Isnin, 9 Februari 2009

Izz dan Tom Yam Sayur

Semalam aku terpaksa EL. Izz tak sihat. Izz demam dan lidahnya sakit. Keadaan itu menyebabkan dia asyik mahu didukung. Tidak mahu minum susu, mungkin sebab sakit.

Yang teruknya, dia tak mahu aku dukung. Tapi dia mahu ibunya yang tak larat itu mendukungnya.

Dua kali bawa Izz ke klinik. Sebab cuti Thaipusam, banyak klinik yang tutup.Ada satu klinik tu, buka dari pagi tapi doktor tiada. Doktor ada bermula jam 6 petang. Baik tak payah buka klinik macam tu. Kalau dilihat pada signboardnya, ramai sungguh nama-nama doktornya.

Hanya Klinik Murni yang boleh diharapkan waktu-waktu begini. Ada doktor yang berdedikasi di situ.

Tengah hari kami makan koay teow goreng saja. Koay teow yang ada aku goreng dengan telur dan udang kering. Tiada apa-apa lauk dalam peti ais. Jadi, apa saja yang ada, masuk ke kuali.

Malam, aku masak tomyam sayur, sotong goreng tepung dan telur dadar. Nasib baik ada sotong kat Kuala Pulau Betong. Inilah kelebihan tinggal berhampiran dengan kampung nelayan.

Sebab isteri aku disibukkan dengan ketidaksihatan Izz. Aku melakukan aktiviti memasak kali ini tanpa kehadiran pembantu chef.

Bahan-bahan Tomyam Sayur

Bahan-bahan untuk tomyam sayur adalah: serai, cabai melaka, bawang besar, fishball, fishcake, bunga kobis, lobak merah, cendawan, kobis, perencah tom yam dan cabai besar. Daun limau purut terlupa nak beli.

Sotong Goreng Tepung

Ini rupa sotong goreng tepung. Dah macam cekodok pula. Heheh.

Telur Dadar

Telur dadar yang sungguh enak dimakan bersama tom yam. Habis goreng telur dadar, terpaksa bawa Izz ke klinik sekali lagi. Balik dari klinik, baru sambung masak tom yam sayur.

Tom Yam Sayur

Tom yam sayur yang menyelerakan.

Itulah saja aktiviti saya untuk semalam. Sekian terima kasih.
Reblog this post [with Zemanta]

3 ulasan:

  1. Rajinyer die masak utk isteri =)

    BalasPadam
  2. pandainya che li masak..tak sangka nooo..

    BalasPadam
  3. cuba bgi iz minum air campur glukos byk2.. sekarang musim panas, budak2 mmg mudah x sedap badan(demam, ulser, pening pala -tp depa x pandai ngadu)

    kalo iz dah boleh mkn haliborange atau scott emulsion pong elok bg satu sudu teh setiap pagi.. madu pong ok utk antibodi budak yg sedang membesar. tp jgn campur dgn susu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...