Salam pertemuan,
Agak-agaknya, ramai gadis bertudung sekarang ini
tidak faham kenapa perlu bertudung.
Saya hari ini terbaca
Pancaindera, Utusan Malaysia, kisah sorang artis yang selama ini kononnya mempertahankan prinsip bertudungnya. Artis itu tak lain tak bukan, si Salima AF.

Entah apa yang jadinya, dalam satu pementasan teater, Salima membuka tudung, berbaju yang terbuka luas dadanya, dan nampak lehernya. Apabila ditanya, Salima menyatakan masih mempertahankan prinsipnya, kerana rambut dalam pementasan teater itu adalah rambut palsu.
Jadi, mengikut kata Salima, dia masih menutup aurat, kerana rambutnya masih tidak dilihat oleh orang lain. Dangkal sungguh budak Salima ni, nampak sangat pakai tudung ikut-ikutan saja, atau mungkin untuk menarik undi semasa AF, atau mungkin sekadar mahukan imej bertudung.
(mentang-mentang Mawi cakap suka gadis bertudung.. :razz: opss, Mawi dah tak suka gadis bertudung...takder can dah Salima oii :lol: )Untuk pengetahuan Salima, dan perempuan-perempuan di luar sana, aurat wanita adalah seluruh badannya, kecuali kedua tapak tangan dan muka sahaja. Itu pun, masih lagi perlu memakai tudung yang dilabuhkan ke dada dan pakaian yang longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
Tutup Aurat...Salima, kalo tak nampak rambut, tapi nampak leher, nampak dada, itu bukan menutup aurat namanya. Dan berambut palsu itu, satu lagi larangan dalam Islam.
Salima, kalo tak nampak rambut, tapi pakai baju ketat dan nampak bonjol-bonjol dada tu, pakai seluar ketat, nampak bentuk-bentuk punggung dan paha tu, itu bukan menutup aurat namanya.
Betul Atau Tidak?...Rupa-rupanya, ramai gadis-gadis, perempuan-perempuan, dan wanita-wanita yang tidak tahu apa sebenarnya aurat. Ramai yang menyangka aurat itu adalah rambut. Jadi, kalo tutup rambut, walaupun pakai baju macam sarung nangka, baju lengan pendek ketat
nampak ketiak dan lengan berbulu, seluar ketat
nampak macam-macam lurah, maksudnya tutup aurat.
Saloh tu adek kakok wei...Ok, tamat pasal aurat, harapnya semua yang rasa nak pakai tudung, tapi tak tahu apa dia aurat, tak yah lah pakai tudung, pakai tudung bila awak dah insaf. Nanti orang ingat awak tu tahu pasal aurat, sebenarnya awak tak tahu. Awak nak imej bertudung, tapi tanpa awak sedar, awak dah calarkan imej Islam.
Ini kisah lain...Oh, jangan jadi peniaga kurang ajar dengan memaksa pembeli. Saya terlihat clip video ini di youtube dan juga di
blog Labanon.
Ini yang pertama:[youtube RdMeVhJdsPg]
Ini yang kedua:[youtube auMelCvJll8]
Saya tidak mahu komen apa-apa. Ramai yang sudah komen di youtube. Dan,
jangan cepat melatah! Macam lakonan jer...
Sehingga bertemu lagi,
~leLabu~