Jumaat, 8 September 2006

Aku Mahu Jadi Hantu

Opps...bukan hantu, tapi penulis hantu. Atau lebih spesifik lagi penulis hantu ebook berbahasa Melayu. Sesiapa yang ingin mencuba khidmat percubaan, mungkin bagi ebook yang tidak lebih 50 muka surat, bolehlah bagi outline. Tiada bayaran akan dikenakan, aku akan anggap sebagai edisi test power.


Post dibawah dipetik daripada blog Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS, kumpulan penerbitan buku. Blog beliau boleh dilawati di www.ainomohd.blogspot.com & www.universitipts.com. Post ini adalah berkaitan penulis hantu di Malaysia. Fauzul Naim Ishak, webmaster universitipts.com adalah senior di Smach.

Penulis hantu atau 'ghost writers' adalah suatu profesion. Jadi, sememangnya ada penulis hantu profesional. Buku bekas presiden Amerika Bill Clinton, “My Life” yang setebal lebih seribu halaman itu, dan dijual lebih sejuta naskhah, bukan ditulis oleh beliau, tetapi oleh penulis hantu beliau. Buku-buku autobiografi ataupun memoir bintang-bintang filem Hollywood yang terkenal semuanya ditulis oleh penulis-penulis hantu.

Apakah kelayakan bagi menjadi penulis hantu? Lazimnya penulis hantu profesional adalah terdiri daripada wartawan-wartawan profesional. Inilah faktor yang menyebabkan autobiografi ataupun memoir tokoh-tokoh itu bermutu tinggi.


Ada berapa jenis penulis hantu?





  1. Penulis hantu yang menuliskan autobiografi ataupun memoir orang-orang terkenal. Nama penulis hantu itu tidak disebut dalam buku itu, supaya buku itu seolah-olah ditulis sendiri oleh si tokoh. Di Malaysia, kaedah ini dilakukan oleh beberapa tokoh jutawan bagi menerbitkan autobiografi mereka. Penulis hantu jenis ini boleh memilih sama ada dibayar secara kontan ataupun berkongsi royalti. Kita diberitahu ada seorang penulis hantu yang dibayar RM50 ribu bagi menuliskan autobiografi seorang tokoh perniagaan terkenal.






  1. Penulis hantu yang namanya dicetak pada kulit buku sebagai penulis bersama dengan seorang tokoh besar lain. Sebenarnya draf awal buku itu ditulis oleh si penulis hantu, tetapi si nama besar kemudian menyemak, mengedit, membuat pembetulan, dan memberi pelbagai cadangan bagaimana manuskrip asal itu dapat diperbaiki lagi. Amalan ini juga dilakukan di Malaysia. Lazimnya penulis hantu jenis ini berkongsi royalti dengan si nama besar.






  1. Penulis hantu yang menulis seluruh buku, tetapi buku itu diterbitkan dengan nama orang lain sebagai pengarangnya. Di negara kita ada penerbit buku-buku sekolah yang menggunakan strategi ini, di mana buku-buku itu ditulis oleh guru-guru biasa, kemudian diterbitkan dengan nama tokoh-tokoh akademik di universiti sebagai pengarangnya. Lazimnya tokoh akademik itu dibayar sekali sahaja kerana setuju meminjamkan namanya.






  1. Penulis hantu yang menulis buku-buku agama yang kecil-kecil, yang dibayar murah sekali sahaja, oleh penerbit. Buku-buku mereka dicetak dengan tiada nama pengarang sama sekali. Di antara penulis hantu jenis ini, ramai yang ustaz, malah mereka menulis dengan cara mencuri hakcipta penulis-penulis lain.




Penulis-penulis hantu di negara kita masih tidak profesional disebabkan mereka menulis secara part-time, bagi mencari pendapatan tambahan. Ini menyebabkan mutu autobiografi yang mereka tuliskan tidak tinggi mutunya.


*post ini adalah daripada Blog www.ainonmohd.blogspot.com


~leLabu~

6 ulasan:

  1. banyak nyer word hantu... hehehehehe.. carian hantu di kotak carian... hehehehe

    BalasPadam
  2. Menarik2... First time dengar. Aku berminat nak tulih biografi bapak aku . nak bagi hadiah sempena dia nak brenti dari bekerja tahun depan. Bile tarikh luput perkhidmatan free tuh.. hahak :-) jap2.. ape kategori e-book tu?

    p/s: Bende free kene manfaatkan. heheh..

    BalasPadam
  3. tarikh luput bila ada orang pertama yang hantar outline & supporting documents/files...

    BalasPadam
  4. menarik..nak jadi penulis berhantu jugalah..ihiks.

    BalasPadam
  5. Menarik, post mengenai ghostwriter ni..Macam mana yer..klau nak kenal orang tu betul-betul penulis hantu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...