Apa kata kita baca kisah lucu ni. Untuk banyak lagi kisah lucu, boleh ke sini. Kisahnya begini,..(bukan kisah aku, kisah penulis asal cerita ni.)
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku  kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran  padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang  tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain  pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang  'konon'nya  ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus  memberi jelingannya padaku.
Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat  tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.
Apalagi, melatahlah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat  mereka  kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan  malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.  Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
 Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok  imam. Tak kiralah tok imam sembahyang maghrib ke,  isyak ke, hatta sembahyang tarawih sekalipun.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan