Rasanya sudah sebulan lebih aku setup blog ni dengan menggunakan pakej hosting yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Dan tidak lama selepas membeli domain name dan hosting ini, barulah aku tahu yang provider hosting ni adalah senior aku semasa di Smach dulu. Rasa macam Malaysia ni kecik sangat, mana-mana pergi pun, asyik berjumpa dengan kenalan lama.
Sebenarnya aku tak berapa ingat pun senior ni. Sebab masa sekolah dulu aku tak glamor sangat (sampai sekarang pun :-( ) dan senior ni pun rasanya bukanlah glamor sangat (jangan marah aaa :-P ). Mula tahu yang dia senior aku bila berforum di smach.org. Barulah tahu yang dia ni batch 1995.
Dan kini telah tiba satu perkhidmatan web hosting yang memenuhi keperluan pelbagai peringkat, yang pastinya disediakan oleh senior ni. (Kalau tidak buat apa aku bercerita panjang lebar sampai dua perenggan di atas). Dengan harga yang sukar untuk ditolak dan perkhidmatan yang unggul, anda pasti akan menjadikan JomHost.Com rakan perniagaan anda di internet (tolong promote nampak, ;-) ).
Kadar harga web hosting JomHost.Com cuma RM20 setahun. Satu kadar yang mampu dimiliki oleh sesiapa (anda, rakyat Malaysia, che kiah etc)! Dengan fleksibiliti yang ada, pakej hosting boleh dinaiktaraf pada bila-bila masa.
Proses pendaftaran web hosting dan domain name akan mengambil masa kurang dari 12 jam waktu bekerja selepas bayaran dan pesanan diterima oleh pihak JomHost.Com.
Servis dan mutu yang pasti memuaskan dengan jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari. Klik di banner di bawah untuk maklumat terperinci, dan jangan lepaskan peluang ini! ;-)
o student MMU ye.
BalasPadamerr..bukan. bekas pelajar sek men sains machang, kelantan. singkatannya SMACH. :-P
BalasPadamya ya tolong promo bagi senior..incet labu memang junior yang baek..ihiks..sampaikan salam pada wife ya :)
BalasPadamBudak SMACH memang sume baek2.. Hahak.. Nostalgia zaman remaja terimbas kembali.. ;-)
BalasPadamFuad, mung kenal dok? Raso mung tok kenal sbb dia set spm 95. Aku pun ingat2 lupo muko dia lagu mana..hehe :-p
BalasPadamx kenal.. heheh.. Aku x sapa SMACH lagi 1995.. :-)
BalasPadam