Jumaat, 3 Ogos 2007

Nak Membebel Sikit

Masih ingatkah lagi awak semua, saat-saat pertama kali awak mendaftar di kolej atau universiti?

Saya tidak pasti sama ada pengalaman saya ini satu pengalaman yang saya sorang alami atau turut dialami oleh kawan-kawan yang lain.

Masihkah awak ingat, yang masa kita nak mendaftar subjek setiap semester, akan ada abang atau akak kat ofis fakulti tu yang begitu kerek sekali? Kalo kita tanya dia jawab macam tanak jawab.. dan kalo kita tanya lagi mulalah muka dia berkerut.. dan kalo kita tanya lagi mulalah diorang membebel... :sad:

Ini semua pada saya adalah satu sikap manusia yang tak sedar dek untung. Diorang tak ingat ker yang diorang tu cuma kerja kat situ. Dan diorang tu lupa ker yang gaji diorang tu kita yang bayar?

Ya, ya.. Tahu kolej atau universiti tu yang bayar.. tapi diorang tak pernah terfikir ker mana kolej atau universiti tu dapat duit nak bayar gaji diorang kalo bukan daripada yuran yang kita bayar?

Bagi pekerja-pekerja di kolej atau universiti, ketahuilah bahawa pelajar-pelajar itu adalah pelanggan utama awak. Mereka yang membayar gaji awak. Jadi, kenapa awak mahu menggigit tangan yang menyuap awak makan?

Oh, saya tidak marahkan pensyarah atau dekan atau mana-mana pegawai kolej atau universiti. Saya agak hangin dengan staff sebuah pusat pengajian seni, di sebuah universiti saudara mara, di utara tanah air, yang selalu sangat marah-marah bila ada pelajar yang bertanya semasa pendaftaran subjek baru-baru ini.

Allo kawan, kalo diorang tanya tu, sebab diorang tak tahu.. kalo diorang tahu, tadernyer diorang nak tanya lagi..

Ingat, kita kerja ni, gaji kita dari siapa. Kalo universiti tu langsung tader pelajar, kan naya nanti. Awak jugak yang tader keje, tader gaji.

Isk-isk-isk..

~leLabu~

5 ulasan:

  1. erm..itulah yg sy alami meskipun sudah menjadi senior. Hatta bertikam lidah seawal semester itu sudah menjadi subjek wajib bg sy. Meskipun byk kepahitan kerana di blacklisted kan, namun kemanisan dipandang sebagai otai tak mungkin sy lupakan. Kita ada hak utk bersuara, bukan kurang ajar tp cukuplah sekadar mempertahankan diri yg benar.

    BalasPadam
  2. hmm...aku mintak maaf la kerana aku xmengalami smua 2..aku x mengalaminya tidak bermaksud aku tidak memasuki IPTA..cuma aku belajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG)..walau bagaimanapun..aku tetap ingin memberi respon..seharusnhya kakitangan2 kolej dan universiti ni mesra pelanggan..ape guna kerajaan mengadakan kempen budi bahasa..hal ni dapat menunjukkan ketidakadaan budi bahasa dalam diri mereka..mereka tidak layak membebel kepada pelajar kerana pelajar adalah pelanggan mereka..

    BalasPadam
  3. pada saya, mereka ini bukan tidak berbudi bahasa, tapi mungkin terlupa.. maklumlah, mereka staff dan perlu layan student. mungkin pada mata mereka student itu budak-budak dan boleh diperlekehkan.. sebenarnya mereka silap..

    BalasPadam
  4. mempertahankan diri.. ya, satu tindakan yg bagus!

    BalasPadam
  5. hey..i like all ur essay..it make me dunt want to sleep..
    :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...