Salam pertemuan,
Sebelum ke tajuk utama, iaitu wajar ker tak gaji kakitangan awam dinaikkan, ini ada tajuk sampingan:
Beza Lelaki dan Perempuan Dalam Membeli Belah- lelaki - membeli belah hanya bila ada keperluan. Katakan baju. Lelaki hanya akan ke kedai untuk beli baju bila dia nak beli baju. Bila dia nak beli baju, tak kisahlah baju itu harganya ketika itu mahal atau murah, dia tetap akan beli baju itu. Itu lelaki, beli bila ada keperluan. Lepas beli, dia terus blah...
- perempuan - membeli belah bila ada offer/sale. Katakan baju. Walaupun baju dah banyak perempuan tetap akan beli baju bila dia tengok kat kedai tu ada offer/sale. Memanglah harga ketika itu murah, tapi kalo dah setiap kali ada offer/sale nak beli, tak ker rabak jugak poket tu. Itu perempuan, beli bila ada offer/sale. Lepas beli, dia tak nak blah lagi...
Ok, kembali ke tajuk utama:
Bagi yang tidak tahu, gaji permulaan bagi kerani kerajaan gred 17 (kumpulan sokongan 2) hanyalah RM600 lebih. Dan bila dicampur elaun, boleh
mencecah RM1,000 sahaja. Itu untuk gred 17, bagaimana pula dengan gred 1- 16 (kumpulan sokongan 1) ?
Tahukah anda semua, yang gred 1 ini, selepas kerja berpuluh tahun, gaji terakhir baru RM1,000? Dan sesudah bersara, pencen bulanan hanyalah RM500.
Apa kata kalo kita kaji perbelanjaan sebulan, orang biasa - naik motor, bini tak kerja, ada anak 3 semua sekolah rendah, dok rumah kos rendah:
Duit sewa/pinjaman rumah - RM200
Duit minyak - RM100
Duit makan (5 org x 3 kali makan x RM2 x 30 hari) - RM900
Bil air/elektrik/prepaid - RM50
Semua dah RM1,250.
Perbelanjaan dah lebih dari gaji. Rasanya ini
basic jer yang saya kira. Tak campur duit court mammoth, duit pengasuh, yuran sekolah, yuran tuisyen lagi ni. Yang saya kira pun paling minimum. Eh, mana ada sekarang ni sekali makan tengahari RM2?
Wajar atau tidak gaji mereka ini dinaikkan?
Kalo tanya saya, gaji mereka ini wajar dinaikkan.
Tapi bagi saya juga, hanya gaji kakitangan sokongan sahaja yang perlu naik. Gaji yang JUSA itu padan-padanlah. Mereka tidak buat apa-apa pun. Kerja hanya setakat mengarah yang dibawah. Kemudian menggunakan segala kemudahan pejabat yang disediakan, termasuk untuk ahli keluarga. Untuk apa gaji mereka ini turut dipohon untuk dinaikkan?
Berapa gaji yang JUSA ini? Jawabnya,
basic RM5,000 ke atas dan dicampur semua elaun, busuk-busuk pun dapat RM10,000. Kemudian mendapat segala kemudahan pejabat, kereta dan macam-macam lagi. Gunakan kereta kerajaan untuk pungut anak balik sekolah. Gunakan kereta kerajaan untuk bawak bini pergi salun. Pendek kata gaji RM10,000 tu semua boleh masuk bank, simpan! Berpadan-padanlah!
Sebelum saya mencarut, bye...~leLabu~
p/s: Sorry teremosional sikit. Apsallah susah sangat nak naikkan gaji kakitangan yang memang memerlukan ni. Oh, satu lagi, gaji permulaan kakitangan gred 17 ke bawah ni, di bawah garis kemiskinan. So, kakitangan kerajaan sebenarnya orang miskin di Malaysia. Orang miskin di Malaysia ni, kebanyakannya kakitangan kerajaan!
=================
UPDATE 21 MEI 2007
=================
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam pada perhimpunan hari pekerja sektor awam pada 21 Mei 2007. Kenaikan gaji adalah seperti berikut:
Gred 1-16 : Kenaikan 35%
Gred 17-40 : Kenaikan 25%
Gred 41-54 : Kenaikan 15%
JUSA : Kenaikan 7.5%
Elaun Kos Sara Hidup (COLA) dinaikkan 100%
Dan pesanan tegas YAB Perdana Menteri kepada peniaga-peniaga, jangan naikkan harga barang, kerana masih ramai pembeli yang tidak naik gaji. Kakitangan awam hanyalah sebahagian kecil pekerja di Malaysia. Jangan jadikan alasan untuk menaikkan harga barang.