[audio:http://lelabu.com/audio/Al-Fatihah.mp3|autostart=yes]
Salam bahagia semua,
Kelmarin kita semua dikejutkan dengan kehilangan saudara-saudara kita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan Bukit Gantang. Saya pagi semalam mencapai Berita Harian dan membaca satu persatu berita mengenai kemalangan tersebut. Sungguh, saya menitiskan air mata membaca berita tersebut!
Nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara itu sekali gus menimbulkan semula persoalan berhubung isu pemandu yang mempunyai kesalahan trafik berulang, tetapi masih ‘bebas’ memandu kenderaan awam.
Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan, Rohizan Abu Bakar, 38, yang turut terbunuh dalam nahas kira-kira jam 4.40 pagi itu, mempunyai 15 kesalahan trafik termasuk dua waran tangkap.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata bas milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd yang didaftarkan pada 1987 itu pula mempunyai 19 saman sejak 1991. via BH 14/8/07
Inilah yang dikatakan sudah terhantuk baru terngadah. Bila benda dah jadi barulah kecoh mencari salah siapa. Apa jadahnya kalo sudah berpuluh mangsa terkorban? Maka berkokoklah semuanya mahu dilakukan itu, mahu dilakukan ini bagi mencegah kemalangan. Aci kerat jari, dalam seminggu dua lagi, semuanya akan senyap sepi, seperti tiada apa yang berlaku... aci kerat jari!
Salah siapa? Mari kita nyanyi lagu bangau oh bangau! Kalo pemandu bas tak pandu laju, bas takkan terbabas. Kalo syarikat bas tak amik pemandu tu, dia takkan pandu bas. Kalo polis dah tangkap pemandu tu, tentu dia tak diambil bekerja jadi driver bas. Kalo pemandu tu bayar saman, tentu tader waran tangkap. Kalo pemandu tu tak buat kesalahan lalulintas, tentu dia tak kena saman!
Kalo sudah 19 saman, kita yang marhaen ni tentu tahu pemandu jenis apa tu kan? Kalo dah tahu pemandu jenis apa, kenapa masih diberi stereng untuk dipulasnya?
Oh, hampir terlupa, belasungkawa kepada semua ahli keluarga 20 orang mangsa yang terkorban. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
~leLabu~
Lagu- Pusara Di Lebuhraya (Ekamatra)
[audio:http://lelabu.com/audio/Pusara Di Lebuhraya.mp3]
Aku pun kena saman. Sebab lampu motor tak nyala pada siang hari jam 12.31 pm!. Bengang jugak sebab motor aku tu dah memang sentiasa on suis lampu, tp hari tu mentol rosak (malam sebelum tu elok lagi), tak boleh toleransi langsung. Dil dil posidil ni
BalasPadamerrkk..ni kes lain ni.. hehe
BalasPadameleh.. berapa sen jer bulb tu.. berbanding alat2 scuba diving tu..