Salam bahagia,
Saya dimaklumkan oleh seorang rakan, salah satu post saya di blog ini telah dipaparkan kembali di satu laman web yang agak suam-suam kuku glamornya. Hehe, suam-suam kuku sebab saya pernah terdengar nama laman web tu tapi tak pernah baca...
Oh, tidak! Saya bukannya nak menyatakan saya akan mengambil tindakan kerana mencopy and paste post tersebut. Saya tidak kisah sangat pasal hakcipta ni. Lagi pun, semua hakcipta adalah kepunyaan Allah Subhaanahu Wa Ta'ala, bukan kepunyaan mutlak saya atau sesapa pun... :razz:
Saya cuma mahu berterima kasih kerana sudi mengambil post saya yang tidak seberapa itu untuk dijadikan tatapan dan bacaan laman web tu. Terima kasih!
Kepada sesiapa juga yang nak mencopy and paste sebarang tulisan saya, amat dialu-alukan asalkan diletakkan link asal post tu. Senang cerita asalkan tidak mengaku post tu tulisan dia dan ada diletakkan link ke blog ni, sudah!
Apa perlunya link ke blog ini? Perlunya, sebab awak dah amik post hasil karya saya, jadi tak salahkan kalau saya amik sikit pelawat laman web awak untuk saya perkenalkan kepada blog saya ni... win-win, bukan?
Dan, yang paling penting, walaupun post yang asal dari blog ini berada di laman web awak, tidak sekali-kali bermaksud saya ada kaitan dengan laman web tersebut dan maklumat-maklumat lain di dalamnya. Pernyataan ini penting bagi memastikan saya tidak dikaitkan dengan mana-mana puak atau aliran.. tak kiralah aliran apa pun!
Sekian, adanya.. Silalah copy and paste mana-mana post yang awak terasa nak letakkan dalam laman web awak... hehe :razz:
~leLabu~
saya tengok dia ada je letak linkback ke blog awk. :)
BalasPadamsaya tak kata pun dia tak letak.. malah saya berterima kasih. pesanan tu untuk yg lain-lain nanti, bukan kpd laman web tu.. hehe
BalasPadamjgn salah faham maksud post ni.
maksud post ni.. copy & paste lah,s aya tak kisah, tapi..
Artikel dalam blog aku pun kena jugak..Alahai..Rasa dah tau sapa poster tu, aku tak kisah kalau dia nak amik walaupun takda links, tapi dia letakkan sekali nama infomalaya dalam tu...Macam yang diterangkan dalam post di atas..
BalasPadamSerba salah aku jadinya, tapi harap-harap dia tak buat dah pasni..
saya tak kisah sangat dia nak copy&paste.. cuma tak mahu dikaitkan sgt dgn site-site politic.. hehe
BalasPadamfyi, saya mmg x bleh berpolitik atau ada kaitan dgn mana2 parti, pro atau pembangkang.. :sad:
aduh sedih bebenor bloger2 di atas..hehe..harap2 aku xmenerima nasid yg sama seperti kalian la..hehehe..kepada lelabu dan bat, sabar la ye..
BalasPadambukan kanh sabar itu sebahagian drpd iman..lgpun ilmu yan kalian tulis 2 akan berkembang lagi..insyallah akan menjadi ilmu yg berkat ;)
saya tak sedih.. bat yg sedih.. saya ok jer.. nnt lg ramai yg dtg sini..
BalasPadamtp ada pro and con jgk ler..
kan bagus boleh kongsi maklumat,tentu tak salah kan.
BalasPadambg saya boleh tp dgn syarat2 di atas.
BalasPadambg org lain, mungkin tak boleh sbb mereka mahu eksklusif di site mereka sahaja.
yer betul... kalo yang tak boleh memang tak boleh punya. hanya untuk blog mereka sahaja. mereka yang tulis dan bukan orang lain yang senang2 nak copy dan paste...
BalasPadambermakna psting tersebut atas nama empunya asal blog tanpa link back dan secara tak langsung empunya artikel tersebut dilibatkan dengan website tersebut?
eh, kalo review ok laa dan dengan pandangan sendiri ke atau link back ke...
yer, memang boleh copy and paste untuk kongsi maklumat, ia memang ok laa...
tetapi copy bulat2 yang tak berapa senang di hati.tak gitu???
yer yer.. gitu, gitu..
BalasPadam(sekadar menjawab soklan tu..)