Rabu, 29 Oktober 2008

Siput Kini Lebih Pantas



Tidak tahan dikatakan lembap macam siput babi. Siput babi ini mengambil keputusan untuk menggunakan motosikal untuk ke mana-mana. Oh! Siput babi pun boleh terbuka mindanya. Kenapa masih ada manusia yang jumud? Hehe..

Ahad, 26 Oktober 2008

Sedap Macam Kambing

Jumaat yang lalu aku dan keluarga ke Lebuhraya Peel, Penang untuk satu jamuan hari raya yang dianjurkan oleh pejabat lama aku. Dalam jamuan raya tersebut sempat berjumpa dengan kawan-kawan lama yang tak menyertai serbu raya hari tu.

Antaranya Pakchot, Kakmiah, Dato'Ayob, dan lain-lain lagi. Tak berapa hingat sebenarnya sapa yang jumpa. Macam biasa, Izz menjadi perhatian ramai dengan pipi tembam dia tu. Tapi macam biasa jugak tiada siapa yang dapat dukung dia sebab dia memang tak suka kat orang. Asyik aku ngan ibu dia sahajalah yang kena dukung dia. Sorang melantak, sorang kena jaga anak. Begitulah gilir-gilir sampai semua menu dirasa.

Menu hari tu seperti biasa ada sate, char koay teow, roti jala, bihun sup, rojak, ais kacang (atau ABC kata orang KL), dan lain-lain. Yang menjadi perhatian setiap kali jamuan raya pejabat ni adalah kambing panggang. Seperti biasa, aku nak mencuba makan kambing bbq dengan sos lada hitam ni.

Tahun lepas aku ambik satu slice kambing panggang pastu aku potong kecik. Aku cucuk ngan garpu pastu cecahkan dalam sos lada hitam yang pekat tu. Aku masukkan ke mulut, tapi tak lepas nak telan. Hari Jumaat tu, hujan renyai-renyai menjadi saksi kali pertama daging kambing masuk dalam perut aku. Sedap jugak rupanya daging kambing ni. Aku dah makan daging kambing. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku makan daging kambing. Seingat aku juga, semua ahli keluarga aku tak makan kambing. Kira aku berjaya memecah rekod keluarga!

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua rakan-rakan di pejabat lama yang menjemput aku untuk jamuan hari raya tu. Tahun depan jemputlah lagi! Jangan lupa kambing panggang lagi!

Rabu, 22 Oktober 2008

Balanced?

Antara tugas-tugas aku di pejabat sekarang ini adalah untuk menyelaras dan memantau kerja-kerja pembinaan masjid-masjid yang menggunakan peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

Sekali fikir, kalau orang yang menderma wang dan harta benda untuk masjid dikira sebagai wakaf dan pahalanya akan mengalir sehingga kiamat. Bagaimana pula dengan aku yang membanting tulang (?) menguruskan pembinaan masjid tersebut? Semoga aku ikhlas menjalankan tugas ini dan Allah memberikan pahala atas pekerjaan yang aku lakukan. Tak dapat 100% bagi pahala 1% pun jadik laa...

Tapi yang tak sedap pula.. bukan tugas membina masjid sahaja bawah tanggungjawab aku. Kerja-kerja menguruskan duit untuk pembinaan kuil dan tokong pun aku kena handle jugak. Abis macam mana tu? Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku...

Huhu..

Selasa, 21 Oktober 2008

Siapa Dalam Jamban Oiii?

Rakyat Malaysia sesungguhnya masih memerlukan didikan bagaimana untuk menggunakan tandas duduk. Giler sungguh. Nak guna jamban pun nak kena leLabu dot com ajarkan. Sungguh.



Tapi sebelum tu, hayati lagu ini, dalam dialek kelantan. Ikut melodi lagu Seiring dan Sejalan.

Tajuk Lagu : Sapa Dalam Jamban?

sapo dale jambe?
buko pintu wei bangat-bangat
kawe nak 'ok tak de
nak tubek doh ngat-ngat
ore apo berok lamo sangat?


bakpo lamo bedooh?
tak cekak doh wei kawe nanti
tak kesian ko ore doh
berok apa jak takdi
baik tende jambe baru dio reti


buko.. buko.. mengalir doh wei tubek kot poho
bangat.. bangat.. ore apo berok lamo sangat


adoii.. doi 7x
adoi.. doi 7x


(yg dalam jamban jawab)

sapa dio panggil kawe?
ore kemudian tunggu dulu
kawe tak cekak tere
kawe tak cekak teke
lekak butir duku..


adoii.. doi 7x
adoi.. doi 7x

* lagu ini telah dinyanyikan semasa modul tentera cdunkC deepiyay hari tuh. hahhaha..

Errk.. rasa tader mood la plak. Lain kali laa. Korang baca kat sini la.

Lepas kena squatjump dan frontsupport lebih kurang 700++ (mengikut kata Kumaran), semasa mengikuti modul army, aku rasa pergelangan tangan kiri aku dan kedua-dua lutut aku sakit. Aku ada masalah nak gunakan tandas cangkung dan terpaksa beralih ke tandas duduk. Tapi bila rakyat Malaysia tak tahu nak gunakan tandas duduk dengan betul, ia menyeksakan lahir dan batin aku. Tak selera bila masuk tengok pelapik tandas tu kotor dengan bekas air kencing!

Sampai sekarang, lepas beberapa bulan lutut dan tangan aku masih tak ok lagi. Apakah patut aku menyaman sesapa? Menyaman mereka yang mabuk malam itu?

Ahad, 19 Oktober 2008

Serbu Raya & NIPS

Aku teringat masa di sekolah menengah dahulu, masing-masing sibuk berpersatuan dan berkelab untuk memenuhkan aktiviti atau dalam bahasa lainnya supaya bila akhir tahun akan ada jamuan kelab atau persatuan. Arakian, kalau semuanya mahu aktif dalam berpersatuan, mana cukup ruang takkan semua nak jadi presiden, setiausaha, ajk kan?  Macam seorang sahabat cakap, kalau semua nak masuk syurga, takkan nak biarkan neraka kosong. Amaran! kata-kata sebegini boleh membawa kepada kufur.

Maka, terdapatlah sekelompok manusia yang merasakan diri mereka tidak penting dan tidak bermanfaat kepada sesiapa dan tidak menyertai mana-mana persatuan, kelab mahupun pasukan beruniform. Mereka berasakan bahawa tiada apa yang dapat mereka sumbangkan kepada kelab atau persatuan memandangkan sudah ramai yang menyumbangkan lagu idea kepada kelab atau persatuan tersebut. Jadi, mendaftar menjadi ahli pun tidak, inikan pula nak mengundi. Apa kena ngan diorang ni? Apabila sampainya hujung tahun, maka mereka berasakan diri mereka terpinggir kerana tidak dijemput ke mana-mana jamuan persatuan, kelab mahupun pasukan beruniform yang diadakan. Nak jemput apanya kalau mereka bukan ahli.

Sekonyong-konyongnya, tercetuslah buah fikiran daripada dalam kepala hotak seorang mereka untuk membuat satu jamuan bagi diri mereka sendiri. Secara tidak rasmi mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli kelab NIPS. Atau nama penuhnya Not Important Person Society. Mereka juga memperoleh persetujuan seorang guru, yang juga tidak penting di sekolah tersebut untuk menjadi penaung kelab mereka. Jadi, pada tahun tersebut, dapat lah juga mereka menyertai jamuan akhir tahun anjuran kelab. Haha.

Kreatif bukan? Bila ada sekelompok manusia dengan tujuan yang sama, mereka boleh bersatu.. hehe.

Tamat mukaddimah post hari ini. Itu cerita lama, ini pula cerita yang baru berlaku semalam.

Semalam, aku, Izz dan isteri sama-sama menyertai rombongan jalan-jalan cari pasal, serbu raya untuk tahun ini. Program ini dianjurkan oleh pertubuhan haram tidak rasmi yang belum diberi nama. Tapi keahlian kelab ini adalah terbuka kepada semua bekas-bekas pegawai dan kakitangan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, ICUJPM atau lebih dikenali sebagai unit. (opis lama aku daaa...)

Jadi, kepada semua bekas-bekas pegawai dan kakitangan unit yang berada di luar sana, daftarlah dengan kami untuk aktiviti serbu raya pada tahun hadapan. (baca dengan gaya optimus prime memanggil geng autobot yang masih bersepah di serata cerok alam-part last citer transformer tu...)

Rumah pertama yang diserbu adalah rumah Salasiah di Taman Sutera, Seberang Jaya, Penang. Pasukan awal yang menyerbu adalah Team Aku (Aku, isteri & Izz), Team Kak Nor (Kak Nor, Kak Aswa & 2 orang anak Kak Nor), Team Abang Pie (Abang Pie, Isteri dan Anak), Team Siti (Siti dan Fifi), dan Team Kak Ita (Kak Ita & anak).

Dalam serbuan ini kami telah berjaya mengesan soto ayam dan juga bihun sup ayam yang disediakan oleh Salasiah dan ibu mentuanya sambil dikacau oleh dua orang anak-anaknya. Bihun sup itu telah berjaya memikat hati kami semua kerana boleh dikatakan sedap dan carikan isi ayam goreng itu sungguh memikat hatiku. Tidak dilupakan juga air oren yang disediakan dapat menghilangkan dahaga. Juga kelihatan rendang yang tidak berjaya memikat hatiku. Huhu.

Selepas habis menggeledah rumah Salasiah, kami menawan Salasiah, ibunya dan anak-anaknya (kini dikenali sebagai Team Salasiah) sebagai tebusan dan membawa mereka ke rumah Lela untuk menggeledah rumah tersebut di lokasi Taman Desa Aman, Kulim. Mengikut maklumat risikan yang diterima, Lela dan suaminya menjalankan perniagaan menjual ikan keli, cili, lemang dan serunding. Semua bahan-bahan ini diedarkan melalui floraagrotech.blogspot.com. Kami perlu menyerbu rumah mereka supaya dapat mengesan sama ada terdapat gulai ikan keli, ikan keli goreng atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan mereka.

Misi kami di rumah Lela berjaya dilaksanakan! Kami dapat mengesan yang berikut:



Ikan keli sangat sedap jika digoreng gareng berkunyit. Tapi jangan terlalu masih nanti korang tak dapat rasa kelemakan isi ikan keli tersebut akibat terganggu dek kemasinan tersebut. Ikan keli juga sangat sedap jika digoreng berlado atau bersambal tumis.


Ikan keli goreng cicah sambal kicap sangat sedap. Namun sambal kicap lebih sedap jika diperahkan air limau nipis ke dalamnya dan dibanyakkan hirisan bawang besar dipotong dadu. Bahan-bahan untuk sambal kicap yang sedap, bawang besar dan bawang merah dipotong dadu, cabai melaka yang dipotong kecil, cabai besar yang dipotong halus, air limau nipis dan juga kicap masin dan kicap cair. Pergghhh...



Gulai ikan keli aku tak sempat nak makan sebab aku dok meratah ikan keli goreng cecah sambal kicap. Nak makan ikan keli gulai pulak nanti kenyang sangat. FYI, berat aku lepas balik DeePiYay dah turun ke 65kg daripada 76kg. Tapi bila timbang semalam, berat aku dah cecah 70kg. Ini tak bleh jadik ni...



Ulam-ulaman sungguh memikat jiwa. Tapi petai tidak boleh disentuh kerana hari ni hari nak beraya. Nanti tengah dok sembang-sembang ada yang komplen mulut bau petai.. tak ke haru.



Ulam-ulaman tidak akan lengkap sekiranya tidak ada apa yang dinamakan sambal belacan. Aku penah makan sambal belacan yang maha sedap. Bila ditanya, rahsianya adalah belacan tu kena bakar dulu, baru rasa dan aroma dia tu lebih uummpppphhhh!



Menu biasa bila hari raya kat area utara ni tak lain tak bukan adalah kasa penang. Sebab dah selalu sangat makan laksa, jadi aku tak jamah pun laksa ni. Nanti kenyang sangat plak!



Skuad serbu sedang menyusun strategi.

Selesai menggeledah dan membaham ikan keli goreng dengan sambal kicap yang sungguh sedap, kami ke lokasi yang seterusnya dengan membawa tambahan tawanan dari rumah Lela iaitu Team Lela (Lela, suami dan 2 anak) serta tebusan yang muncul entah dari mana iaitu Team CC Jamaliah (CC dan anaknya).



Lokasi serbuan seterusnya adalah rumah Che Mat yang terletak di satu lokasi yang dirahsiakan di Kulim (err..lupa apa nama tempat daa..). Kami berjaya menyerbu rumah Che Mat pada ETA1800HRS. Semasa menggeledah rumah tersebut kami telah menjumpai perkara-perkara berikut:


*rendang ayam


*lemang


*soto


*gambar rumah Che Mat

Dari sebuan di rumah Che Mat, kami terus membawa tebusan ke rumah Team Siti untuk sesi post mortem. Namun tidak semua team dapat menyertai post mortem kerana Team Abang Pie terpakasa bergegas pulang ke markas disebabkan terdapat tugasan lain yang perlu diselesaikan.

Di rumah Team Siti kami melakukan post mortem sambil makan laksa johor yang gambarnya tidak sempat diambil keran jurufoto pasukan gagal melaksanakan tugasan. Topik utama post mortem adalah berkaitan gelang tangan seperti yang dapat disaksikan dalam gambar dibawah. Semua tu real tau.. bukan zhulian punya..


*gambar gelang tangan

Sesi post mortem diselesaikan sejurus selepas maghrib dan semua team berpecah untuk kembali ke rumah masing-masing. Namun team Aku telah berjaya ditahan oleh team toys r us dan telah merampas RM129 dari dalam poket aku untuk satu kenderaan seperti gambar di bawah.



TRANSFORMM...Khuuukkaaakaaa...



Kenderaan ini mungkin boleh membantu Izz belajar berjalan.

p/s: Apa kaitannya mukaddimah dengan post, lu ppikir le sendiri!..

*Abg Pie - ex PAP, Kak Nor&Kak Aswa - ex typist, Kak Ita - ex kerani, Siti - ex PA, CC Jamaliah - ex CC, Lela - ex penolong pegawai teknologi maklumat, aku - ex penolong pengarah, Che Mat - bekas timbalan pengarah. Kami sedang mencari bekas pengarah untuk menyertai kelab kami ini.. hehe. Aktiviti tahunan adalah "serbu raya".

Khamis, 16 Oktober 2008

Jamuan Hari Raya & Nepalisma

Semalam aku menghadiri satu ceramah pasal amalan 5s. Mengikut kata penceramah daripada MPC-Malaysia Productivity Corporation tersebut, amalan 5s telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1980-an lagi. Pada awalnya amalan 5s ini difokuskan kepada bengkel-bengkel dan syarikat-syarikat kecil sahaja. Namun semenjak 1990-an ia telah dikembangkan ke industri-industri besar di Malaysia terutamanya syarikat dari Jepun.

Dalam sektor awam pula, amalan 5s baru sahaja diperkenalkan dalam tahun 2000-an (?). Dan, yang paling membanggakan, penerima anugerah bagi amalan 5s terbaik peringkat kebangsaaan 2006 adalah Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Diulangi sekali lagi, KOTA BHARU.

Sebelum ini sememangnya MPC telah cuba memperkenalkan 5s di pejabat-pejabat daerah tetapi pentadbiran kerajaan pesimis. Mereka mengatakan 5s tidak akan dapat dilaksanakan di pejabat daerah kerana di pejabat daerah terlalu banyak fail. Tapi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu berjaya melakukannya. Bravo! Aku bangga menjadi rakyat KOTA BHARU... hehe

Perkara paling seronok didengar adalah pengalaman penceramah semasa beliau ke negara Nepal. Mengikut ceritanya, di negra Nepal memang sukar untuk mencari tong sampah. Bukan sebab negara Nepal sangat bersih. Tapi sebab tong sampah merata-rata di negara Nepal. Sampah dibuang merata-rata. Mungkin sebab sudah menjadi budaya, maka hidup dalam sampah itu sudah menjadi keadaan biasa bagi mereka. TAPI, jangan salahkan warga Nepal yang mencari rezeki secara halal atau haram pulak bila tengok negara kita kotor dan masih ada sampah di tepi jalan.

Kemudiannya kami rehat tengahari dan menikmati jamuan hari raya. So, nikmatilah gambarnya sahaja...



Ramainya yang hadir dalam majlis sambutan hari raya tu. Dari seluruh negara menghadirinya. Tapi yang bestnya, yang kerja kat HQ ni siap bleh tapau lagi tu. Tak hengaaat nyer tapau. Ingat diorang jer nak melantak. Aku pun nak melantak jugak..



Menu yang kami sediakan adalah laksa Kedah dan dadih. Kedua-duanya habis.. habis lagi awal daripada yang biasa.

Antara menu yang orang (pejabat lain)  lain sediakan:

Kambing golek, BBQ sotong, ayam, udang, ketam, ikan keli, satay kajang hj samuri, cendol, ABC, nasi dagang terengganu, tapai sarimah melaka, laksa lemak kelantan, laksam kelantan, nasi briyani hamidiah penang, sup tulang, kuih lapis sarawak, kuih muih, dan macam-macam lagi la.. memang makan mewah giler semalam.



Ni masa laksa tengah banyak, ramai yang beratur nak makan laksa sampaikan kuah laksa tak cukup. Aku dengan gentlemannya pegang senduk kuah tu dan cakap, "Haa.. mai abang tolong tuang kuah noo.. buka apaa.. abang tak mau bagi kotoq tangan tu kena kuah laksa.." Err,.. sebenarnya aku takut kuah laksa tu tak cukup.. hehe



KayPi aku plak, sampai-sampai jer terus serbu gerai aku nak pekena dadih. Gaya dia pekena dadih tuh dah  lama tak dapat... haha

Tapi.. bila dah abis makan-makan tu.. tiba-tiba jer aku teringat kat warga negara Nepal seperti yang diceritakan oleh penceramah 5s tadi. Sampah merata-rata.. agaknya ada jugak warga Nepal yang join jamuan raya kitorang...



Choww!!

Selasa, 14 Oktober 2008

Ofisku Yang Tak Hebat Pun



*siap ngan model lagi.

Sebab Bard tanpa segan silu menayangkan ruang kerjanya yang merupakan sebuah bilik. Aku pun tanpa segan silu menayangkan juga ruang kerja aku yang buat masa ini masih lagi merupakan sebuah bilik.



Namun sedikit masa lagi aku akan berpindah ke ruang kerja yang merupakan sebuah cubical sahaja. Kadang-kadang tu terasa macam downgraded saja bila dihantar bertugas di Kedah ni memandangkan tempat kerja yang tak der bilik. Sebabnya dulu masa di Penang aku ada bilik, malah suatu ketika tu bilik aku tu siap mengadap laut dan dapat melihat laut selat Melaka lagi.



Dari segi tugas pula, aku rasa macam upgraded pulak. Aku tidak lagi melakukan tugas sama yang aku lakukan di Penang selama 4 tahun. Tugas di sini bagi aku lebih mencabar dan perlu lebih kerap turun padang. Walaupun masih terkial-kial memahami tugas baru, namun apapun, perjuangan perlu diteruskan. Blog ini perlu diupdate sekerap mungkin.



Haha. PTD kontrak yang baru memulakan tugas di sini sudah terkial-kial dan tercarut-carut mahu bertukar ke tempat lain. Jadi sebagai abang yang baik, seboleh-bolehnya aku cuba membantu mereka apa yang patut. Lagipun mereka semua masih lagi anak-anak gadis. Aku pun bermula sebagai pegawai kontrak, jadi aku tidak mahu mereka kekal kontrak terlalu lama, semoga mereka cepat-cepat diserapkan sebagai pegawai tetap.

*iklan.



Kepada semua pegawai lantikan persekutuan atau yang berkhidmat dengan badan berkanun persekutuan gred 41 ke atas dan sedang bertugas di negeri Kedah Darul Aman adalah dijemput menyertai pasukan perahu panjang untuk sama-sama kita mengalahkan pasuka pegawai negeri Kedah pada pesta air tahun hadapan. Sila hubungi aku atau pejabat aku. Yang takut air tak yah berangan nak masuk.

Isnin, 13 Oktober 2008

Astro Yang Hampeh

Astro yang hampeh. Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan isyarat astro yang kuat. Cara ini hanya digunakan di Balik Pulau, Penang dan tidak mendapat kelulusan daripada pembekal perkhidmatan (perlu ker?). Apa jadahnya nak mintak kebenaran kalau nak bercakap dengan manusia yang ada kat astro tu pun susah. Nak bercakap pun kena bayar duit jugak kat astro ni...

Signal Astro Paling Clear Buat Macam Ni

Aku percaya suatu syarikat penyedia perkhidmatan sewajarnya juga mempunyai pegawai khidmat pelanggan yang senang dihubungi dan sangat membantu dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Kalau dalam pekeliling kemajuan perkhidmatan awam, setiap panggilan ke sesuatu jabatan perlu dijawab dalam masa tiga deringan sahaja. Jangan biarkan pemanggil menunggu lama-lama, nanti diambil orang. Itu di pejabat kerajaan.

Apatah lagi di syarikat swasta yang mengenakan caj yang mahal secara bulanan dan juga menguasai satu perniagaan monopoli dan menindas. Pastinya khidmat pelanggannya perlu lebih cekap dan pantas. Tapi seperti biasa, mereka mendakwa mereka lebih efisien daripada pejabat kerajaan tapi gagal membuktikannya. Untuk mengelak daripada dianggap lembap menjawab panggilan pelanggan, maka mereka mencipta pelbagai alasan. Salah satu alasan adalah menggantikan panggilan dengan mesin penjawab. Selepas mesin menjawab, maka terpaksalah pelanggan menunggu lebih daripada 5 minit untuk bercakap dengan manusia yang sebenarnya, Ini satu taktik hampeh yang menyusahkan hidup aku! Juga aku perlu mengulangi memanggil lebih daripada 3 kali untuk bercakap dengan manusia. Hampehnya servis astro.

Pegawai khidmat pelanggan juga sewajarnya dapat menyelesaikan masalah-masalah remeh yang mungkin dihadapi pelanggan.

Kalau pegawai khidmat pelanggan ini bijak, sudah tentunya dia dengan cepat dapat tahu bahawa masalah aku adalah disebabkan oleh signal yang tidak kuat disebabkan kedudukan piring penerima isyarat astro itu. Tak usahlah mencadangkan supaya aku memanggil juruteknik astro untuk datang memeriksa dan mengenakan caj yang paling-paling busuk pun RM50. Sedangkan masalahnya boleh diselesaikan dengan menlonggarkan beberapa nuts sahaja.

Astro tidak habis-habis nak cekik darah rakyat Malaysia. Mentang-mentanglah dia memonopoli sistem pemyiaran ni. Sikit-sikit nak cekik darah. Dahlah nak tengok tv kena bayar bulan-bulan. Kalau siaran tu siaran terbaru tak apalah jugak, ini siaran ulangan saja yang banyak. Asyik-asyik ulang cerita sama saja! Cuba pikir logik, aku bayar untuk dapat siaran tu, pastu aku jugak kena bayar untuk pastikan untuk aku dapat tengok siaran tu. Ini dah kira double charge!

Kepada semua pengunjung blog lelabu dot com. Dengan ini aku ingin berkongsi pengalaman. Kepada semua, mana-mana yang ada masalah tak dapat tengok sesetengah channel yang dilanggan. Macam masalah yang aku hadapi, tak boleh nak tengok tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv dan tv9. Kebetulan yang tak dapat tengok semua channel bukan astro. Tak payah susah-susah. Langkahnya begini.

  1. Tekan Menu > Satellite Signal . Semak bacaan AGC anda. Kalau lebih daripada 50 tu kira elok dan semua channel tak ada masalah nak tengok. Kalau kurang maknanya signal yang anda terima tu tak kuat dan sesetengah channel tak boleh nak tengok. Pasang speaker tv anda kuat-kuat biar anda dapat dengar bunyi tut-tut tu dari tempat piring astro anda dipasang.

  2. Ambil tangga dan spannar common atau ring nombor 13. Bawak dua spannar ni. Letak tangga dekat dengan piring astro dan cuba adjust alignment piring astro tu dengan melonggarkan nuts yang ada dekat-dekat situ. Kalau alignmentnya betul, anda akan mendengar bunyi tut-tut tu. Kalau alignment tak betul anda akan mendengar bunyi orang mencarut, ceh, hampeh labu, susah jugak nak dapatkan signal ni.

  3. Kalau anda rasakan ia susah untuk dilakukan dan rela mengkayakan astro dengan servisnya yang hampeh lagi RM50 anda boleh call astro dan tunggu sepuluh minit sebleum boleh bercakap dengan pegawai khidmat pelanggannya yang lembap.

  4. Kalau anda tak nak kayakan astro dan still nak tengok siarannya (aku terpaksa langgan astro sebab susah nak dapat siaran tv kat balik pulau) anda boleh buat macam gambar di atas. hehe.

  5. Kemudian tekan OK untuk download servis dan cuba tengok siaran yang tak dapat sebelum ni.


Itulah sahaja perkongsian pengalaman saya dengan astro yang hampeh. Mari kita hidupkan budaya do-it-yourself. Kalau boleh masa first time langgan astro tu, collect dekoder dan piring tu sendiri pastu pasang sendiri. Alignment piring tu cuba jengok-jengok rumah sebelah punya. Kerja senang* jer sebenarnya. Chow.

-------------------------------------------

*senang adalah subjektif. bagi seorang pitydee yang pernah masuk hutan jadi askar, jadi polis, jadi bomba, jadi kelasi kapal dan mempunyai degree dalam electronic engineering, ia adalah kerja senang. tq.

Khamis, 9 Oktober 2008

Rebut Peluang : Kedai Kunci Bergerak



Pagi-pagi lagi aku mendengar amanat bos aku pasal betapa orang Melayu tidak pandai merebut peluang dan mencari peluang. Katanya, orang Melayu ni kalau peluang lalu depan mata pun tidak akan direbut. Apatah lagi dalam hal mencari peluang, sah-sah orang Melayu akan ketinggalan dan tidak pandai mencari peluang. Maka akan ketinggalanlah bangsa Melayu di belakang bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia tercinta ini.

Setelah dua minggu menghuni rumah sewa di Hutan Kampung maka tibalah masa untuk kami menduplicate kunci memandangkan moshuchi akan berkursus dan aku tercicir daripada mengikuti kursus induksi tersebut. Jengg! Nama orang yang dah blah dari jaypi'em ada plak. Ni yang aku tak puas hati ni!

Yang menarik perhatian aku adalah kedai duplicate kunci yang kami pergi. Mengikut petaan oleh staf moshuchi, "kedai"nya terletak dekat pokok ketapang. Maka mencari-cari dan tercarutlah kami apabila mendapati kedai itu rupanya hanyalah sebuah kedai bergerak (van dahhh..) terletakbawah pokok sebelah bus stand di tepi jalan dari Kangar ke bandar Alor Star.



Maka tanpa berlengah dan penuh berhemah kami meminta apek tu menduplicate kunci untuk kami. Haa.. kan aku dah cakap orang Melayu tak pandai cari peluang. Apek ni dengan selamba jer buka kedai kunci tepi bus stand. First time aku jumpa kedai kunci bergerak! Kalau penguatkuasa bandaraya datang pun diorang tak bleh buat apa-apa sebab sah-sah apek ni akan start van dia dan blah dari situ meninggalkan empat tiang kapcai-kapcai penguatkuasa.



Gambar di atas menunjukkan moshuchi sedang mengarahkan apek tadi duplicate kunci elok-elok. "Haa..apek aa, itu kunci lu kasi duplicate baguih baguih punya. Jangan kasi ada itu gerigis-gerigis.. nanti susah mau masok itu lubang maa... mau masuk kena licin-licin juga.. baru ada siokk..."

So, terbuktikan orang melayu tak pandai rebut dan cari peluang. Maka betullah kata-kata bos aku pagi semalam!

Sapa-sapa nak duplicate kunci bleh call nombor telefon diatas..hehe. Ini bukan iklan berbayar. Tapi moshuchi dah bayar dua ringgit kat apek tu.

Gambar Keluarga Aku.... Terbaru!

My Family

Isnin, 6 Oktober 2008

Mana Hilangnya Pahala Puasa?

Apa yang bengangkan aku bila atas jalan raya di hari raya:

  • potong sebelah kiri - Aku tahulah keta ko laju keta aku tak selaju keta ko. Tapi bila ko potong belah kiri aku jadi tak perasan ko potong ngok! Aku lebih rela ko bagi hi beam kat aku dari ko potong belah kiri.

  • bawak macam siput - Bawak keta macam siput kat jalan satu lorong yang tak bagi can aku potong. Aku tau la jalan tu jalan kampung ko tapi kampung aku jauh lagi. Aku nak kena sampai kampung aku kena bawak laju dari yang ko bawak. Kalo ko bawak macam tu dah tu tak bagi aku potong plak bila masa aku nak sampai. Ko tak per la rumah ko dekat-dekat situ jer.

  • bawak macam siput dok sebelah kanan, bagi lampu tinggi dia buat derrkk jer - Ko kalo bawak slow dok belah kiri. Tapi kalo ko tak sengaja aku tak marah. Tapi kalo dah aku bagi lampu ko buat derrkk jer aku mula la naik hangin. Ko belajar kat driving school mana?

  • traffic light kat roundabout - ini yang aku paling benci, mana punya tempat la dia belajar buat traffic light kat roundabout. Dah roundabout tu biar kan jer la roundabout. Ko nak buat traffic light lagi kat situ apa kes?

  • naik motor sembang-sembang - naik motor sembang-sembang ngan kawan yang naik motor. Pastu buat jalan tu macam jalan bapak dia punya. Aku geram jer nak langgar mat-mat motor yang macam nih.. naik motor konvoi ramai-ramai tu tak per lah, jangan dok sembang-sembang sampai ke tengah jalan plak.

  • menyelit kat tol gate - Ingat ko sorang jer nak bayar tol? Orang lain bleh beratur yang ko tak bleh beratur apa kes? Dah tak tahan sangat nak terberak?

  • pam minyak sambil borak-borak - Abis isi minyak tu start keta blah la wei! Aku pun nak isi minyak jugak, ini terhegeh-hegeh...


Agaknya pahala puasa aku hilang kat atas jalan jer... hehe.

p/s: dah la raya wei.. kerja, kerja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...