Jumaat, 22 September 2006

Aku Atau Saya?

Sebenarnya aku terlupa di mana aku terbaca satu komen, atau catatan fasal penggunaan ganti nama 'aku' dan 'saya' dalam kehidupan sehari-harian di blog AkiraSuri (terima kasih kerana mengingatkan). Catatan tersebut berkisar tentang kebiadaban penggunaan ganti nama 'aku' dalam percakapan seorang budak kecil. Persoalan, adakah ganti nama 'aku' itu menjadi biadab?

Jawapan paling senang, bergantung kepada di mana dan kepada siapa pertuturan itu. Di sesetengah tempat, 'aku' itu ganti nama yang biasa saja dan tidaklah dianggap biadab. Tapi kebiasaannya dalam kekeluargaan Melayu, jika bercakap 'aku', 'engkau' dengan ahli keluarga boleh jadi biadab. Namun bukan itu yang aku ingin perkatakan.

Seumur hidup aku, aku pun tidak pernah menggunakan perkataan 'aku' untuk bercakap dengan yang lebih tua, atau ahli keluarga. Tapi akhirnya aku terfikir juga, bahawa aku itu adalah perkataan ganti nama yang paling natural, ganti nama yang paling ikhlas. Kenapa? Sebab ia boleh merapatkan hubungan sesama.

Ketika bersoliloquy sendiri : "Kenapalah aku begini..kenapalah aku tidak..." bercakap dengan diri sendiri, 'aku' digunakan. Tidak pernah pula berangan-angan dengan, "Nanti saya besar...saya nak buat ini esok.." Bercakap sendiri pada aku paling tulus, tidak perlu hipokrasi melindungi diri daripada apa yang dicakapkan di dengari orang lain.

Dan yang paling penting, bila berdoa pun, ganti nama 'aku' digunakan. Contoh: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu." Tiada rasanya yang berdoa. "Ya Allah, saya memohon kepada Awak.." Kesimpulan, bahasa yang paling tulus adalah ganti nama 'aku'. Tidak terniat pun untuk berkasar jika 'aku' itu digunakan. Melatah pun, guna 'aku'.

Sekadar pendapat, tidak semestinya yang kasar itu kasar.

~leLabu~

2 ulasan:

  1. broca di blog saya..

    ha ha ha tapinya nanti kalau bro sudah ada anak, mungkin bro akan rasa penggunaan aku dikalangan anak kepada bapak kurang sopan...apapun saya bersetuju dengan catatan ini...lain orang lain caranya bukan...

    ganti nama AKU kepada Allah, memang sesuai, saya pun gunakan begitu tapinya perlu ada kesesuaian dan adjustment...tak kan mahu aci redah ajakan...:)

    apapun, selamat memyambut ramadhan al-mubarak..kalau dulu-dulu seorang kini berdua...tahun depan insya-Allah bertiga ya ;)

    BalasPadam
  2. masa kecik2 budak2 mesti guna ganti nama kita.... tapi bila dah besar aku....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...