rasalah.. sekiranya benar ada arahan bekerja lebih masa yang tersebut.. dan pks merasa tertekan dengan suasana bekerja tersebut makanya boleh lah dimajukan segala bahan bukti kes, dengan nama dan no kp pengadu kepada biro pengaduan awam.. ini adalah penindasan yang keterlaluan, dan akan jadik MELAMPAU sekiranya dibiarkan.. mungkin si 'atasan' tu x sedar ada orang lain yg lebih atas darinya dan dia sebenarnya dijadikan Khalifah untuk membimbing dan memberi contoh tauladan kepada org bawahan olehNya.
BalasPadamps: langit x selalunya cerah, dlm masa sekelip mata, beberapa saat, beberapa minit, beberapa jam.. dan beberapa..beberapa nasib kita boleh berubah, Tuhan Maha Adil dan pembalasannya kalau tidak cod, mungkin ansuran tapi BENAR
Ini dah kira penindasan. Kadang2 PKS pon tak brani gak nk komplen lebih2, maklumlah kadang2 kedudukan ni mempengaruhi aduan gak.
BalasPadammacam kes mengambil kesempatan aja..ish ish ish...
BalasPadammemang tak patut. saye baru nk apply PKS..tgh mencari0cari la nih..apa pun, ALLAH akn bls nanti. tak pun, luahkan..berani la sket ,kalu tak sampai bebile kena tindas.
BalasPadamSehari Dapat Satu Ribu...
BalasPadam...
Aku ada satu cdgn..klu keje lbh masa better ganti dgn cuti bergaji.Baru la adil kan?? tu pun klu keje lbh dr 5jam la..
BalasPadamala biase lah... aku keja pks skang camtu lah... walau dlm pjanjian keja 5jam jer... tapi aku tpaksa keja 8 jam gak sehari... kdg2 sampai kul 7 tau time keja byk... kena lak selalu outstation ari mgu tapi tak dapat claim pape pum...
BalasPadaminilah nasib pks cam kami huhu....
saya pon selaku pekerja pks..geram.tersinggung..denga kurangnya kebajikan yang kami terima..sepatutnya kesabaran kami dibalas dgn status tetap.tapi entah apalaa yang akan berlaku pada kami slps 6 bulan nnt,,semasa mesyuarat..xada seorang pon yang berani membantah supaya kami dapat balik awal..kami tetap dipaksa bekerja 8 JAM SEHARI tetapi dibayar hanya 5JAM SEHARI..itu semua sebb nak dapat tetap..biasa laa..nak amik ati org..msti laa buat baik dlu...KERAJAAN SNDRI BUAT UNDANG2 TETAPI NAK MENGAMALKANNYA BUKAN MAIN SUSAH,,
BalasPadam"MELAKSANAKAN ARAHAN KETUA PEJABAT DARI MASA KE SEMASA"
BalasPadamini lah perkara terakhir di dalam senarai tugas yang MENGHALALKAN segala penindasan dan penghambaabdian yang berleluasa.. apalagi yang dapat dilakukan kerana setiap penindasan yang dilakukan adalah dibenarkan. saya pun seorang pks dari 2009 sehingga sekarang masih lagi menjadi pks. skrg susah dpt kerja, tepaksa la jd pks ni kn.. biarpun x meja n krusi sndiri.. tepaksa juga kerja..
Pada pndapat saya, kerajaan mewujudkan pks ini kerana ramai yg terdesak mencari pekerjaan. langkah yg baik tetapi ada agenda di sebaliknya.. kerajaan akan rugi jika ramai pekerja tetap bergaji bulan, terima elaun mcm2 tapi x pandai kerja.. kerajaan untung ada pekerja yg dibayar gaji mengikut hari bekerja, x elaun dan x keistimewaan seperti kakitangan tetap tetapi sanggup bekerja.. adakah staf tetap yang boleh buat kerja pks??? rmai kakitngn tetap SLALU MINTA TOLONG pks wat keja mereka..
"MELAKSANAKAN ARAHAN KETUA PEJABAT DARI MASA KE SEMASA"
BalasPadamini lah perkara terakhir di dalam senarai tugas yang MENGHALALKAN segala penindasan dan penghambaabdian yang berleluasa.. apalagi yang dapat dilakukan kerana setiap penindasan yang dilakukan adalah dibenarkan. saya pun seorang pks dari 2009 sehingga sekarang masih lagi menjadi pks. skrg susah dpt kerja, tepaksa la jd pks ni kn.. biarpun x meja n krusi sndiri.. tepaksa juga kerja..
Pada pndapat saya, kerajaan mewujudkan pks ini kerana ramai yg terdesak mencari pekerjaan. langkah yg baik tetapi ada agenda di sebaliknya.. kerajaan akan rugi jika ramai pekerja tetap bergaji bulan, terima elaun mcm2 tapi x pandai kerja.. kerajaan untung ada pekerja yg dibayar gaji mengikut hari bekerja, x elaun dan x keistimewaan seperti kakitangan tetap tetapi sanggup bekerja.. adakah staf tetap yang boleh buat kerja pks??? rmai kakitngn tetap SLALU MINTA TOLONG pks wat keja mereka..