Kalau anda kenal rapat dengan ahli politik dalam kerajaan, anda boleh cuba gunakan pengaruh rakan anda untuk dapatkan kontrak dengan kerajaan. Tapi bertimbang rasa lah, jangan kerana perniagaan anda, duit rakyat yang habis.
Aku ada satu cerita tentang hal ni.
Ada seorang peniaga yang kenal sangat dengan seorang pemimpin politik tertinggi di Pulau Pinang. Barang yang hendak dijual adalah set pembelajaran agama untuk budak-budak sekolah rendah (baca: sekeping kertas keras untuk belajar rukun Islam) dan buku cerita siri sang kancil (buku ini terbitan Creative).
Melalui orang politik tadi, kedua-dua bahan tadi akan dijual kepada semua sekolah rendah di Pulau Pinang. Setiap sekolah kena beli berpuluh set (baca: ofis aku beli dan bagi kepada semua sekolah). Perbekalan tadi mungkin akan libatkan lebih setengah juta ringgit (kalau jadi - tapi kami sedang cuba menepis, kenapa?)
Apa yang membebankan adalah, harga jualan yang terlampau mengarut. Sekeping kertas keras yang macam jigsaw puzzle nak dijual dengan harga RM50 (kalau kat pasar malam, ilmu yang sama, kertas yang sama boleh dapat dengan beberapa ringgit sahaja). Dan buku sang kancil yang harganya kurang dari RM20 (terkantoi harga sebab masa bagi sample dia lupa nak tanggalkan tanda harga) ingin dijual dengan harga hampir RM100. Berpada-padalah kalau nak cekik duit rakyat pun.
Memandangkan perbekalan tersebut membebankan kerajaan (baca: duit rakyat), maka terpaksalah aku menepis tawaran dengan berhati-hati, nanti terluka pulak orang politik tadi. Pelbagai alasan diberi, Jabatan Pelajaran pun tidak sokong, peruntukan pun untuk komitmen lain.
Perkara ini belum selesai, peniaga tadi masih lagi melakukan follow up melalui orang politik tadi. Dan tindakan aku, tidak membalas surat, buat-buat tidak dapat surat, tiada respon setuju atau tidak. Biar lambat, sampai dia fed up. Memang takkan diberi perhatian.
Nak berniaga pun berhati perut lah. Jangan nak keuntungan berlipat ganda dengan menjual kertas hanya kerana anda kenal orang berpengaruh. Berpada-padalah. Kami menguruskan duit rakyat.
~leLabu~
nota: sapa-sapa yang tak setuju dengan tindakan aku, sila angkat tangan. :lol:
Setuju sangat kamu buat macam tu..
BalasPadamBagus Li.. Kalo ramai ore mcm mung, byk la duit rakyat selamat.. :-)
BalasPadamemm tepat sekali tindakan bro...banyak sangat duit rakyat dah tergadai...bro amanah menjaga amanah :D
BalasPadam