Sabtu, 30 September 2006

How Do I Prepare a Balance Sheet?

All balance sheets follow the same format. If it is in two columns, assets are on the left, liabilities are on the right, and net worth is beneath liabilities. If it is in one column, assets are listed first, followed by liabilities and net worth.


There are four basic steps to follow when preparing a Balance Sheet:


1. Complete the Current Asset section


Current Assets comprise anything of value that is due to the business.
They mature less than one year and comprise among others:



  • Cash

  • Accounts Receivable

  • Inventory

  • Notes Receivable

  • Other Current Assets such as prepaid expenses such as cash used to purchase in full a good or service, the benefit of which will be received within the next 12 months.

  • Insurance is the most common form of prepaid expense.

  • Miscellaneous and other current assets generally consist of small deposits or receivables.


2. Complete the Fixed Asset section and the Other Asset section and compute the total assets of your business


Fixed Assets are those that produce revenues and are not for resale. Being new, your company may not own a lot of fixed assets. They include furniture and fixtures, motor vehicles, buildings; land, renovation etc. make sure you account for depreciation. Patents, royalty arrangements and copyrights are also considered as intangible fixed assets.
When purchased, a fixed asset is recorded at cost. As it depreciates, an amount is accumulated on an annual basis and this is known as accumulated depreciation.


Gross Fixed Assets (Purchase Price - Accumulated Depreciation) = Net Fixed Assets (Book Value)


3. Complete the Liabilities section. Compute Total Liabilities.

Liabilities are claims of creditors against the assets of the business. They are debts owed by the business. There are two types of liabilities: current liabilities and long-term liabilities.


Current liabilities are accounts payable (to suppliers or other creditors); notes payable to banks (or others), accrued expenses (such as wages and salaries), taxes payable, the current-due within one year-portion of long-term debt and any other obligations to creditors due within one year from the date of the balance sheet.


Long-term liabilities are debts that you must repay within 1 year from the date of the balance sheet. This may include start-up financing from relatives, banks, finance companies or others.


4. Complete the Net Worth section


Net worth is the formula that defines the balance sheet:


Net Worth = Assets - Liabilities


Net worth is what you have left over after taking away liabilities of the business.


When this is done, you should have a completed balance sheet for your business.


Here is a sample balance sheet.



































Assets



RM



Current Assets


Cash On Hand


Cash at Bank


Accounts Receivable


Merchandise Inventory


Prepaid Expenses


Rent


Total Current Assets




300


2,200


1,600


5,500



1,200


10,800







Fixed Assets


Equipment and Fixtures


(less Depreciation)


Total Assets




1,200



12,000







Liabilities


Current Liabilities


Accounts Payable


Notes Payable, Bank


Accrued Payroll Expenses


Total Current Liabilities





1,100


2,200


500


3,800







*Net Worth = Assets ¨C Liabilities



The Balance Sheet is designed to show how the assets, liabilities, and net worth of a business are distributed at any given time. All Balance Sheets contain the same categories of assets, liabilities, and net worth.



  • Assets are arranged in decreasing order of how quickly they can be turned into cash (liquidity).

  • Liabilities are listed in order of how soon they must be repaid, followed by retained earnings (net worth or owner's equity).


Profit and Loss Account


The second primary report included in a business's Financial Statement is the Profit & Loss Account. This is a measurement of a company's sales, expenses and profitability over a specific period of time. It is also prepared at regular intervals (again, each month and fiscal year end) to show the results of operations during those accounting periods.


The P & L statements contain uniform categories of sales and expenses that include net sales, cost of goods sold, gross margin, selling and administrative expense (operating expense), and net profit.


There are two reasons why you need to prepare a P & L Statement.



  • To determine whether you are making money. It helps you monitor operations and will give you important information regarding revenues and expenses

  • You would need to submit this statement to the Inland Revenue Board as it records your business' operation. It would be used to assess taxes on profits earned.


Profit & Loss Categories


The profit and loss statement uses data from your business and three simple calculations to tell you the net profit/loss of your company. A basic P & L statement would cover:




















Net Sales - Cost of Goods Sold



= Gross Margin



Gross Margin - Selling and Administrative Expense



= Net Operating Profit



Net Operating Profit + Other Income - Other Expense



= Net Profit before Taxes



Net Profit before Taxes - Income Taxes



= Net Profit (or Net Loss)


Jumaat, 29 September 2006

Berniaga Dengan Bertimbang Rasa

Kalau anda kenal rapat dengan ahli politik dalam kerajaan, anda boleh cuba gunakan pengaruh rakan anda untuk dapatkan kontrak dengan kerajaan. Tapi bertimbang rasa lah, jangan kerana perniagaan anda, duit rakyat yang habis.

Aku ada satu cerita tentang hal ni.

Ada seorang peniaga yang kenal sangat dengan seorang pemimpin politik tertinggi di Pulau Pinang. Barang yang hendak dijual adalah set pembelajaran agama untuk budak-budak sekolah rendah (baca: sekeping kertas keras untuk belajar rukun Islam) dan buku cerita siri sang kancil (buku ini terbitan Creative).

Melalui orang politik tadi, kedua-dua bahan tadi akan dijual kepada semua sekolah rendah di Pulau Pinang. Setiap sekolah kena beli berpuluh set (baca: ofis aku beli dan bagi kepada semua sekolah). Perbekalan tadi mungkin akan libatkan lebih setengah juta ringgit (kalau jadi - tapi kami sedang cuba menepis, kenapa?)

Apa yang membebankan adalah, harga jualan yang terlampau mengarut. Sekeping kertas keras yang macam jigsaw puzzle nak dijual dengan harga RM50 (kalau kat pasar malam, ilmu yang sama, kertas yang sama boleh dapat dengan beberapa ringgit sahaja). Dan buku sang kancil yang harganya kurang dari RM20 (terkantoi harga sebab masa bagi sample dia lupa nak tanggalkan tanda harga) ingin dijual dengan harga hampir RM100. Berpada-padalah kalau nak cekik duit rakyat pun.

Memandangkan perbekalan tersebut membebankan kerajaan (baca: duit rakyat), maka terpaksalah aku menepis tawaran dengan berhati-hati, nanti terluka pulak orang politik tadi. Pelbagai alasan diberi, Jabatan Pelajaran pun tidak sokong, peruntukan pun untuk komitmen lain.

Perkara ini belum selesai, peniaga tadi masih lagi melakukan follow up melalui orang politik tadi. Dan tindakan aku, tidak membalas surat, buat-buat tidak dapat surat, tiada respon setuju atau tidak. Biar lambat, sampai dia fed up. Memang takkan diberi perhatian.

Nak berniaga pun berhati perut lah. Jangan nak keuntungan berlipat ganda dengan menjual kertas hanya kerana anda kenal orang berpengaruh. Berpada-padalah. Kami menguruskan duit rakyat.

~leLabu~

nota: sapa-sapa yang tak setuju dengan tindakan aku, sila angkat tangan. :lol:

Khamis, 28 September 2006

Bila Prinsip Dipegang

Aku terima satu email yang mengandungi fail PDF dan gambar ini. Sama-sama kita renungkan.

Presiden Iran

Presiden Iran, hanya menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat tanpa menghulurkan tangan apabila pemimpin wanita ini ingin berjabat tangan dengannya. Itulah prinsip Islam yang cukup kemas dipegangnya - iaitu: lelaki dan wanita bukan muhrim tidak boleh sewenangnya berjabat tangan.

Ahmadinejad sedikit pun tidak merasa janggal atau malu untuk berpegang pada prinsip Islam. Bahkan dia sangat berbangga dengan Islam yang dianutinya. Biarlah apa orang kata. Prinsip tetap prinsip. Mungkin perkara seperti ini dipandang remeh oleh sesetengah orang. Tapi, bayangkanlah. Kalau perkara “seremeh” ini pun beliau sangat bertegas, bagaimana pula dengan hal yang lain?

Atas ketegasan pada prinsip Islamlah, maka IRAN menjadi negara umat Islam yang paling digeruni oleh Barat. Memang itu sunnah Allah. Umat Islam akan digeruni oleh lawannya, hanya apabila mereka berpegang teguh dengan prinsip dan aqidah Islam itu sendiri.

Siapakah yang patut berbangga dengan prinsip Islam kalau bukan umat Islam sendiri? Bagaimana dengan kita?

nota: di-copy & paste dengan sedikit pindaan.

~leLabu~

Rabu, 27 September 2006

Nafsu Bulan Puasa

Dari tengahari lagi dah pikir nak beli apa untuk berbuka. Teruk jugak nafsu bulan puasa nih. Kalau nak kata syaitan yang goda, syaitan dah kena rantai. Nampak sangat yang nafsu kita yang berlebih-lebih.

Ini adalah kisah orang tua-tua Kelantan bagitahu, asal-usul nafsu jahat (aku sendiri tak tahu mana diorang dapat, tapi aku dapat daripada seorang nenek la..betul atau tidak, wallahu a'lam.)

Mengikut kisahnya, zaman dahulu ada seorang budak yang sangat jahat dan perangainya lebih kurang setan jugak. Memang jahat gila budak nih. Dan terkenallah di seluruh alam akan kejahatan budak nih. Nama budak ni Hempedu.

Bubur AsyuraSebab tak tahan dengan kejahatan budak ni, maka disepakatilah oleh semua orang kampung untuk mengenakan budak nih. ( :!:Ingat, cerita ini adalah karut marut dari orang dulu-dulu). Maka pada bulan asyura, ketika orang kampung sibuk mengacau bubur asyura, budak Hempedu ni pun dijemput sekali untuk jadi pengacau (pengacau bubur asyura, budak pengacau majlis). Ketika Hempedu asyik mengacau, orang kampung pun menolak Hempedu masuk ke dalam kawah bubur tadi. Lalu jadilah Hempedu tadi bubur asyura dan diberikan kepada semua manusia untuk makan.

Dan sampai hari ini lekatlah Hempedu di dalam tubuh manusia. Jadi, manusia ikutlah jahat Hempedu tadi. Sebab itu, bila degil sangat, orang Kelantan cakap, "Kerah pedal!!" Mak aku pulak selalu cakap, "Kerah hempedu!!" Tidaklah pulak aku ketahui adakah hempedu sama dengan hempedal :???: (tolonglah jawab, sama ke tidak :roll: )

Jadi, jahat dalam bulan Ramadhan, sebab tak ada syaitan, adalah sebab daripada nafsu kita sendiri.

Banyak lagi kisah karut marut orang tua dulu-dulu. Mungkin jugak cerita ni direka-reka untuk budak-budak kecil, supaya tidak jadi jahat, nanti jadi bubur. Wallahu A'lam.

~leLabu~

Selasa, 26 September 2006

Tong Gas Meletup

Tong Gas MeletupBeberapa hari sebelum puasa...

"Kaboom!!"

"Opocot, mak kau!!".. (melatah jugak bini aku nih.. ;-) )

Tong gas masak di sebuah rumah meletup. Kuat jugak bunyinya. Bergegar jugak rumah aku. Satu kampung keluar mencari. Asap hitam sudah naik berkepul-kepul di udara. Malam yang sunyi sudah jadi huru-hara.

Itu baru satu tong gas memasak meletup. Nasib baik tong gas tu di luar rumah. Tiada nyawa terkorban, tiada insan tercalar. Api yang marak, cepat-cepat dipadam penduduk kampung. Semua lega. Aku pun masuk ke bilik kembali.

Satu tong gas meletup dah bergegar satu kampung, macam manalah agaknya kalau bom meletup - Lubnan, Palestin, Iraq, Afghanistan.

~leLabu~

Isnin, 25 September 2006

Antara Tersurat Dan Tersirat

Relax sekejap, baca cerita di bawah, :-)

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.

Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing.

Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas, "STANDARD CHARTERED". Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi " BESAR, TEGUH, PERAMAH", maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana. Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, "NESCAFE". Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut, berbunyi, "NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR". Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.

Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? "anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku, sampai hati mereka, hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun!"

Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi "Beep, beep" tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. "CATHAY PACIFIC" Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi, "7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!"

nota: Jangan bayangkan apa-apa. Anda sedang berpuasa!!

~leLabu~

Ahad, 24 September 2006

How Useful Are Financial Statements?

A financial statement will tell you and others the state of your business. The three financial statements you would most likely prepare at the start would be a balance sheet, an income or profit and loss statement, and a cash flow statement.

A balance sheet is a formal document that follows a standard accounting format showing the same categories of assets and liabilities regardless of the size or nature of the business. It provides an overview of a business' health at a point in time. It is a summary of what the business owns (assets) and owes (liabilities) and is generally prepared at the close of an accounting period such as month-end, quarter-end, or year-end.

As a new entrepreneur, you should view your Balance Sheet as an important decision making tool. It would help therefore, to prepare it on a regular basis rather than at the end of your financial year.

Sabtu, 23 September 2006

Imsakiah Ramadhan

Ramadhan hampir menjelma, esok.

Yang perlu diceritakan, dalam dua tiga hari sebelum ini, aku menerima banyak helaian kertas. Rasanya dalam empat lima helai sehari. Kandungannya sama saja, waktu solat, waktu imsak dan waktu berbuka puasa. Kalau ada 100 pembekal, akan dapat 100-lah imsakiah. (aku kurang pasti, betulkah dipanggil imsakiah, rasanya betul..)

Walaupun isi kandungannya sama, tapi ada sesuatu yang tidak sama. Ya, nama pembekal, nombor telefon, dan sedikit catatan bahan-bahan yang boleh dibekalkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Senang ceritanya, ada ruang untuk promosi di helaian imsakiah tersebut.

Yang sedang bergiat aktif dengan perniagaan, tidak kiralah konvensional atau internet, helaian imsakiah boleh menjadi medium pengiklanan yang berkesan. Kosnya pun tidaklah sebesar mana, lebih kurang RM50 untuk seribu helai. Paling tidak pun, nama perniagaan anda (di imsakiah tersebut) dilihat setiap hari, 30 hari sepanjang bulan Ramadhan.

Oh, ya! Kalau diedarkan sekarang, mungkin sudah terlambat. Aku sendiri sudah menerima hampir 20 helaian (tapi aku tampal satu sahaja :grin:). Mungkin tahun depan perhatian umat Islam seluruh Malaysia dapat ditarik dengan helaian imsakiah daripada anda semua!

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

~leLabu~

Jumaat, 22 September 2006

Aku Atau Saya?

Sebenarnya aku terlupa di mana aku terbaca satu komen, atau catatan fasal penggunaan ganti nama 'aku' dan 'saya' dalam kehidupan sehari-harian di blog AkiraSuri (terima kasih kerana mengingatkan). Catatan tersebut berkisar tentang kebiadaban penggunaan ganti nama 'aku' dalam percakapan seorang budak kecil. Persoalan, adakah ganti nama 'aku' itu menjadi biadab?

Jawapan paling senang, bergantung kepada di mana dan kepada siapa pertuturan itu. Di sesetengah tempat, 'aku' itu ganti nama yang biasa saja dan tidaklah dianggap biadab. Tapi kebiasaannya dalam kekeluargaan Melayu, jika bercakap 'aku', 'engkau' dengan ahli keluarga boleh jadi biadab. Namun bukan itu yang aku ingin perkatakan.

Seumur hidup aku, aku pun tidak pernah menggunakan perkataan 'aku' untuk bercakap dengan yang lebih tua, atau ahli keluarga. Tapi akhirnya aku terfikir juga, bahawa aku itu adalah perkataan ganti nama yang paling natural, ganti nama yang paling ikhlas. Kenapa? Sebab ia boleh merapatkan hubungan sesama.

Ketika bersoliloquy sendiri : "Kenapalah aku begini..kenapalah aku tidak..." bercakap dengan diri sendiri, 'aku' digunakan. Tidak pernah pula berangan-angan dengan, "Nanti saya besar...saya nak buat ini esok.." Bercakap sendiri pada aku paling tulus, tidak perlu hipokrasi melindungi diri daripada apa yang dicakapkan di dengari orang lain.

Dan yang paling penting, bila berdoa pun, ganti nama 'aku' digunakan. Contoh: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu." Tiada rasanya yang berdoa. "Ya Allah, saya memohon kepada Awak.." Kesimpulan, bahasa yang paling tulus adalah ganti nama 'aku'. Tidak terniat pun untuk berkasar jika 'aku' itu digunakan. Melatah pun, guna 'aku'.

Sekadar pendapat, tidak semestinya yang kasar itu kasar.

~leLabu~

Khamis, 21 September 2006

Why Is Financial Management Necessary?

Financial management in the small firm is important because you have to rely primarily on trade credit, bank financing, lease financing, and personal equity to finance the business. There is a much more severely restricted set of financing alternatives than those faced by the financial vice-president or treasurer of a large corporation.

On the other hand, many financial problems facing a start-up are similar to those of larger corporations. For example, the analysis required for a long-term investment decision such as the purchase of machinery or the evaluation of lease-buy alternatives, is essentially the same regardless of the size of the firm although the financing alternatives available to the firm may be radically different.

One area of particular concern for the smaller business owner lies in the effective management of working capital. Net working capital is defined as the difference between current assets and current liabilities and is often thought of as the "circulating capital" of the business. Lack of control in this crucial area is a primary cause of business failure in both small and large firms.

Rabu, 20 September 2006

Rule 44 - Have A Game Plan, But Keep It Secret

No one knows what goes on inside your head. No one knows what lofty heights you aspire to. No one knows what you are really up to. :!: remember Rule 40: Know what you're actually doing. So you can work on your game palan and be doing your job well at the same time. Your game plan should incorporate both long- and shortterm goals.

Why keep it secret? Because the game plan of your company, your team or even your boss may not exactly match your own game plan. This is a personal game plan and should be kept to yourself to protect your dreams and hopes and aspirations.

I think you got it. I better pen off. Bye. 8-)

Selasa, 19 September 2006

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Assalamualaikum,

Skodeng Anak BulanSelamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Dalam beberapa hari lagi, anak bulan Ramadhan akan muncul. Semoga bulan Ramadhan tahun ini menjadi medan untuk kita sama-sama menambahkan amal dan meminimumkan semua perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Sebagai panduan dan peringatan bersama, perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:

(jangan anggap anda tahu segalanya, bacalah untuk peringatan bersama) 

Isnin, 18 September 2006

Google Adsense Is Dead

Good day,


News I read, someone claimed that Adsense is dead. To make sure you don't left behind with this news, please check out for yourselves either that was just a product gimmick or the truth. Check it out here.


~leLabu~





Sabtu, 16 September 2006

Bagaimana Makcik Kira Baki

Duit Makcik Jual IkanAku terkenang, ketika kecil-kecil dulu, melihat makcik-makcik menjual ikan. Aku tinggal di sebuah kampung yang berhampiran dengan kampung nelayan. Tiap-tiap petang ada makcik menjunjung besen yang penuh dengan ikan. Ikan-ikan tersebut dijual kepada orang-orang kampung. Persoalan yang bermain dalam kepala ketika itu, kalau makcik jual ikan ini tidak pernah bersekolah, macam mana nak buat kira-kira untuk bagi baki (bila orang membeli, bagi duit besar, dan kena bagi baki).

Matematik mudah. Makcik tadi tak pandai kali, bahagi dan tolak. Tapi makcik tadi pandai campur (tambah). Dalam urusan jualan harian, makcik pakai operasi campur sahaja. Contohnya, kalau jualan RM5.40, dan pelanggan bagi sekeping duit kertas RM10, maka begini kira-kiranya : Jualan RM5.40 + 60sen, jadi RM6, + RM4 jadilah RM10. Untuk memulangkan baki kepada pelanggan, makcik cuma ambil RM10 tadi dan simpan, kemudian mula kira (ambil duit untuk jadikan baki) RM5.40 (sebutan pengiraan bermula dari nilai jualan) + 60sen (duit baki sebenar bermula, makcik bagi terus duit ni kepada pelanggan - jadi RM6) + RM1 (jadi RM7) + RM1 (jadi RM8) + RM1 (jadi RM9) dan + RM1 (jadi RM10). Pengiraan makcik berhenti setakat RM10 sebab pelanggan tadi bagi not RM10. Kalau pelanggan bagi RM50, makcik akan berhenti mengira bila dah sampai RM50.

Senang cerita, tiada operasi tolak. Kesimpulan aku, ketika itu, untuk berniaga, hanya perlukan operasi campur, matematik yang susah-susah tolak tepi dulu. Hehe ;-)

Jumaat, 15 September 2006

Carilah Yang Original

Relax sekejap, kita baca cerita ni...

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri.:oops: Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya. Kemudian berkatalah orang tuanya, "Sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri, carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.":cool:

Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun dan keoriginalannya belum lagi diketahui. Setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama. :???:

Pada malam pertamanya si suami pun memakai kondom untuk membuat perancangan keluarga. Kebesokan harinya, si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya betul betul original. Kemudian orang tuanya pun bertanya, "Macam mana engkau tahu laki engkau tu original?" :shock:


Anaknya dengan selamba dan megah pun berkata,"Suami saya punye lerr original sebab PLASTIK pun tak buka lagi!!" ;-)

Moral, jangan lurus bendul cam si isteri tu. :razz:

Khamis, 14 September 2006

JomHost.Com, Revisited

Rasanya sudah sebulan lebih aku setup blog ni dengan menggunakan pakej hosting yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Dan tidak lama selepas membeli domain name dan hosting ini, barulah aku tahu yang provider hosting ni adalah senior aku semasa di Smach dulu. Rasa macam Malaysia ni kecik sangat, mana-mana pergi pun, asyik berjumpa dengan kenalan lama.


Sebenarnya aku tak berapa ingat pun senior ni. Sebab masa sekolah dulu aku tak glamor sangat (sampai sekarang pun :-( ) dan senior ni pun rasanya bukanlah glamor sangat (jangan marah aaa :-P ). Mula tahu yang dia senior aku bila berforum di smach.org. Barulah tahu yang dia ni batch 1995.


Dan kini telah tiba satu perkhidmatan web hosting yang memenuhi keperluan pelbagai peringkat, yang pastinya disediakan oleh senior ni. (Kalau tidak buat apa aku bercerita panjang lebar sampai dua perenggan di atas). Dengan harga yang sukar untuk ditolak dan perkhidmatan yang unggul, anda pasti akan menjadikan JomHost.Com rakan perniagaan anda di internet (tolong promote nampak, ;-) ).
Kadar harga web hosting JomHost.Com cuma RM20 setahun. Satu kadar yang mampu dimiliki oleh sesiapa (anda, rakyat Malaysia, che kiah etc)! Dengan fleksibiliti yang ada, pakej hosting boleh dinaiktaraf pada bila-bila masa.


Proses pendaftaran web hosting dan domain name akan mengambil masa kurang dari 12 jam waktu bekerja selepas bayaran dan pesanan diterima oleh pihak JomHost.Com.


Servis dan mutu yang pasti memuaskan dengan jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari. Klik di banner di bawah untuk maklumat terperinci, dan jangan lepaskan peluang ini! ;-)




Rabu, 13 September 2006

What Is Financial Management?

Financial management is the use of tools to reflect the financial health of a business. It enables you to plan, using projections, the future financial performance for capital, assets, and personnel requirements. It will also permit you to maximize the return on shareholders' investment.


Cash gets consumed in many ways in business. In recent years, high growth companies, especially those involved in ICT and manufacturing have found that revenue gets consumed in areas previously unanticipated for. For example:


1. volatile interest rates
2. excess inventory
3. overdue accounts receivable


All of these will have a negative effect on your balance sheet. It would be wise to anticipate them and plan for ways in which you could increase your cashflow, through more sales, investments, loans etc.

Selasa, 12 September 2006

What Are The Tools of Financial Planning?

The tools required to prepare a financial plan for your business's development, include the following:


Basic Financial Statements - the Balance Sheet and Statement of Income
Ratio Analysis - a means by which individual business performance is compared to similar businesses in the same category
The Pro Forma Statement of Income - a method used to forecast future profitability
Break-Even Analysis - a method allowing the small business person to calculate the sales level at which a business recovers all its costs or expenses
The Cash Flow Statement - also known as the Budget identifies the flow of cash into and out of the business
Pricing formulas and policies - used to calculate profitable selling prices for products and services
Types and sources of capital available to finance business operations
Short- and long-term planning considerations necessary to maximize profits


The entrepreneur who understands these concepts and uses them effectively to control the growth of the business is practicing sound financial management thereby increasing the likelihood of success.


As a new entrepreneur, you must get into the culture of being continuously alert to changes in working capital accounts, the cause of these changes and the implications of these changes on the financial health of the company.


One convenient and effective method to highlight the key managerial requirements in this area is to view working capital in terms of its major components:



































Components of working capital




Item




Description



1. Cash and Equivalents



Usually marketable securities or short-term certificate of deposit.



2. Accounts Receivable



Monies owed by clients.



3. Inventories



Stock at hand often makes up about 50% or more of a firm's current assets.



4. Accounts Payable and Trade
Notes Payable


Trade credit is often a major source of financing for the firm. The amount of money owed to suppliers should be reasonable in relation to purchases.



5. Notes Payable



Notes payable to banks or other lenders are a second major source of financing for the business. Keep a check on the amount of bank borrowing employed and make sure that the debt amount is reasonable in relation to the equity financing of the firm.



6. Accrued Expenses and Taxes
Payable




These are obligations of the firm as of the date of balance sheet preparation. Accrued expenses are items such as salaries, interest payments on bank notes, insurance premiums and similar items.



1. Cash and Equivalents


This form of assets, cash and cash equivalents (usually marketable securities or short-term certificate of deposit) requires constant supervision. A well-planned and maintained cash budgeting system is essential to answer key questions such as:


1. Is the cash level adequate to meet current expenses as they come due?
2. What are the timing relationships between cash inflows and outflows?
3. When will peak cash needs occur?
4. What will be the magnitude of bank borrowing required to meet any cash
shortfalls?
5. When will this borrowing be necessary and when can repayment be
expected?


2. Accounts Receivable


Almost all businesses are required to extend credit to their customers. Key issues in this area include:


Is the amount of accounts receivable reasonable in relation to sales?
How rapidly are accounts receivable being collected?
Which customers are "slow payers"?
What action should be taken to speed-up collections?


3. Inventories


Inventories often make up 50% or more of a firm's current assets and therefore, deserve close scrutiny. Key questions, which must be considered, include:



  • Is the level of inventory reasonable in relation to sales and the operating characteristics of the business?

  • How rapidly is inventory turned over in relation to other companies in the same industry?

  • Is any capital invested in dead or slow moving stock?

  • Are sales being lost due to inadequate inventory levels?

  • If appropriate, what action should be taken to increase or decrease inventory?


4. Accounts Payable and Trade Notes Payable


In a business, trade credit often provides a major source of financing for the firm. Key issues to investigate in this category include:



  • Is the amount of money owed to suppliers reasonable in relation to purchases?

  • Is the firm's payment policy such that it will enhance or detract from the firm's credit rating?

  • If available, are discounts being taken?

  • What are the timing relationships between payments on accounts payable and collection on accounts receivable?


5. Notes Payable


Notes payable to banks or other lenders are a second major source of financing for the business. Important questions in this class include:



  • What is the amount of bank borrowing employed?

  • Is this debt amount reasonable in relation to the equity financing of the firm?

  • When will principal and interest payments fall due?

  • Will funds be available to meet these payments on time?


6. Accrued Expenses and Taxes Payable


Accrued expenses and taxes payable represent obligations of the firm as of the date of balance sheet preparation. Accrued expenses are items such as salaries, interest payments on bank notes, insurance premiums and similar items.


Of primary concern in this area, particularly with regard to taxes payable, is the magnitude, timing, and availability of funds for payment. Careful planning is required to ensure that these obligations are met on time.

Isnin, 11 September 2006

September 11, Revisited

The September 11, 2001 attacks (often referred to as 9/11—pronounced "nine eleven") were a series of coordinated suicide terrorist attacks upon the United States, predominantly targeting civilians, carried out on Tuesday, September 11, 2001. (read more)

All also read www.reopen911.org for alternative materials and ask yourself, which one is the truth.

As for me, as a muslim, a revisit should be conducted to ensure that whose responsible to the tragedy will be brought to justice. And it's also important to tell the world that muslims are not terrorrists, any schools of Islam doesn't support terrorism, neither Sunni nor Shiah.

~leLabu~

Ahad, 10 September 2006

Rule 43 - Set Realistic Targets For Yourself, Really Realistic

McD Realistic Slogan heheWe're talking about personal goals, personal objectives, personal bottom lines. You have to set them or you won't be able to determine whether you're a success or not. There's no point, by the way, of judging yourself against anyone else. I always wanted to be terribly good at sport but I can't run and fail miserably. Am I a failure? Nope! I am good at other things and I measure my success against :



  1. how I was doing last year

  2. how I was doing five years ago

  3. how I'm doing against my personal targets

  4. how I'm doing against my long-term plan.


There isn't another person in sight because measuring yourself against anyone else is a mug's game.
So set yourself some targets but be realistic about them. I'm going to be Emperor of the World may sound impressive but it is totally unrealistic.


Make you targets challenging but attainable, realistic but a bit of a struggle - no good making them too easy, nor too hard.

Sabtu, 9 September 2006

Dengar Cerita Burung

Burung Kesayangan LelakiAda seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "Bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain, "Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya".

Sekali lagi di cuba bertanya, "Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?"

Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, isteri lelaki itu pun pun berdiri.... :-P

Hehhe..lain kali cakap biar terang.

How To Identify My Target Markets?

Firstly, define your target audience.

Who are they in respect to age, gender, occupation, nationality, religion etc
Where
can they be found?
What
are their preferences?
How much would they pay?

Next, check out the competition in the markets that you have identified to gauge their potential.

How strong are your competitors here?
Is the market large enough to accept more competitors?
What edge does your product / service have over your closest competitor?

Evaluate all of this before you enter your target market. A SWOT analysis (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) would be appropriate here.

Jumaat, 8 September 2006

Aku Mahu Jadi Hantu

Opps...bukan hantu, tapi penulis hantu. Atau lebih spesifik lagi penulis hantu ebook berbahasa Melayu. Sesiapa yang ingin mencuba khidmat percubaan, mungkin bagi ebook yang tidak lebih 50 muka surat, bolehlah bagi outline. Tiada bayaran akan dikenakan, aku akan anggap sebagai edisi test power.


Post dibawah dipetik daripada blog Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS, kumpulan penerbitan buku. Blog beliau boleh dilawati di www.ainomohd.blogspot.com & www.universitipts.com. Post ini adalah berkaitan penulis hantu di Malaysia. Fauzul Naim Ishak, webmaster universitipts.com adalah senior di Smach.

Penulis hantu atau 'ghost writers' adalah suatu profesion. Jadi, sememangnya ada penulis hantu profesional. Buku bekas presiden Amerika Bill Clinton, “My Life” yang setebal lebih seribu halaman itu, dan dijual lebih sejuta naskhah, bukan ditulis oleh beliau, tetapi oleh penulis hantu beliau. Buku-buku autobiografi ataupun memoir bintang-bintang filem Hollywood yang terkenal semuanya ditulis oleh penulis-penulis hantu.

Apakah kelayakan bagi menjadi penulis hantu? Lazimnya penulis hantu profesional adalah terdiri daripada wartawan-wartawan profesional. Inilah faktor yang menyebabkan autobiografi ataupun memoir tokoh-tokoh itu bermutu tinggi.


Ada berapa jenis penulis hantu?





  1. Penulis hantu yang menuliskan autobiografi ataupun memoir orang-orang terkenal. Nama penulis hantu itu tidak disebut dalam buku itu, supaya buku itu seolah-olah ditulis sendiri oleh si tokoh. Di Malaysia, kaedah ini dilakukan oleh beberapa tokoh jutawan bagi menerbitkan autobiografi mereka. Penulis hantu jenis ini boleh memilih sama ada dibayar secara kontan ataupun berkongsi royalti. Kita diberitahu ada seorang penulis hantu yang dibayar RM50 ribu bagi menuliskan autobiografi seorang tokoh perniagaan terkenal.






  1. Penulis hantu yang namanya dicetak pada kulit buku sebagai penulis bersama dengan seorang tokoh besar lain. Sebenarnya draf awal buku itu ditulis oleh si penulis hantu, tetapi si nama besar kemudian menyemak, mengedit, membuat pembetulan, dan memberi pelbagai cadangan bagaimana manuskrip asal itu dapat diperbaiki lagi. Amalan ini juga dilakukan di Malaysia. Lazimnya penulis hantu jenis ini berkongsi royalti dengan si nama besar.






  1. Penulis hantu yang menulis seluruh buku, tetapi buku itu diterbitkan dengan nama orang lain sebagai pengarangnya. Di negara kita ada penerbit buku-buku sekolah yang menggunakan strategi ini, di mana buku-buku itu ditulis oleh guru-guru biasa, kemudian diterbitkan dengan nama tokoh-tokoh akademik di universiti sebagai pengarangnya. Lazimnya tokoh akademik itu dibayar sekali sahaja kerana setuju meminjamkan namanya.






  1. Penulis hantu yang menulis buku-buku agama yang kecil-kecil, yang dibayar murah sekali sahaja, oleh penerbit. Buku-buku mereka dicetak dengan tiada nama pengarang sama sekali. Di antara penulis hantu jenis ini, ramai yang ustaz, malah mereka menulis dengan cara mencuri hakcipta penulis-penulis lain.




Penulis-penulis hantu di negara kita masih tidak profesional disebabkan mereka menulis secara part-time, bagi mencari pendapatan tambahan. Ini menyebabkan mutu autobiografi yang mereka tuliskan tidak tinggi mutunya.


*post ini adalah daripada Blog www.ainonmohd.blogspot.com


~leLabu~

What Is Market Research?

Market research is the process of gaining information about your market. Preferably, this is specific information about your target market and the key factors that influence buying decisions.

Market research can be casual and limited in scope or as detailed as you need it to be. Its value may be based on the quality, cost, or the amount of time spent to acquire the information.

You will have to determine what form of market research is going to work best for you. Make that decision based on the value you will receive, versus the time and other resources you need to invest to gain access to that information.

Primary market research involves you having direct contact with your customers or the public, through direct questionnaires, focus group surveys and one-on-one interviews. You can undertake Primary market research yourself inexpensively, by recruiting students. Another way is to approach University & College Business Departments to find out if any of the lecturers there would like to give their students the excellent opportunity of carrying out Market Research which would benefit both them and yourself.

You could also make use of Secondary Market Research. The initial information for this research can be obtained through a Primary Market Research, done by you.

Secondary market research is research previously done by someone else on the same or similar product or service. Information on this may be obtained from trade bodies, associations, newspapers, magazines, and government statistic, in this instance, from the Malaysian Statistics Department.

Khamis, 7 September 2006

Quiz For Innocent Minded

Answer the questions below and let us see if you're an innocent minded or an idiot..okay, relax, not an idiot, aa ...whatever-lah :-P


1) What is a four-letter word that ends in "k"and means the same as intercourse?

2) What is it that a cow has four of and a woman has only two of?

3) What can you find in a man's pant that is about six inches long, has a head on it, and that women love so much that they often blow it?

4) What word starts with "f " and ends with "u-c-k"?

5) Name a word that is four letters long, end in "u-n-t" which is a word for a woman?

6) What does a dog do that you can step into?

7) What four letter word begins with "f " and ends with "k", and if you can't get one you can use your hands?

8) What is hard, six inches long, has nuts, and can make a girl want more?

9) What four letter word ends in "i-t " and is found on the bottom of birdcages?

10) What is it that all men have one of; it's longer on some men than anothers; the pope doesn't use his; and a man gives it to his wife after they're married?

Answers below ;-)

1. (Talk)
2. (Legs)
3. (A fifty pound note)
4. (Firetruck)
5. (Aunt)
6. (Pants)
7. (Fork)
8. (Cabury's Fruit and Nut)
9. (Grit)
10. (Last name)

* Don't worry if you got all wrong.. I know the angel in you.. Muahahahaha!! :-P

Rabu, 6 September 2006

SmartUsaha.Com Birthday

UlangTahun Pertama Smartusaha.ComTeringin untuk mengucapkan tahniah atas ulangtahun pertama Smartusaha.Com. Membaca post terbaru di blog tersebut membuatkan aku terasa ingin memuji pemiliknya Zul, yang pada pandangan aku seorang yang masih sedar diri dan masih punya rasa keberserahan diri kepada Allah atas kejayaannya. Alhamdulillah selalu ada dalam postnya.

Semoga Allah akan terus mengabulkan apa sahaja yang dilakukan oleh Zul. Yang penting kita selalu bersyukur. Alhamdulillah... :-) Blog tersebut boleh dilawati di link di bawah.

Klik untuk melawat Blog Usahawan Internet

Rule 42 - Be Consistent

If you were to wear a smart business suit every day and then suddenly, without warning, turn up in denim and a worn t-shirt, chances are people look at  you askance.*

If you turn in good work and then one day hand in a pile of rubbish, people are going to think you've blown it.

If you treat the staff courteously until one day you blow your top and shout at everyone, they won't trust you anymore.

If you..naah..you got it already. Don't you?

notes: *try it, its fun. If you don't know what askance is, look it up and then try it.

Selasa, 5 September 2006

Kereta Perisai ATM

Kereta Perisai (bukan adnan)Hari ini aku menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya. Pagi-pagi lagi keluar rumah, kejar flight pukul 7. Habis sahaja mesyuarat pada tengahari, terasa serba salah untuk tunggu flight pukul 6 petang, lalu ambil keputusan untuk balik ke Penang bersama staf sebuah ofis lain dengan Pajero (malas nak standby di KLIA untuk flight awal - takut tak ada kosong). Dan bermulalah perjalanan dari selatan ke utara, sambil menikmati pemandangan tepi lebuhraya yang masih hutan hijau (dalam flight tadinya menikmati pemandangan bukit-bukit di sekitar Selangor yang gondol).

Itu bukan cerita utama, cerita utamanya pendek sahaja: Dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke Penang, terserempak dengan tidak kurang dari 5 buah kereta perisai ATM yang tersadai rosak di tepi lebuhraya. Terfikir pula, kalau belum perang lagi kereta perisai ATM sudah tersadai rosak, macam mana pula Malaysia nak pertahankan diri kalau diserang!

~leLabu~

notes: Baca di sini untuk maklumat perbandingan ketenteraan Malaysia & Singapura.

How Do I Go About Marketing My Product or Service?

Before you set off to market your product think about the factors listed in the previous post. Plan and strategize and decide on what tactics you would employ.

Strategies are the plans you must develop to reach your goals and objectives. You must develop positions on these issues:

mass-marketing to a wide, common market or niching to a specific market
timing - the best time to launch or introduce your product or service
positioning - how it is promoted in relation to existing competition
differentiation - how it is differentiated from similar products or services
global marketing - common strategy for all markets
country specific marketing - specific strategies for each different market

Strategies that aren't focused won't work. When people have more than three or four priorities to deal with, the priorities get lost. When you have 20 strategic objectives in a plan you won't accomplish any.

Marketing strategy is essentially about focus:
Focus on selected target markets.
Focus on selected target market needs and selected product or service offerings.
Focus on your company's strengths. Play toward your strengths and away from your weaknesses, and take advantage of the opportunities ahead.

Tactics are the marketing actions you take to carry out your strategies eg.

new packaging,
new pricing,
promotions,
faster distribution.

An example of a marketing tactic that is adopted by many distribution and manufacturing companies, particularly in the fields of computer hardware and software is Product Bundling.

Product bundling is combining two or more products or services together, creating differentiation, greater value and therefore enhancing the offering to the customer.

Bundling is based on the idea that consumers value the grouped package more than the individual items. Bundling can enhance an organization's offering mix while minimizing costs.

Ahad, 3 September 2006

...Lama-lama Jadi Bukit

Masjid NegeriAku ingin berkongsi pengalaman dengan semua pembaca. Betapa betul pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Teringat semasa belajar di UTM dulu. Waktu di Kuantan (untuk pengetahuan semua, aku bekas student UTM, tapi dihantar ke Kuantan - waktu itu UTM bercadang membuka satu kampus cawangan di pantai timur [atas arahan Najib yang ketika itu Menteri Pendidikan], jadi terpaksalah aku dan kawan-kawan menjadi mangsa, menjadi batch pertama, bertapak di bandar Indera Mahkota. Sekarang ini, kampus itu dah tiada, dah bertukar menjadi Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia. Secara pendeknya, kami lah pelajar pelopor UTM di Pahang dan bolehlah dikatakan pelajar pioneer KUKTEM (?). Sekarang ini kebanyakan kakitangan KUKTEM adalah rakan-rakan aku dulu, dan pensyarahnya pun pensyarah aku dulu).

Berbalik kepada kisah lama-lama jadi bukit. Waktu di Kuantan kami (aku dan 9 orang kawan-kawan yang lain) menyewa sebuah rumah di Indera Mahkota 2. Sebagai orang bujang maka kami terpaksalah mencari kedai makan, sebab rumah yang kami sewa tiada dapur (memang ruang dapur ada tapi dapur tiada).

Kami singgah di sebuah warung, yang pada ketika itu hanya ada sebuah meja, 4 kerusi dan tokeinya hanya pandai jual bihun sup. Kulinya pula hanya pandai tebar roti canai. Tokeinya tadi ketika itu baru 19 tahun, sebaya dengan kami. Kami memanggilnya Richard, sebab dia segan nak bagi tahu namanya yang sebenar.

Kami makan malam di warung itu, setiap malam, dan hubungan kami memang menjadi rapat. Selama 2 tahun makan di situ, akhirnya, pada kali terakhir kami makan, warung itu, yang dulunya satu meja, telah ada 30 meja (kiralah kerusinya). Richard tadi yang hanya pandai buat bihun sup sudah pandai tebar roti canai (teringat pula ketika kulinya tiada, kami makan roti canai yang tak berapa dicanai, sebab Richard ketika itu tak pandai tebar roti). Richard yang pada pertemuan pertama kami naik motor Yamaha RXS sudah ada kereta sendiri dan sudah ada awek. Richard yang kami kenal sudah boleh menghantar adiknya belajar di universiti.

Isinya yang perlu aku beritahu - atas sokongan kawan-kawan, walaupun sepuluh orang, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kamilah yang membantu promosikan warungnya kepada student lain, dan duduk lama-lama bagi nampak warung dia penuh (teori kami - kalau ramai orang, mesti sedap). Dan kami menyaksikan jatuh bangun Richard dalam 2 tahun bersama.

notes: aku terkenang kawan-kawan di Kuantan sebenarnya.

~leLabu~

Sabtu, 2 September 2006

Rule 41 - Be Proactive, Not Reactive

I just leave you all with this quote;

"The greatest advancements of this century, the light bulb, the airplane, and the computer, were created by innovators - people who imagined things that did not exist and asked why. Being an outstanding employee requires a touch of this inventor's spirit, a determination to persistently strive to create value." - Bernie Milano.

notes: I'm still trying to be proactive.

Jumaat, 1 September 2006

Awek Kedah Rempit - Anak Sapa La Ni?

Baru tengok semalam dalam Buletin Utama. Sapa-sapa yang tak sempat tengok semalam, bolehla tengok kat sini. Anak sapa la ni?

~leLabu~

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Aku menyambut hari kemerdekaan di atas katil. Bukan sebab malas tapi sepanjang hari kepala aku berdenyut-denyut. Sakit kepala lagi. Tak tahu kenapa kebelakangan ni kerap sangat sakit kepala. Tidur satu hari. Hari ini, bangun pagi barulah lega sikit sakit kepala.

Dah teruk kena membebel dek bini, suruh pergi buat medical check up. Tapi tak apalah. Nanti senang aku pegi buatlah. Jawapan yang sama dah beberapa bulan...

~leLabu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...