Aku ingin berkongsi pengalaman dengan semua pembaca. Betapa betul pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Teringat semasa belajar di UTM dulu. Waktu di Kuantan (untuk pengetahuan semua, aku bekas student UTM, tapi dihantar ke Kuantan - waktu itu UTM bercadang membuka satu kampus cawangan di pantai timur [atas arahan Najib yang ketika itu Menteri Pendidikan], jadi terpaksalah aku dan kawan-kawan menjadi mangsa, menjadi batch pertama, bertapak di bandar Indera Mahkota. Sekarang ini, kampus itu dah tiada, dah bertukar menjadi Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia. Secara pendeknya, kami lah pelajar pelopor UTM di Pahang dan bolehlah dikatakan pelajar pioneer KUKTEM (?). Sekarang ini kebanyakan kakitangan KUKTEM adalah rakan-rakan aku dulu, dan pensyarahnya pun pensyarah aku dulu).
Berbalik kepada kisah lama-lama jadi bukit. Waktu di Kuantan kami (aku dan 9 orang kawan-kawan yang lain) menyewa sebuah rumah di Indera Mahkota 2. Sebagai orang bujang maka kami terpaksalah mencari kedai makan, sebab rumah yang kami sewa tiada dapur (memang ruang dapur ada tapi dapur tiada).
Kami singgah di sebuah warung, yang pada ketika itu hanya ada sebuah meja, 4 kerusi dan tokeinya hanya pandai jual bihun sup. Kulinya pula hanya pandai tebar roti canai. Tokeinya tadi ketika itu baru 19 tahun, sebaya dengan kami. Kami memanggilnya Richard, sebab dia segan nak bagi tahu namanya yang sebenar.
Kami makan malam di warung itu, setiap malam, dan hubungan kami memang menjadi rapat. Selama 2 tahun makan di situ, akhirnya, pada kali terakhir kami makan, warung itu, yang dulunya satu meja, telah ada 30 meja (kiralah kerusinya). Richard tadi yang hanya pandai buat bihun sup sudah pandai tebar roti canai (teringat pula ketika kulinya tiada, kami makan roti canai yang tak berapa dicanai, sebab Richard ketika itu tak pandai tebar roti). Richard yang pada pertemuan pertama kami naik motor Yamaha RXS sudah ada kereta sendiri dan sudah ada awek. Richard yang kami kenal sudah boleh menghantar adiknya belajar di universiti.
Isinya yang perlu aku beritahu - atas sokongan kawan-kawan, walaupun sepuluh orang, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kamilah yang membantu promosikan warungnya kepada student lain, dan duduk lama-lama bagi nampak warung dia penuh (teori kami - kalau ramai orang, mesti sedap). Dan kami menyaksikan jatuh bangun Richard dalam 2 tahun bersama.
notes: aku terkenang kawan-kawan di Kuantan sebenarnya.
~leLabu~
ihiks..ya ya setuju...sebenarnya, pelanggan adalah agen promosi paling berjaya...erk richard tu india ke??eheh~
BalasPadamRichard tu Melayu.. tapi dia tak nak bagitahu nama dia apa, kitorang panggilla dia Richard...kitorang bagi nama.
BalasPadamsadis betullah korang ni..ada orang melayu [mungkin islam] bagi nama richard..auwww glam gitu...ihikss..
BalasPadamMouth to mouth promosion. Memang kaedah yang paling berkesan. Heheh. Baguslah Ricard ada Raving Fan die yang byk membantu.. Li.. Aku balik igt nok gi tgk Aseng Nikoh..tapi..xdok Gu..hu hu..
BalasPadamlaa..pahtu? tadok gu pon gi laa...
BalasPadamHeheh.. dok kacip mano kawe.. Kalu ado gu sedak sket..
BalasPadam