Aku terkenang, ketika kecil-kecil dulu, melihat makcik-makcik menjual ikan. Aku tinggal di sebuah kampung yang berhampiran dengan kampung nelayan. Tiap-tiap petang ada makcik menjunjung besen yang penuh dengan ikan. Ikan-ikan tersebut dijual kepada orang-orang kampung. Persoalan yang bermain dalam kepala ketika itu, kalau makcik jual ikan ini tidak pernah bersekolah, macam mana nak buat kira-kira untuk bagi baki (bila orang membeli, bagi duit besar, dan kena bagi baki).
Matematik mudah. Makcik tadi tak pandai kali, bahagi dan tolak. Tapi makcik tadi pandai campur (tambah). Dalam urusan jualan harian, makcik pakai operasi campur sahaja. Contohnya, kalau jualan RM5.40, dan pelanggan bagi sekeping duit kertas RM10, maka begini kira-kiranya : Jualan RM5.40 + 60sen, jadi RM6, + RM4 jadilah RM10. Untuk memulangkan baki kepada pelanggan, makcik cuma ambil RM10 tadi dan simpan, kemudian mula kira (ambil duit untuk jadikan baki) RM5.40 (sebutan pengiraan bermula dari nilai jualan) + 60sen (duit baki sebenar bermula, makcik bagi terus duit ni kepada pelanggan - jadi RM6) + RM1 (jadi RM7) + RM1 (jadi RM8) + RM1 (jadi RM9) dan + RM1 (jadi RM10). Pengiraan makcik berhenti setakat RM10 sebab pelanggan tadi bagi not RM10. Kalau pelanggan bagi RM50, makcik akan berhenti mengira bila dah sampai RM50.
Senang cerita, tiada operasi tolak. Kesimpulan aku, ketika itu, untuk berniaga, hanya perlukan operasi campur, matematik yang susah-susah tolak tepi dulu. Hehe ;-)
Menarik..orang dulu -dulu walau tak pergi sekolah, tapi tahu berniaga dan ada yang berjaya..tapi sekarng semua pergi sekolah belajar matematik, tapi malu nak berniaga..
BalasPadamBetul2.. Kebanyakkan orang lama2 pakai tektik tu je. Berkesan dan reliable..
BalasPadamihiks..ya ya tak perlu kira-kira yang memeningkan kepala...dulu saya selalu fikir, buat apalah kena belajar math dengan segala macam rumus ni...siapalah manusia hampeh yang cipta rumus-rumus mengarut ni...ha ha ha...
BalasPadamWa menarik tu.... hanya menggunkan satu opersia sahaja.
BalasPadamteknik ni lah jugak aku guna masa jual aikrim walls ngan motosikal dulu (sambil pasang lagu paddle pop, ye)..haha. masa tu kat kelantan ada dua bijik je moto aiskrim macam tu. skrg nih dah berlambak...
BalasPadamOmputih selalu amalkan kira atau memulangkan baki macam tu. Genapkan pada satu nombor dan kira sampai kira kepada nilai duit yang tu orang bagi
BalasPadam