Ramadhan hampir menjelma, esok.
Yang perlu diceritakan, dalam dua tiga hari sebelum ini, aku menerima banyak helaian kertas. Rasanya dalam empat lima helai sehari. Kandungannya sama saja, waktu solat, waktu imsak dan waktu berbuka puasa. Kalau ada 100 pembekal, akan dapat 100-lah imsakiah. (aku kurang pasti, betulkah dipanggil imsakiah, rasanya betul..)
Walaupun isi kandungannya sama, tapi ada sesuatu yang tidak sama. Ya, nama pembekal, nombor telefon, dan sedikit catatan bahan-bahan yang boleh dibekalkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Senang ceritanya, ada ruang untuk promosi di helaian imsakiah tersebut.
Yang sedang bergiat aktif dengan perniagaan, tidak kiralah konvensional atau internet, helaian imsakiah boleh menjadi medium pengiklanan yang berkesan. Kosnya pun tidaklah sebesar mana, lebih kurang RM50 untuk seribu helai. Paling tidak pun, nama perniagaan anda (di imsakiah tersebut) dilihat setiap hari, 30 hari sepanjang bulan Ramadhan.
Oh, ya! Kalau diedarkan sekarang, mungkin sudah terlambat. Aku sendiri sudah menerima hampir 20 helaian (tapi aku tampal satu sahaja :grin:). Mungkin tahun depan perhatian umat Islam seluruh Malaysia dapat ditarik dengan helaian imsakiah daripada anda semua!
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
~leLabu~
Bagus jugak teknik promosi diorang ye....
BalasPadam