Yang kecoh dalam radio kelmarin adalah pasal anak-anak artis Melayu dan Islam yang sangat mesra dengan binatang peliharaan yang bernama anjing. Gambar-gambar tersebut sudah tentu tersebar diruang maya ini melalui email-email yang diforward dari satu manusia ke manusia yang lain.
Maka bertempiklah peminat-peminat dunia hiburan tempatan menuturkan perkataan, "Eh, mana boleh macam tu, HARAM tau!"
Terdengarnya saya akan hal yang demikian dikatakan oleh peminat dunia hiburan, yang kononnya mereka terlebih Islam dari yang lain, maka agak terkekek jugaklah saya.
Seorang lagi peminat berkata, nak dekat tu boleh tapi pastikan kering sama kering. Lalu disanggah pula oleh pemanggil stesen radio tersebut memberikan pandangan, eh, kering sama kering pun tak boleh, kan tu najis mughallazah.
Isk-isk-isk.
Ada pulak peminat yang memberikan pendapat, artis-artis perlulah tahu batasan dalam agama, bahawa anjing itu keadaannya adalah haram disentuh dalam Islam. Jadi, artis tadi perlulah mengajar anaknya supaya jangan bermesra sangat dengan anjing.
Ini pandangan saya...
Buat apa nak herankan isu halal ker haram pegang anjing? Kan dunia hiburan itu sememangnya dari awal lagi haram, tapi telah menjadi kebiasaan dan dihalalkan.
Wanita menyanyi, bukankah haram? Menyanyi sampai melalaikan, bukankah haram? Tader pulak peminat-peminat yang sibuk-sibuk nak nasihatkan artis tu supaya berhenti menyanyi...
Artis tu mendedahkan aurat, tayang body sana sini, bukankah haram? Tader pulak peminat yang kononnya faham agama ini melalak mengatakan itu haram, tolong bagi tudung...
Artis tu nak buat persembahan, make-up berjam-jam, sah-sah tak semayang, bukankah haram? Tader pulak peminat yang bawak rotan, jom kita semayang dulu jom...
HARAM yang sudah diterima...
Sepertinya, bila ramai yang buat, walaupun haram, maka ianya dianggap biasa, dan tiada sapa-sapa pun yang akan bising-bising...
Nanti, kalo semua anak-anak artis, atau tiba masanya setiap rumah orang Islam membela anjing sebagai haiwan kesayangan, maka semua ini akan dianggap biasa sahaja. Haram yang sudah diterima...
Banyak kalangan kita, halal-haram ini sebagai ikut-ikutan saja. Kalo ramai yang buat, itu halal. Kalo tak ramai yang buat, itu haram. Tunggulah nanti ramai yang buat, maka yang haram tadi akan jadi biasa-biasa saja...
~leLabu~
nota: Dalam Islam, anjing boleh dibela sebagai anjing perburuan atau yang mengawal kediaman dari pencuri. Weh! Sekarang ada alarm system yang canggih, tak perlu bela anjing lagi!