Khamis, 26 Februari 2009

Batang I? Macam Pelik Jer...

Gua dengar radio. Macam pelik sahaja dengar. Satu nama kawasan.

"Batang I..."

Apatah lagi kalau diucapkan dengan nada manja dan gatal seorang lelaki.

"Batang I..."

Juga pelik jika ditambah kata kerja atau kata sifat. Seperti *tiup. Keras. 8 inches. Dan lain-lain.

Bila gua baca paper, barulah gua ter "ooo.."

Batang Ai rupanya...

Orang Sabah dan Sarawak ni kalau bagi nama tempat tak boleh bagi yang elok-elok sikitkah? Mukah. Menggatal. **Di Pinggir Sungai Rajang. Kan pelik semua tu?

Atau gua yang terlalu kebiruan?

*kerja meniup dikategorikan sebagai luar tabie dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat  di bawah Seksi 377A Kanun Keseksaan. Hardi, dan yang lain, hati-hati!

**ini adalah tajuk novel erotis yang bersilih ganti berkubu bawah tilam penghuni A6 di Smach suatu masa dahulu. haha.

Rabu, 25 Februari 2009

Dua Orang Yang Menjaga Auratnya

Aku, dalam hidup aku pernah kenal dua orang yang sangat menjaga auratnya. Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki.

Yang perempuan aku tidak ingat namanya kerana dia pernah menolak cintaku. Aku kenal dengannya sewaktu menyertai satu program khidmat masyarakat di sebuah universiti selatan tanah air dan ketika itu aku mengikuti kursus asas kefasilitatoran. Orangnya sangat comel dan berjilbab labuh. Sangat menjaga aurat sehingga tiada siapa, walaupun rakan sebilik yang pernah melihat rambutnya. Ke bilik air sekalipun masih bertudung litup.

Lelaki yang aku kenal yang sangat menjaga auratnya adalah rakan semasa di sekolah menengah yang bernama Luqman (bukan nama sebenar). Luqman tidak pernah memakai seluar pendek apatah lagi menanggalkan baju di di depan kawan-kawan.

Ke bilik air sekalipun Luqman akan berpakaian lengkap. Luqman akan menjadi manusia yang paling awal mandi atau yang paling akhir mandi, ketika tiada siapa-siapa. Pakaian kegemaran adalah seluar track hitam dan kemeja t putih yang labuh.

Oh, rupa-rupanya Luqman malu sebab badannya penuh kurap...

Aku pernah mengalami sejarah hitam dengan Luqman. Duit aku pernah hilang dan ada saksi yang mengatakan bahawa Luqman yang ambil. Lalu aku bersemuka dengan Luqman. Oleh kerana Luqman berbadan besar, aku dengan mudah ditundukkan dalam pertarungan itu. Haha.

Nasib baik Rauhunt datang dengan muka konon-konon cemas dan berlari-lari anak masuk ke dorm,.

"Weh, weh... Cikgu Lan naik weh!"

Aksi menyelamatkan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Macam mana boleh terfikir nak bagi ayat macam tu. Budak cerdik ni. Patutlah sekarang tak habis-habis belajar. Kawan-kawan lain dah beranak pinak dia masih lagi belajar.

Terus pertarungan itu segera ditamatkan.

Lepas PMR, Luqman tiada lagi di sekolah itu. Aku kembali hidup aman.

moral of the story: tutup litup pun, kalau niat tak elok, akan terbongkar juga kurapnya.. hehe.

Isnin, 23 Februari 2009

Gambar Bogel Eli & Jimatkan Bandwidth: Apa Kaitannya?

Ramai yang mengeluh sebab tidak dapat lagi mengakses laman-laman web sosial sekarang ini kerana sekatan oleh bahagian teknologi maklumat. Kadang-kadang sekatan ini amat merimaskan, walaupun tujuannya baik. Kadang-kadang software yang "amat bagus" itu menyekat akses ke laman web jabatan sendiri. Itu yang paling membuatkan aku menyampah.

Aku tidak tahu apa justifikasi sebenar sekatan ke atas penggunaan internet dibuat sedemikian rupa (walaupun aku tahu ia untuk menyekat akses kepada laman-laman yang menayangkan gambar bogel Eli, laman lucah, dan laman-laman web yang tidak mendatangkan faedah kepada organisasi).

Mungkin salah satu sebabnya adalah untuk menjimatkan bayaran penggunaan bandwidth oleh organisasi tersebut.

*tidak tahu apa itu bandwidth? sila google...

Mungkin organisasi tersebut masih lagi terikat dengan kontrak yang mengira penggunaan internet berdasarkan bandwidth. Mungkin kontrak ini dibuat pada suatu masa dahulu. Sekarang ini kebanyakan penyedia perkhidmatan internet menyediakan pakej tanpa had bandwidth digunakan setiap bulan.

Oleh itu, sekatan digunakan untuk menjimatkan perbelanjaan organisasi membayar caj penggunaan internet yang banyak.

Contohnya: Melihat gambar bogel Eli pasti memerlukan bandwidth yang lebih besar sedikit dari saiz fail gambar bogel Eli tersebut. Katakan saiz fail gambar bogel Eli adalah 280kB, maka bandwidth yang digunakan untuk mengakses fail gambar bogel Eli tersebut dari server dan memaparkannya di komputer adalah 280kB++.

Katakan pula caj 1kB adalah sebanyak 1 sen, maka untuk melihat sekeping gambar bogel Eli tersebut memerlukan organisasi membayar sebanyak RM2.80 (ini dengan anggapan bahawa organisasi membayar caj internet berdasarkan penggunaan bandwidth)

Apatah lagi sekiranya internet organisasi tersebut digunakan untuk laman-laman web sosial dan juga untuk online gaming. Pasti lebih banyak lagi yang perlu dibayar oleh organisasi kerana lebih banyak bandwidth yang digunakan. Bersepah-sepah gambar dalam laman-laman web sosial itu...

Kebanyakan orang tidak mengetahui perkara ini. Mereka menganggap penggunaan internet organisasi sama saja seperti melanggan pakej internet tanpa had daripada TMNet, Maxis, Celcom dan lain-lain.

Jadi, sebagai seorang yang berasa terpanggil untuk menjimatkan duit organisasi (baca: duit syarikat, duit aku; duit kerajaan, duit rakyat) aku terpanggil untuk berkongsi antara perkara-perkara yang boleh dilakukan tanpa perlu mengorbankan terlalu banyak keinginan berinternet kamu semua.

  1. Hentikan aktiviti-aktiviti mencari gambar bogel Eli atau gambar-gambar bogel artis.

  2. Hentikan aktiviti online gaming dan melawat laman web sosial. Facebook adalah salah satu alat CIA untuk mengumpul maklumat dan Fotopages rupa-rupanya milik Yahudi.

  3. Untuk mengemaskini blog sila gunakan plugin yang membolehkan kemaskini secara tanpa perlu log masuk ke akaun blog. Contohnya ScribeFire (dan lain-lain). Ini dapat menjimatkan bandwidth.

  4. Untuk membaca blog rakan-rakan sila gunakan Google Reader. Ini lebih menjimatkan bandwidth daripada berkunjung ke setiap blog rakan-rakan yang sarat dengan gambar dan sekali gus menggunakan bandwidth yang besar.

  5. Gunakan Google Gears untuk laman web yang sesuai.

  6. Dan terakhir, tolonglah gunakan Firefox, lupakan IE kerana blog ini sangat hodoh dilihat dengan IE dan aku tiada masa untuk mencantikkanya. Tolonglah gunakan Firefox!


Sama-samalah kita mengamalkannya supaya kita dapat menjimatkan perbelanjaan organisasi.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. heheh.

p/s: Gua dah lama mengakses internet yang sangat lembab dan penuh dengan roadblock. Gua tak kenal pun macam mana rupa Facebook. heheh.

Khamis, 19 Februari 2009

Empat Jenis Pekerja

Hari ini aku nak memperkenalkan empat jenis pekerja dalam organisasi. Aku tak baca mana-mana buku dan ini semua adalah dari pemerhatian aku sepanjang 6 tahun pengalaman bekerja (awam dan swasta).

Salah silap harap dapat dibuat teguran dan dimaafkan.

Masa Kerja Melepak Kemudian Buat Overtime

Ini adalah golongan pekerja yang rancak merewang. Asyik berjalan saja ke hulu ke hilir. Satu kerja pun tak jadi. Biasanya golongan ini sangat pandai bercakap dan membodek bos.

Bila semua orang sudah balik, barulah terkial-kial buat kerja sebab sudah tiada orang hendak diajak bersembang. Biasanya kerja tidak akan siap sebab sudah tiada rakan sekerja hendak dirujuk.

Masa Kerja Melepak Kemudian Balik Awal

Ini adalah golongan yang nama penuhnya makan gaji buta. Tidak diketahui apa yang dilakukan sepanjang hari. Ini adalah golongan misterius.

Masa Kerja, Kerja Betul-betul Kemudian Balik Awal

Golongan ini adalah golongan yang tidak suka overtime dan tidak percaya kepada overtime. Semua kerja akan disiapkan dengan segera. Golongan ini percaya bahawa kerja adalah semata-mata untuk khidmat kepada organisasi dan pendapatan keluarga.

Golongan ini lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada overtime.

Masa Kerja, Kerja Betul-betul Kemudian Overtime

Golongan ini adalah golongan yang gila kerja. No further comments.

Sekian.

p/s:  Aku di golongan ketika. Aku tidak percaya kepada overtime.

Selasa, 17 Februari 2009

Sayangi Ibubapa Anda

Selagi kita tidak merasai sendiri sesuatu itu, kita tidak akan sedar betapa berharga dan bermaknanya ia.

Kita tidak pernah mengambil endah bila ibubapa kita memarahi kita setiap kali kita bermain hujan, atau bermain tengah panas, atau bermain di tempat-tempat kotor. Oh, itu contoh yang aku boleh bagi. Mungkin bagi budak-budak sekarang tiada lagi istilah main hujan dan sebagainya. Mungkin budak-budak sekarang lebih suka duduk di rumah bermain Playstation.

Aku biasanya setiap kali disuruh balik ketika sedang leka bermain, akan berasa sangat tidak puas hati dan menunjukkan sedikit tingkahlaku protes. Terasa seperti ibubapa kita cuba merenggut kebahagiaan kita, kegembiraan kita.

Rupa-rupanya ibubapa kita sangat sayangkan kita dan bimbangkan keselamatan dan kesihatan kita.

Bila kita bermain hujan atau berpanas, kita sebagai budak-budak mudah untuk jatuh sakit atau demam. Dan bila kita demam, ibubapa kita akan berasa sangat susah hati.

Ketika kita demam, kita tidak tahu betapa gusarnya hati ibubapa ketika itu.

---------------------------------------------

Minggu lepas Izz demam sampai seminggu. Gusi bengkak dan berdarah serta sakit kerongkong. Izz tak boleh minum susu sebab sakit mulut. Biasanya Izz habiskan dalam 5-6 botol susu setiap hari. Tapi masa demam itu Izz cuma minum sebotol saja sehari. Langsung tak makan apa-apa.

Aku pula berada jauh dari Izz. Dapat menjenguk Izz bila hujung minggu saja. Perasaam risaukan keselamatan anak ini kadang-kadang membuatkan aku rasa sangat sedih. Tapi demi khidmat kepada negara, aku tabahkan hati.

Saat itulah aku mula rasa, beginilah perasaan ibubapa aku ketika aku demam dulu. Perasaan risau yang teramat dan bimbang yang Tuhan saja tahu. Kalau aku tahu begini perasaannya, pasti dulu aku akan selalu mengikut sahaja apa kata ibubapaku.

Ini baru seorang anak. Bila anak bertambah, kerisauan dan kebimbangan itu mungkin akan bertambah. Mungkin juga inilah yang dikatakan kasih sayang ibubapa kepada anak-anak. Selalu inginkan anak-anaknya berada dalam kesihatan dan keselamatan.

Huh. Jadilah seorang ibu/bapa untuk memahami perasaan ibubapa kita!

Aku insaf dan tidak mahu jadi anak derhaka. Biarlah ramai yang menderhaka di Perak sahaja.

Khamis, 12 Februari 2009

Sapa Kata Gua Pandai Masak Ala Thai Saja?

Gua jugak pandai masak western food. Cuti tahun baru cina hari tu gua masak chicken chop.

Ayam Diperap

Kali ini chicken chop gua ala BBQ. Gua perap ayam yang telah dibuang tulang dengan sos BBQ dan rempah ratus yang dirahsiakan. Masa beli ayam minta tukang sembelih buang tulang siap-siap. Cakap saja nak buat chicken chop.

Goreng Ayam

Goreng dengan mentega. Mula-mula goreng dengan menutup kuali atau goreng bertekanan dengan periuk tekanan. Ini untuk bagi isi ayam masak dan tekstur isi ayam lembut.  Selepas itu buka penutup untuk garingkan isi/kulit luar ayam.

Chicken Chop

Hidangkan dengan hidangan sampingan. Sorry kentang lenyek gua sedikit lembek kerana pembantu chef gua tertaruk lebih susu.

Jemput makan!
Reblog this post [with Zemanta]

Rabu, 11 Februari 2009

Hospital Swasta Atau Hospital Kerajaan

Hari ini aku ingin bercerita fasal kesihatan. Kita sewajarnya menjaga kesihatan kita dengan baik. Lakukan senaman dengan kerap dan berjadual serta makan daripada makanan yang halal dan baik (halaalan toyyiban).

Namun sihat atau sakit itu datang daripada Allah. Hari ini kita sihat, bersenam dan makan makanan yang baik, esoknya kita sakit. Kuasa mutlak adalah pada Allah. Bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi.

Bila kita sakit, ke arah mana kita tuju? Hospital kerajaan/awam atau ke hospital swasta?

Ramai yang mampu, akan ke hospital swasta. Apabila hospital swasta tidak mahu memburukkan rekod perkhidmatan mereka dengan banyak kematian di hospital tersebut, ia akan hantarkan pesakit ke hospital awam juga. Perlu mati di hospital awam juga. Bermandi air mutlak juga. Berkafankan kain putih juga. Disembahyangkan juga (tidak pernah ada yang bangun sembahyang sendiri). Masuk kubur yang tidak berhawa dingin juga.

Maka bagi mereka yang ingin dirawat dengan  mesra bagi menghilangkan sakit mereka, hospital swasta akan menjadi pilihan. Itupun kalau mampu membayar bil yang tinggi itu. Kalau tidak mampu dan masih lagi berharap untuk mendapat layanan istimewa, maka mereka akan membeli insurans untuk mendapat manfaat rawatan hospital itu.

Aku sendiri lebih suka memilih rawatan di hospital awam. Salah satu sebabnya adalah kerana ia ditanggung oleh majikan. Dan sebab-sebab yang lainnya adalah kerana hospital awam adalah hospital yang tidak mementingkan wang ringgit dalam perkhidmatan mereka. Apa saja yang kakitangan hospital lakukan adalah kerana untuk merawat kita, bukan kerana kita membayar bil yang mahal. Dengan kata lain, keikhlasan mereka lebih berbanding hospital swasta. Ya, ya, mereka kerja sebab dibayar gaji. Aku tahu itu.

Aku tahu ramai yang akan menentang dan mendedahkan keburukan rawatan di hospital awam. Tapi aku bersyukur, dengan hospital awam inilah kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia terjaga. Hospital swasta hanya untuk yang berduit dan perasan banyak duit sahaja.

Apa pentingnya layanan istimewa semasa menerima rawatan?

Bagi aku, masa sakit adalah masa untuk bermuhasabah diri. Adakah kita masih mengingati Allah atau kita mudah lupa dengan nikmat kesihatan yang diberikan sebelum itu.

Caranya mudah. Kalau kita lupa dengan nikmat kesihatan itu, pastinya kita sentiasa mahu dilayan bagus-bagus, sepertimana layanan yang kita terima semasa kita sihat.

Kalau kita tidak lupa, pasti kita terfikir, oh, sudah lama aku tidak sakit, hari ini  Allah menguji aku dengan sedikit kesakitan dan layanan yang tidak mesra daripada kakitangan hospital awam ini. Aku bersyukur sebelum ini aku sihat dan menerima layanan-layanan mesra dari orang sekelilingku.

Orang tua-tua pesan, masa sakit itu Allah mahu memberi ingat bahawa kita telah lama sihat. Jadi kalau kita ingat itu, kita akan bersyukur. Aku cadangkan begini. Bersyukur dengan bersedekah pasti lebih baik.

Daripada masuk ke hospital swasta dan bayar RM4000, lebih baik masuk hospital awam dan bayar RM40. Selebihnya itu, bersedekah atau adakan majlis kesyukuran atau doa selamat. Pasti itu lebih baik bukan? Itu tandanya kita bersyukur.

Atau, daripada mencarum RM100 sebulan dalam insurans semata-mata untuk dapat manfaat rawatan di hospital swasta, apakata menabung di Tabung Haji untuk menunaikan haji?

Sebelum ini aku mencarum RM108 sebulan sejak 2004 semata-mata untuk manfaat kesihatan itu, tapi selepas terfikir akan hal syukur tidak bersyukur; swasta vs awam ini, aku hentikan caruman itu, dan buka akaun Tabung Haji.

Ada yang lebih penting daripada mendapat layanan istimewa di hospital swasta.

Oh, entri ini adalah respons kepada promosi insurans Bard. Haha. Saja nak bagi Bard susah hati dan berkemungkinan terasa jaki dengan aku.

Isnin, 9 Februari 2009

Izz dan Tom Yam Sayur

Semalam aku terpaksa EL. Izz tak sihat. Izz demam dan lidahnya sakit. Keadaan itu menyebabkan dia asyik mahu didukung. Tidak mahu minum susu, mungkin sebab sakit.

Yang teruknya, dia tak mahu aku dukung. Tapi dia mahu ibunya yang tak larat itu mendukungnya.

Dua kali bawa Izz ke klinik. Sebab cuti Thaipusam, banyak klinik yang tutup.Ada satu klinik tu, buka dari pagi tapi doktor tiada. Doktor ada bermula jam 6 petang. Baik tak payah buka klinik macam tu. Kalau dilihat pada signboardnya, ramai sungguh nama-nama doktornya.

Hanya Klinik Murni yang boleh diharapkan waktu-waktu begini. Ada doktor yang berdedikasi di situ.

Tengah hari kami makan koay teow goreng saja. Koay teow yang ada aku goreng dengan telur dan udang kering. Tiada apa-apa lauk dalam peti ais. Jadi, apa saja yang ada, masuk ke kuali.

Malam, aku masak tomyam sayur, sotong goreng tepung dan telur dadar. Nasib baik ada sotong kat Kuala Pulau Betong. Inilah kelebihan tinggal berhampiran dengan kampung nelayan.

Sebab isteri aku disibukkan dengan ketidaksihatan Izz. Aku melakukan aktiviti memasak kali ini tanpa kehadiran pembantu chef.

Bahan-bahan Tomyam Sayur

Bahan-bahan untuk tomyam sayur adalah: serai, cabai melaka, bawang besar, fishball, fishcake, bunga kobis, lobak merah, cendawan, kobis, perencah tom yam dan cabai besar. Daun limau purut terlupa nak beli.

Sotong Goreng Tepung

Ini rupa sotong goreng tepung. Dah macam cekodok pula. Heheh.

Telur Dadar

Telur dadar yang sungguh enak dimakan bersama tom yam. Habis goreng telur dadar, terpaksa bawa Izz ke klinik sekali lagi. Balik dari klinik, baru sambung masak tom yam sayur.

Tom Yam Sayur

Tom yam sayur yang menyelerakan.

Itulah saja aktiviti saya untuk semalam. Sekian terima kasih.
Reblog this post [with Zemanta]

Khamis, 5 Februari 2009

Kerajaan Perak Tumbang: Aku Peduli Hapa?


Coat of arms of Perak
Image via Wikipedia


Aku tidak tahu apa maksudnya dengan ketumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Namun apa yang aku tahu, kerja rakan-rakan di Perak akan bertambah mudah kerana bakal mendapat kerjasama daripada semua jabatan-jabatan negeri.

Walau apa pun, kerajaan Perak yang bakal terbentuk pastinya satu lagi kerajaan yang tidak stabil. Bila ramai katak-katak menyertai politik, beginilah jadinya. Lompat melompat tidak akan menyelesaikan masalah.

Mungkin selepas kerajaan Perak yang baru dibentuk, ada pula yang akan melompat-lompat lagi.

Pandangan peribadi aku, Perak perlukan kerajaan yang lebih stabil. Ada baiknya juga kalau Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan.

Jangan bagi peluang lagi kepada politikus yang suka lompat melompat.
Reblog this post [with Zemanta]

Rabu, 4 Februari 2009

Isu Tabika Kemas Kuala Sungai Pinang & Guru Yang Bodoh!

Hari Isnin, tabika dikunci. Guru-guru tabika itupun dengan bodoh sombongnya mengajar kanak-kanak di bawah panas mentari. Apa salahnya kalau diberi cuti sehari kepada kanak-kanak itu? Kenapa mahu dipaksa kanak-kanak itu berjemur tengah panas?

Guru Bodoh

Hari Selasa, kanak-kanak itu demam. Orang yang kunci tabika itu dikatakan macam Zionis.

Budak Demam

Aku hairan. Bagi aku guru-guru tabika itu lebih Zionis kerana sanggup menjemur kanak-kanak bawah panas semata-mata kerana politik. Aku marah dengan tindakan guru-guru tabika yang bodoh itu!

Sanggup mendemamkan kanak-kanak semata-mata untuk memainkan isu politik.

Yang kunci tabika pula, apa jadahnya menyusahkan kanak-kanak yang ingin belajar? Kamu mahu kanak-kanak itu menjadi bodoh seperti kamu kah?

Gula-gula Hacks

Hacks

Gua: Mamak, semua berapa?

Mamak: Empat ringgit, sepuluh sen.

Gua: Nah, empat ringgit. Dua bijik gula-gula hacks.

Mamak: Ayyo incik, mana boleh ini macam.  Mana ada orang bayar pakai gula-gula.

Gua: Habis semalam lu bagi balance 10 sen gua pakai gula-gula hacks boleh plak? Lu nak makan kasut gua yang saiz tujuh nih?

Gua blah. Mamak tu pening.

Isnin, 2 Februari 2009

Asal Usul Nickname Lelabu

Jarah menulis,
...tak sangka ada jugak orang guna nick name lelabu. coz dah sekian lama laki saya guna nick name serupa.

1998.

Sementara menunggu giliran untuk masuk ke studio jamming di Terminal Makmur, Kuantan kami singgah dahulu di kafe siber di sebelah studio tersebut. Aku tidak pasti masih adakah studio jamming dan kafe siber itu di situ sekarang ini.

Pada ketika itu, akses internet sangat terhad. Kafe siber adalah tempat melepak paling utama ketika itu. Ketika itu chatting hanyalah menggunakan mIRC. Kawan-kawan aku ada yang menggunakan pelbagai nickname. Yang paling best ketika itu, kami menggunakan nickname yang seakan-akan sama.

Antaranya ada yang menggunakan nickname seSemut, keKuda dan sebagainya. Aku pada mulanya menggunakan nickname leLabah. Tapi telah menukarnya menjadi leLabu memandangkan leLabah adalah binatang tetapi leLabu bukan binatang. Aku tidak mahu mencirikan diri aku dengan ciri-ciri binatang.

Selepas itu aku secara tetap menggunakan nickname leLabu sampailah sekarang. Kiranya nickname leLabu telah aku gunakan selama 11 tahun.

Telah ramai awek-awek yang berjaya digoda dengan menggunakan nickname leLabu, tetapi tidak seorangpun berjaya dibawa ke ranjang. Aku bukan perosak anak dara orang. Heheh.

Sekianlah sahaja kisah pendek berkenaan nickname leLabu.

Ini juga kali pertama aku mendengar ada orang lain yang menggunakan nickname leLabu. Aku tidak berani menyatakan aku orang pertama, tapi aku menggunakannya sejak 1998!

Kepada laki Jarah, Selamat Berkenalan!

Surat Terbuka Untuk Happy.com.my

Aku tidak happy walaupun baru saja menerima SMS daripada Cik Happy. Begini bunyi SMS daripada Cik Happy itu,.. tut-tut..tut-tut. Bunyi tone yang standard daripada telefon Nokia.

SMS itu berbunyi tertulis begini
Kadar baru Happy: Cakap sepuas-puas utk 99sen bagi panggilan ke no.Happy dari 9am-5pm.Nikmati 99sen utk 15min yg pertama ke semua rangkaian, 33sen/min berikutnya.

Aku tidak happy langsung!

Cik Happy,

Tujuan utama saya menulis surat ini kepada Cik untuk memaklumkan bahawa saya rasa tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Cik.

Ketika saya memilih untuk melanggan Cik, saya sungguh ghairah dan teruja kerana Cik kelihatan putih gebu dan amat menggiurkan serta mengenakan caj 99sen sahaja untuk semua nombor dalam negara dengan masa percakapan tanpa had.

Kemudiannya Cik mengurangkan masa percakapan kepada 45 minit sahaja. Saya masih boleh menerimanya kerana saya masih boleh membuat panggilan ke semua rangkaian. Dan masih lagi boleh mendail semula nombor tersebut dan bercakap untuk 45 minit lagi dengan caj 99sen lagi. Berbaloi untuk membayar RM1.98 dan bercakap selama satu jam setengah.


Tetapi kali ini Cik mengehadkan panggilan ke nombor Cik sahaja. Itu pun untuk tempoh 9 pagi hingga 5 petang sahaja. Ingin saya memaklumkan kepada Cik, tujuan saya melanggan adalah supaya saya boleh berbual panjang dengan saudara mara saya pada waktu malam. Tidak ada maknanya untuk saya berbual panjang dengan keluarga dalam masa pejabat. Masih banyak kerja lain yang saya perlu lakukan.

Saya berasa sangat tertipu dengan kadar panggilan terbaru Cik.

Cik sudah lupa diri kerana Cik lupa bahawa ciri utama Cik yang membuatkan orang ramai tergerak hati untuk melanggan Cik adalah kerana tempoh berbual yang lama dengan kos yang minimum. Tetapi sekarang Cik sudah mula melupakan ciri unik tersebut.

Cik sudah berubah dan sudah tidak unik lagi. Cik tidak ada bezanya dengan pelacur-pelacur pengendali telekomunikasi lain yang bersepah sekarang ini.

Inilah saja luahan hati saya untuk kali ini. Saya akan menghasut rakan-rakan saya yang lain untuk meninggalkan rangkaian Cik kerana Cik telah menipu kami. Saya sungguh kecewa.

Sekian.

leLabu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...