Dua tiga hari ini, selain daripada isu penarikan balik buku teks sastera Bahasa Melayu SPM (ya, gua adalah sealiran dengan mereka yang menyetujui ia adalah Bahasa Melayu, bukannya Bahasa Malaysia). Yang tidak kurang hebohnya juga adalah berkaitan serbuan JAIS ke markas pengikut-pengikut Syiah.
Sebelum apa-apa, baik gua jelaskan bahawa gua adalah seorang Muslim, bermazhab fiqh Syafie. Dan sejujurnya, gua sangat bersimpati dengan saudara-saudara Islam gua yang diserbu tersebut.
Kadang-kadang gua berasakan, pada satu tahap, kita sangat asyik berpolitik. Bercakap di sini "boleh", bercakap di sana "tidak boleh". Bercakap di hadapan ramai "satu Malaysia", bercakap di kelompok dia fasal "ketuanan". Sampai satu tahap gua rasa kita sudah biasa berperangai munafik.
Tanpa rasa bersalah kita katakan Syiah adalah sesat di Malaysia. Tapi kita mengiktiraf penganut Syiah di Iran. Secara tak langsung kita katakan yang Syiah di Iran tidak sesat. Ini yang buat gua hangin satu badan.
"Panggggggg!"
Satu kaki kerusi dah patah gua karate!
Sesat di Malaysia, tak sesat di Iran. Hati gua rasa membuak-buak, berdebar-debar rasa nak bertanya soalan cepumas pada mana-mana askar bersara, masa amalan kita dihisab nanti, adakah kita akan bertelanjang bulat dan memegang panji "dari Malaysia", atau "dari Iran" supaya nanti amalan kita dihisab ikut regional. Syiah dari Malaysia masuk neraka dan Syiah dari Iran masuk syurga? Di Terengganu ada royalti di Kelate takdok royalti?
"Pangggg!"
Satu lagi kaki kerusi patah.
Gua dengan ini menyeru supaya kita semua membuka minda kita, dan mengukuhkan persaudaraan Islam kita. Gua juga ingin menyatakan bahawa gua adalah seorang Muslim, bermazhab fiqh Syafie. Dan muslim bermazhab Syiah, Ibadhi, Sunni, Sufi & Salafi adalah saudara Islam gua.
Dan gua, buat sekian kalinya, walaupun kerap kali tidak menyetujui, kali ini menyetujui bahwa Talibanisasi akan mencetuskan keganasan. Dan kalau lu sakit hati sangat dengan gua, dan ingin sekali membantah dan tetap juga berkeras bahawa Syiah adalah sesat, tak mengapa. Tapi berikan sahaja hak-hak mereka sebagai bukan Islam.
Fuuhh! Ini baru satu cerita.
Dalam akhbar hari ini adalah pulak persatuan yang tak nak terima guru yang "non-mandarin" dihantar ke sekolah mereka untuk mengajar Bahasa Melayu. Come on la pek, dah la di merata iklan kerja nak cari yang boleh cakap Mandarin, takkan cikgu nak mengajar Bahasa Melayu pun nak kena yang boleh cakap Mandarin? Ini yang gua rasa nak cadangkan supaya Malaysia tukar nama jadi Mandarin-Tamil-Malaysia ni.
"Panngggg!!"
Banyak cakap nanti gua pulak yang kena pelempang!
Isnin, 20 Disember 2010
Khamis, 2 Disember 2010
Saman Dapat Diskaun 50 Persen
Sekarang bila dapat saman kena jelaskan dalam masa 15 hari untuk dapat diskaun 50 persen. Sapa-sapa yang tak bayar selepas 30 hari akan disenarai hitam.
Gua jamin lepas ni semua pemandu di Malaysia akan disenarai hitam. Sebab?
Mana ada saman ekor dapat dalam masa kurang sebulan? Saman depan-depan jerlah..
Itu pun kalau saman tu dipos. Kalau tak dipos dan diperam nak harap rakyat Malaysia check saman online tiap-tiap hari lagilah menyakitkan hati.
Kahkahkah! Saman ekor gua tahun 2007 pun sampai sekarang gua tak terima lagi apakes? Tu pun nasib gua celik IT tergerak hati nak check online?
Kalau gua jenis asyik dok tengok awek comolot depan KLCC pastu upload youtube jer macam mana?
Kahkahkah! Inilah orang selalu kata available but not accessible. Boleh bagi diskaun, tapi tak ada siapa yang akan bayar saman ekor dalam masa kurang sebulan!
Gua pilih KLCC la macam ni!

Posted with WordPress for BlackBerry.
Rabu, 24 November 2010
Boleh Tak Kalau Tak Susahkan Orang
Gua hairan macam mana seseorang boleh bekerja dengan menyusahkan orang. Adakah semua yang bekerja di jabatan sumber manusia memang suka menyusahkan orang?
Kali ini dah masuk kali ke berapa entah gua bermasalah dengan jabatan sumber manusia.
Tiga tahun lepas kemalasan seorang pegawai di jabatan sumber manusia telah menyebabkan gua lambat disahkan pelantikan. Seterusnya secara tidak langsung menyebabkan gua hanya dapat satu pergerakan tangga gaji dalam permohonan penetapan gaji permulaan gua.
Hari ini pula, akibat kelalaian seseorang di jabatan sumber manusia di jabatan lama gua, pergerakan gaji gua tidak boleh dilaksanakan lagi tahun ini.
Ini semua kerana kelulusan pergerakan satu tangga gaji bagi permohonan gaji permulaan gua tidak direkodkan dalam buku servis gua di jabatan lama. Hanya satu pergerakan tangga gaji bagi pergerakan gaji tahunan direkodkan dalam buku servis sedangkan pergerakan satu lagi tangga gaji kerana kelulusan penetapan gaji permulaan tidak direkodkan.
Bila buku servis sampai ke jabatan baru, semuanya tidak teratur menyebabkan pergerakan gaji tahunan gua sampai sekarang tidak bergerak lagi. Gua terpaksa mencari kembali surat kelulusan gaji permulaan gua. Macam sial!
Sejak tahun 2008, gua kerugian lebih RM1k setahun kerana kebengapan dan kesalahan orang di jabatan sumber manusia.
Dan sekarang gua bakal kehilangan satu pergerakan gaji juga kerana kebengapan orang di jabatan sumber manusia yang gagal update buku servis gua.
Harap-harap satu salinan surat tersebut masih tersimpan di mana-mana.
Gua juga berdoa, kalaulah satu hari gua menjadi pegawai sumber manusia, gua akan jadi lebih teliti, kerana kesilapan gua bakal menjejaskan rezeki orang lain!
Panas sungguh rasa di hati! Cis!!!

Selasa, 9 November 2010
Melayu Pulau Pinang - Undilah Parti Komunis Lagi!
Gua baca BH 9/11/2010 edisi utara, muka surat 7 - tajuknya: "tak prihatin" Dr Hilmi dakwa tindakan kerajaan negeri ambil tanah Kampung Genting tak wajar.
......................................................................................................
Sedikit pengalaman gua dalam hal tanah mentanah di Pulau Pinang.
Seingat gua, banyak tanah di Balik Pulau adalah tanah pertanian. Jika mahu dimajukan sebagai perumahan, atau sebagai pembangunan apa pun, memerlukan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco). Mesyuarat Exco dipengerusikan oleh Ketua Menteri.
Seingat gua juga, sebelum boleh dibawa ke Mesyuarat Exco, perlu dibawa dulu ke Mesyuarat Jawatankuasa Tanah. Mesyuarat JK Tanah dipengerusikan oleh Exco Tanah. Kalau sebelum PRU 2008, exco tanah adalah orang Melayu. Ahli-ahli Mesyuarat JK Tanah adalah ketua-ketua jabatan yang ada kaitan dengan pembangunan tanah, macam pejabat daerah, pejabat tanah galian, dan lain-lain. Dan kebanyakan ahli ini adalah orang Melayu. Tapi sekarang gua tak tahu adakah arrangementnya masih lagi begini?
Seingat gua, jika tanah pertanian ingin ditukar ke tanah komersial untuk pembangunan atau lain-lain, perlu dibawa ke Mesyuarat JK Tukar Syarat Tanah Pertanian sebelum boleh dibawa ke Mesyuarat JK Tanah. Dulu JK ini dipengerusikan oleh seorang exco Melayu. Dan ahli-ahlinya juga ketua-ketua jabatan teknikal seperti pejabat tanah, PTG, JPS, JKR, PBT dan lain-lain. Kebanyakan ketua-ketua jabatan ini adalah orang Melayu. Seingat gua, kalau ada saja cadangan pembangunan tanah di Balik Pulau yang tidak menguntungkan orang Melayu atau bakal memberi tekanan kepada orang Melayu, JK ini akan dengan segera dan sebulat suara menolak cadangan tersebut. Tapi sekarang gua tak tahu adakah arrangementnya masih lagi begini?
Hari ini gua nak tanya orang Melayu Pulau Pinang: Bagaimana tanah orang Melayu di Kampung Genting & Pondok Upeh, Balik Pulau yang padat penduduk Melayu (tanah kepunyaan orang Melayu) boleh dibuat keputusan untuk diambil balik untuk tujuan pembangunan institusi pengajian tinggi? Sedangkan masih banyak tanah di Balik Pulau yang tidak ada penduduk (tanah yang tidak diusahakan) boleh diambil balik? Adakah ini cara halus untuk mengusir orang Melayu yang memiliki tanah sendiri dari Balik Pulau? Seterusnya mengusir orang Melayu keluar dari pulau Pulau Pinang?
Jawapannya mudah :
Adakah mereka ini akan memikirkan nasib orang Melayu?
Jadi, orang Melayu Pulau Pinang, undilah lagi cha-ya-nun-alif dari parti komunis untuk kesejahteraan di masa depan. Anda akan segera dihalau dari pulau Pulau Pinang.
Sejujurnya gua tak tahu perkara ini diperingkat mana. Adakah sudah diluluskan Mesyuarat Exco atau diperingkat mana. Satu saja harapan jika perkara ini telah diluluskan di mana-mana peringkat iaitu delay tactics. Tak payahlah gua nak kena sebut orang Melayu mana dari kalangan yang gua sebut kat atas nun yang boleh applykan delay tactics ni. Paham-paham lah sendiri demi maruah bangsa.
Cheh!
Benda serius macam ni pun nak gua bagitahu jugak. Tak boleh ke nak pikir sendiri? Bagi gua tulis benda merapu sudahlah, jangan sampai gua tulis benda-benda serius macam nih!

- Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, bukan orang Melayu
- Exco Tanah, YAB Lim Guan Eng, bukan orang Melayu
- Exco Pertanian, YB Law Choo Kiang, bukan orang Melayu
Adakah mereka ini akan memikirkan nasib orang Melayu?
Jadi, orang Melayu Pulau Pinang, undilah lagi cha-ya-nun-alif dari parti komunis untuk kesejahteraan di masa depan. Anda akan segera dihalau dari pulau Pulau Pinang.
Sejujurnya gua tak tahu perkara ini diperingkat mana. Adakah sudah diluluskan Mesyuarat Exco atau diperingkat mana. Satu saja harapan jika perkara ini telah diluluskan di mana-mana peringkat iaitu delay tactics. Tak payahlah gua nak kena sebut orang Melayu mana dari kalangan yang gua sebut kat atas nun yang boleh applykan delay tactics ni. Paham-paham lah sendiri demi maruah bangsa.
Cheh!
Benda serius macam ni pun nak gua bagitahu jugak. Tak boleh ke nak pikir sendiri? Bagi gua tulis benda merapu sudahlah, jangan sampai gua tulis benda-benda serius macam nih!
Selasa, 2 November 2010
Ketua Pemuda Bayan Baru? Betul Ke?
Gua dah ok dah.
Walaupun dalam event semalam ada sorang mamat tak reti bahasa. Apa kejadahnya bergaduh dengan pakcik RELA.
Gua tak tahu dan memang tak kenal Ketua Pemuda tuut Bayan Baru. Tapi semalam mamat bangang ni mengaku begitu la. Kalau dia saja-saja guna nama memang gua tak tahu.
Dalam event semalam memang sudah direka aliran pengunjung adalah satu arah. Orang lain, bila tersilap jalan, ditegur oleh pakcik RELA tak ada pulak melenting macam mamat nih. Pakcik RELA tu gua tengok menegur bukan main sopan lagi.
Tapi mamat sorang ni memang tak reti bahasa. Siap boleh meninggikan suara dengan pakcik RELA. Siap tanya siapa yang buat arahan macam tu. Kat pintu masuk pun dah tulis awal-awal mana pintu keluar. Siap mendabik dada sombong nak mampus mengaku yang dia tu Ketua Pemuda tuut Bayan Baru. Ntah betul entahkan tidak! Pakcik RELA tu pun bagi la can. Gua tengok saja. Kalau setakat pakaian smart tapi otak tak ada macam tu la perangai. Dengan pakcik RELA pun nak berlagak. Pakcik tu ikut arahan saja, dah tugas dia.
Timbalan Menteri yang datang rasmikan event tu pun boleh ikut arah aliran pengunjung yang ditetapkan. Dia ni baru Ketua Pemuda tuut Bayan Baru (kalau betul lah) dah berlagak nak mampus. Siap ugut-ugut pakcik RELA nak contact menteri bagai. Gua hairan macam mana orang muda Bayan Baru boleh lantik ketua macam ni. Itu pun kalau betul dia Ketua Pemuda tuut Bayan Baru. Tapi kalau tengok kadar kembangan lubang hidung bini dia yang ikut bangga dengan perlakuan bodoh laki dia, mungkin betullah apa yang dia mengaku...
Tapi bagi gua, kalau pemimpin pemuda dah perangai berlagak macam tu, gua tak boleh bayangkan kalau dia jadi wakil rakyat atau menteri. Hancur!
Walau apa pun, secara tak langsung mamat bangang yang mengaku Ketua Pemuda tuut Bayan Baru itu telah menunjukkan kepada pengunjung-pengunjung event semalam bahawa dia seorang pemimpin yang bangang (atau mungkin saja-saja mengaku begitu nak aibkan Ketua Pemuda tuut Bayan Baru yang sebenar). Tak standard langsung nak tunjuk lagak dengan pakcik RELA. Tak reti nak hormat orang tua. Itu pun nasib baik pakcik RELA tak cakap kasar. Kalau pakcik RELA tu lempang muka dia memang gua akan menyebelahi pakcik RELA.
Anak muda tak reti nak hormat orang tua memang wajib diberi pelempang. Atau setidak-tidaknya satu tendangan deras di rusuk kiri.
Lupakan semua tu. Lu layan gambar-gambar sepanjang event yang gua tangkap ni. Gua baru berjinak-jinak menggunakan lens 70-300mm.
Jangan komen pasal kualiti gambar! Gua tahu gua masih kayu dalam arena ini. Gambar-gambar ini belum dinodai oleh photoshop!

Antara pengunjung bijak yang hadir

Karen Tan AF yang menyanyi dan mengaku suka makan budu

Kenny G Malaysia menggayakan style Kenny G USA

Supervisor kontraktor booth: Jinaco Enterprise

Boria Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pulau Pinang

Awek booth Streamyx

Awek lama gua, Mila AF. Sampai sekarang Mila masih panggil gua "abang". heheh

Budak-budak mewarna

Band First Step

Antara pengunjung yang mencuri tumpuan lensa gua

Satu! Malaysia!

Langgan:
Catatan (Atom)