Sabtu, 18 Ogos 2007

We Survived These..

Salam bahagia semua,

Dalam akhbar hari Khamis, di muka depan ada berita pasal pelajar pakai seluar ketat kena bogel. Seluar digunting dan pelajar diarahkan memakai kain batik lusuh. Reaksi saya membaca berita tersebut:
Hek eleh.. ni pun nak kecoh! Zaman saya dulu lagi teruk denda dan hukuman dia, tader nak kecoh pun! Budak-budak sekarang banyak lemak laa.. nak sangat jadi jahat tapi telur tader.. kena denda sikit ngadu kat mak bapak...

Teringat pulak masa saya sekolah menengah dulu. Memang banyak denda dan hukuman yang ada.. tapi bukan semuanya saya sempat merasa, kawan-kawan lain memang ada merasalah... :razz: Jom kita imbas kembali apa yang pernah kita alami, tapi yang paling penting, tader pun kita report sama mak bapak.. buat malu jer...

Masa kita dulu, kalau report kat mak bapak, satu jer jawapan mak bapak kita, "Ha.. padan muka!" - mak bapak kita dah tahu memang kita yang salah! :smile:

Jenis-jenis denda dan hukuman di sekolah saya dulu..

  1. Penampar Kapit - ini hukuman yang agak femes masa tu. Sekarang saya tak tahulah, sebab kerja ni kalo bos marah pun, dia bukan hukuman fizikal, lebih kepada psikologi. Penampar ni menggunakan kedua-dua belah tangan dan serentak. Sapa-sapa yang kena penampar ni akan rasa bengang telinga dia dan membara hatinya... tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  2. Rotan Conan - ini rotan yang berbahaya (Conan adalah nama Penolong Kanan HEM sekolah saya dulu). Dilakukan berturut-turut sekurang-kurangnya sepuluh rotan di bahagian belakang badan di paras pinggang. Rotan ini akan menyebabkan pedih-pedih dan bergantung kepada ketahanan kulit, dapat sarjan atau korporal... tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  3. Libasan Maut Mat Isa - libasan dengan rotan atau apa saja bahan berbentuk panjang dan boleh menyakitkan (Mat Isa adalah seorang guru baru - sebelum kahwin dia sangat lembut dengan pelajarnya, selepas kahwin, gini plak jadinya). Dilibaskan secara rambang ke mana-mana bahagian badan. Sakit memang sakitlah! Mahu tak sakit kalau libasan tu pakai batang penyapu?... tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  4. High Kick Bori - hukuman ini eksklusif bagi pelajar-pelajar nakal high rank sahaja (Bori adalah salah seorang guru Geografi merangkap guru disiplin). Bori akan mengajak pelajar tersebut untuk menjadi sparring partnernya dalam tomoi. Dan, kalau tak melawan, awak yang terkulai.. kena sepak terajang!... tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  5. Gunting Kaki Seluar - ini hukuman yang biasa. Tapi dulu, sebab kaki seluar tu besar. Kaki seluar akan di gunting dan terpaksalah pelajar tersebut membeli seluar baru yang standard dan mengikut peraturan sekolah... tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  6. Potong Rambut - ini biasa lah.. apa nak kecoh-kecoh?.. tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  7. Penampar Ustaz Aziz - hanya seorang yang saya ketahui pernah merasa penampar dari ustaz yang paling lembut dan bersopan santun ini. Penampar ditujukan di kepala dan pipi dengan kedua-dua belah tangan. Penampar singgah tanpa diduga dan bertalu-talu.. tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  8. Penampar Teacher Roshidah - hanya seorang saja yang pernah merasainya (Teacher Roshidah sangat ambil berat pelajar-pelajarnya). Rambut pelajar akan dipegang dan penampar akan singgah bertalu-talu.. tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  9. Putar Ayam Jukaf - tangan kiri pegang telinga sebelah kanan dan tangan kanan di letakkan ke lantai (jari telunjuk cucuk satu titik di lantai - Jukaf adalah guru disiplin). Kemudian pusingkan badan mengelilingi titik lantai tadi mengikut arah jam selaju mungkin beberapa pusingan. Kemudian bangun dan berjalan atas satu garisan lurus.. memang bengong laa.. tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  10. Keliling Zuzek - denda ini lebih kepada psikologi untuk memalukan (Zuzek adalah guru Add Math). Pelajar akan disuruh berjalan mengelilingi blok bangunan sekolah beberapa pusingan dan akan dilihat oleh semua pelajar yang sedang dalam kelas. Memang malu ooo, sebab semua student dah tahu kena denda.. tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!

  11. Rotanan Bervespa Sudin - rotan ini akan hadir di waktu pagi dan senja saja dan bertujuan khusus supaya pelajar ke masjid (Sudin adalah guru biologi merangkap warden asrama). Bila mendengar bunyi vespa yang gemersik itu, pelajar yang dalam perjalanan ke masjid akan segera berlari ke masjid. Sapa suruh lambat pegi masjid? Sapa yang tidak bernasib baik akan dilibas dari atas vespa!.. tapi tader pun kita report kat mak bapak kita!


Pelik kan? Kenapa pelajar sekarang hampeh sangat sampai nak report bila kena denda? Diorang tak sedar diri ke? Kalau dah buat salah tu, berlapang dadalah terima hukuman.

Ini tidak. Dah buat salah, bila cikgu denda nak salahkan cikgu pulak.. mak bapak pun satu, dok dengar sangat cakap anak-anak. Manjakan sangat anak-anak tu... Sedarlah, cikgu-cikgu mendenda, menghukum untuk mendidik, bukan nak melepas geram. Cubalah cakap elok-elok dengan cikgu, tanya cikgu kenapa denda, bukannya terus report polis, masuk surat khabar...

Oh, mungkin jugak budak-budak sekarang budak-budak lembik tapi nakal?.. hehe

Fikir-fikirlah...

~leLabu~

*ketika awak membaca post ini, saya sedang dalam perjalanan ke Kemaman, Terengganu.

p/s: Apa kata kalau awak semua pulak senaraikan jenis-jenis hukuman yang ada kat sekolah dulu.. tak kisahlah awak pernah merasa atau tak..

1 ulasan:

  1. same thing... same jer
    guru nak didik kita jadi pandai bukannya dia nak kita jadi jemuan
    tak ader faedah nyer guru tu nak denda kita sesuka ati dia??
    nak buat Per?? takkan dia sengaja nak tambah dosa ??
    masa saya kecil dulu pun saya marah guru saya sbab suka denda saya lari keliling padang n sekolah kalu tak siap keja sek..
    marah giler masa tu tapi

    kalu dia tak buat semua tu tentu sekarang saya tak kan jadi insan baik

    hehe renungkanlahhhh..........""

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...