Assalamualaikum pembaca yang budiman,
Hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di ofis saya ini. Saya sudah memberikan notis meletak jawatan dan telah memohon pelepasan jawatan dengan izin daripada bos besar saya. Oh, ini tidak bermakna saya tiada pekerjaan. Saya perlu melaporkan diri di Kemaman, Terengganu pada 20 Ogos 2007.
Satu lagi, sepertimana yang saya war-warkan sebelum ini, jawatan saya sekarang hanya bertaraf kontrak, jadi, saya mendapat jawatan yang sama tetapi dengan status jawatan tetap. Selepas ini saya tidak tahu lagi perlu bertugas di mana..
Sejarah Ringkas
Saya mula bertugas di Pulau Pinang pada Jun 2004. Sebelum itu saya bertugas di Pasir Gudang, Johor dengan sebuah syarikat swasta. Kenangan pertama di Pulau Pinang adalah peristiwa tsunami. Ketika itu saya bekerja lebih masa di pejabat di tingkat 17 dan dapat merasakan bangunan tersebut bergoyang ketika gempa berlaku.
Saya bertemu jodoh dengan orang Pulau Pinang dan berkahwin pada tahun 2006. Sekarang ini saya sedang menunggu untuk menimang cahaya mata pertama saya.
Dan kini, saya belum pasti akan ke mana, harapnya saya masih boleh kembali ke Pulau Pinang!
Dalam Perjalanan Ke Kemaman
Dalam perjalanan ke Kemaman, Terengganu esok, saya akan cuba snap beberapa keping gambar dan saya akan terus upload ke flickr. Jadi, awak boleh ke page ini untuk melihat foto-foto yang saya uploadkan.
~leLabu~
p/s: Hanya sebahagian tajuk berkaitan dengan entri... :smile:
Selamat berpindah, tapi kenapa jauh sangat?
BalasPadamyeaaa... selamat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dengan kerjaya yang baru dan juga orang baru dan biasakanlah diri dengan suasana yang baru itu...
BalasPadamsekian terima kasih...
di mana bumi dipijak disitu langit di junjung...hehehe...kalau rezeki lelabu ade di p.penang, insyallah anda akan ke sana semula.. ;)
BalasPadam[...] dapat kerja tetap dengan gomen. Setelah bertungkus lumus berhempas pulas mencuba untuk menjadi seorang [...]
BalasPadam