Aku tidak tahu apa justifikasi sebenar sekatan ke atas penggunaan internet dibuat sedemikian rupa (walaupun aku tahu ia untuk menyekat akses kepada laman-laman yang menayangkan gambar bogel Eli, laman lucah, dan laman-laman web yang tidak mendatangkan faedah kepada organisasi).
Mungkin salah satu sebabnya adalah untuk menjimatkan bayaran penggunaan bandwidth oleh organisasi tersebut.
*tidak tahu apa itu bandwidth? sila google...
Mungkin organisasi tersebut masih lagi terikat dengan kontrak yang mengira penggunaan internet berdasarkan bandwidth. Mungkin kontrak ini dibuat pada suatu masa dahulu. Sekarang ini kebanyakan penyedia perkhidmatan internet menyediakan pakej tanpa had bandwidth digunakan setiap bulan.
Oleh itu, sekatan digunakan untuk menjimatkan perbelanjaan organisasi membayar caj penggunaan internet yang banyak.
Contohnya: Melihat gambar bogel Eli pasti memerlukan bandwidth yang lebih besar sedikit dari saiz fail gambar bogel Eli tersebut. Katakan saiz fail gambar bogel Eli adalah 280kB, maka bandwidth yang digunakan untuk mengakses fail gambar bogel Eli tersebut dari server dan memaparkannya di komputer adalah 280kB++.
Katakan pula caj 1kB adalah sebanyak 1 sen, maka untuk melihat sekeping gambar bogel Eli tersebut memerlukan organisasi membayar sebanyak RM2.80 (ini dengan anggapan bahawa organisasi membayar caj internet berdasarkan penggunaan bandwidth)
Apatah lagi sekiranya internet organisasi tersebut digunakan untuk laman-laman web sosial dan juga untuk online gaming. Pasti lebih banyak lagi yang perlu dibayar oleh organisasi kerana lebih banyak bandwidth yang digunakan. Bersepah-sepah gambar dalam laman-laman web sosial itu...
Kebanyakan orang tidak mengetahui perkara ini. Mereka menganggap penggunaan internet organisasi sama saja seperti melanggan pakej internet tanpa had daripada TMNet, Maxis, Celcom dan lain-lain.
Jadi, sebagai seorang yang berasa terpanggil untuk menjimatkan duit organisasi (baca: duit syarikat, duit aku; duit kerajaan, duit rakyat) aku terpanggil untuk berkongsi antara perkara-perkara yang boleh dilakukan tanpa perlu mengorbankan terlalu banyak keinginan berinternet kamu semua.
- Hentikan aktiviti-aktiviti mencari gambar bogel Eli atau gambar-gambar bogel artis.
- Hentikan aktiviti online gaming dan melawat laman web sosial. Facebook adalah salah satu alat CIA untuk mengumpul maklumat dan Fotopages rupa-rupanya milik Yahudi.
- Untuk mengemaskini blog sila gunakan plugin yang membolehkan kemaskini secara tanpa perlu log masuk ke akaun blog. Contohnya ScribeFire (dan lain-lain). Ini dapat menjimatkan bandwidth.
- Untuk membaca blog rakan-rakan sila gunakan Google Reader. Ini lebih menjimatkan bandwidth daripada berkunjung ke setiap blog rakan-rakan yang sarat dengan gambar dan sekali gus menggunakan bandwidth yang besar.
- Gunakan Google Gears untuk laman web yang sesuai.
- Dan terakhir, tolonglah gunakan Firefox, lupakan IE kerana blog ini sangat hodoh dilihat dengan IE dan aku tiada masa untuk mencantikkanya. Tolonglah gunakan Firefox!
Sama-samalah kita mengamalkannya supaya kita dapat menjimatkan perbelanjaan organisasi.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. heheh.
p/s: Gua dah lama mengakses internet yang sangat lembab dan penuh dengan roadblock. Gua tak kenal pun macam mana rupa Facebook. heheh.
cis, guna gambar bogel Eli sebagai penarik ye? ko mmg bagus. aku pun nak buat
BalasPadamSalam singgah. Info yang sangat menarik.
BalasPadamwat pe nengok gambaq lucah, tiap kali kita nengok aurat yg bkan hak kita, tiap kali itulah urat saraf otak kita akan putus, mcm bandwitdh jugak la.. makin byk saraf yg putus, mkin byk bandwitdh otak kita yg x boleh pakai.. perlukah kita ulangi perbuatan yg me'lembab'kan otak dan mengaku yg kita ni pintar, cargas dan celik it?
BalasPadamMahukan duit lebih tanpa berbuat apa-apa? Bina blog dengan segera dan kutip duit setiap bulan!
BalasPadamDapatkan pakej lengkap kit blogger sekarang sebelum terlambat! Harga promosi hanya untuk 5 pembeli pertama sahaja!