Sekarang ini, wangcyber.com sedang menganjurkan satu
SEO contest untuk bulan Jun.
Keyword yang menjadi sasaran kali ini adalah "
cari duit". Bagi yang mahu menyertai pertandingan ini, bolehlah menyelusuri syarat-syarat dan peraturannya
di sini.
Secara ringkasnya begini:Syarat-syaratnya,
- Menjadi ahli wangcyber.com di http://www.wangcyber.com/forum
- Menjadi ahli buysignal.net di http://www.buysignal.net
- Memasukkan code tertentu di laman bertanding
Cara untuk awak memenangi pertandingan adalah dengan mendapatkan
ranking 5 teratas di GOOGLE (
http://www.google.com.my sahaja) bagi keyword "
cari duit".
Hadiah-hadiahnya pula adalah seperti berikut: Tempat Pertama - RM100
Tempat Kedua - RM50
Tempat Ketiga - RM30
Tempat Keempat - RM10
Tempat Kelima - RM10
*Kumpulan Terbaik - Ebook Panduan Maybank2u.com Online Stocks setiap seorang.
================
Salam bahagia semua,
Saya rasa tentu awak dah pernah menyertai pertandingan-pertandingan seperti ini. Tujuan penganjuran
SEO contest seperti ini adalah tidak lain tidak bukan untuk mempromosikan sesuatu produk. Masakan tidak, untuk menyertainya saja awak perlu letakkan
link ke laman jualan produk tersebut.
Prinsipnya mudah saja, awak bina blog/laman web yang menarik pengunjung yang
mencari duit di google. Kemudian pengunjung tadi akan klik
link ke laman jualan sesuatu produk tadi yang ada di blog/laman web tadi.
Mencari Duit Di Google?Katakan awak adalah antara berjuta manusia di luar sana di seluruh dunia yang tahu berbahasa melayu dan teringin untuk mencari duit di internet. Tapi awak tak tahu di mana awak nak dapatkan rujukan pasal bagaimana nak cari duit di internet, pastinya pilihan utama awak adalah bertanya pakcik google, bukan? :razz:
Jadi awak pun ke www.google.com.my dan terpaparlah kotak carian. Awak masukkan
keyword cari duit dalam kotak carian tersebut dan klik
search. Maka hasil carian teratas yang dicari oleh pakcik google tadi adalah blog/laman yang telah memasuki pertandingan tadi. Awak pun klik salah satu darinya, dan di blog/laman tadi terdapatlah
link ke laman jualan sesuatu produk tadi. Awak faham?
Pertandingan ini adalah satu cara yang efektif untuk menarik kunjungan daripada pelawat yang menggunakan
search engine (seperti pakcik google) untuk mencari sesuatu berdasarkan satu-satu
keyword. Sebab itulah ia dinamakan
SEO (search engine optimization) contest!
Siapa yang mendapat faedah?
- Wangcyber.com - sebagai penganjur pertandingan, secara langsung, link ke wangcyber.com mesti diletakkan dalam setiap blog/laman yang bertanding (rujuk syarat pertama dan ketiga). Sesiapa yang ingin menyertai perlu menjadi ahli wangcyber.com (syarat pertama) dan sesiapa yang datang ke laman yang bertanding secara tak sengaja (selepas menaip "cari duit" di kotak pakcik google) akan mendengar nama wangcyber.com buat kali pertama.
- BuySignal.net - sebagai penaja utama, secara langsung, link ke buysignal.net mesti diletakkan dalam setiap blog/laman yang bertanding (rujuk syarat kedua dan ketiga). Sesiapa yang ingin menyertai perlu menjadi ahli buysignal.net (syarat kedua) dan sesiapa yang datang ke laman yang bertanding secara tak
sengaja (selepas menaip "cari duit" di kotak pakcik google) akan
mendengar nama buysignal.net buat kali pertama. Dan yang paling penting, akan ternampak link promosi ebook! - Peserta - mendapat faedah kerana dapat mempelajari ilmu SEO!
Jadi, kepada awak yang nak menajamkan
skill SEO, bolehlah sertai pertandingan ini. Kalo awak dapat tempat pertama, maknanya
skill SEO awak memang
power!
Selamat mencuba!~leLabu~
p/s: Saya tak sertai pertandingan ni, sebab saya takder skill SEO... :razz: